FAV STORY
2 stories
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 205,777
  • WpVote
    Votes 6,859
  • WpPart
    Parts 43
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
Bukakan Hatinya Untukku ✓ by hanzerry
hanzerry
  • WpView
    Reads 2,939
  • WpVote
    Votes 230
  • WpPart
    Parts 27
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘉𝘏𝘜, 2024 Khairin Wardina, si gadis yang tertarik hati pada anak buah kepada mak ciknya sejak berumur 17 tahun. Pertemuan pertama mereka ialah semasa open-house di hari raya. "Nama kitak apa?" "Kh... Khairin." "Oh. Kamek Taufiq." "Oh okay, noted with thanks." Hipotesisnya, Khairin meramal dia akan bertemu lagi lelaki itu semasa open-house raya tahun berikutnya. Tetapi malang, Khairin tidak lagi berjumpa dengan Taufiqillah. Buatkan gadis itu nak berputus asa untuk terus mencari. Suatu hari, si dia tiba-tiba muncul semula. Pada masa yang sama, Khairin dapat menangkap wajah lelaki itu bersinar-sinar apabila melihat Nurin, sepupu Khairin yang cantik jelita. Siap berbisik pada mak dia lagi, macam dah berkenan! Tidak lama kemudian, Khairin mendapat berita Nurin bakal bertunang. Nalurinya kuat menyatakan Taufiqillah ialah bakal tunang Nurin. Mungkin sebab itu Khairin sudah lama tak bertemu dengan si dia. Khairin kecewa. Dia mahu mengundurkan diri. Dia mahu lupakan lelaki itu. Di kala ribut hati sedang melanda, pada umur 23 tahun, tiba-tiba Khairin dirisik oleh anak kawan ibunya membuatkan gadis itu berdepan dengan konflik. "Saya unavailable sebab saya ada hati yang perlu dijaga, acik." - Khairin Siapakah pasangan Khairin untuk berbahagia di dunia dan akhirat nanti? Dengan si dia... atau si anak kawan mak? Genre: Light romance Mula: 10 November 2024 Tamat: 27 Disember 2024