Favourite💕
57 stories
5 Tanda Jatuh Cinta by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 128,559
  • WpVote
    Votes 9,483
  • WpPart
    Parts 57
Nura Araviya ataupun Viya merupakan seorang wartawan tempatan. Sering menemu bual pasangan selebriti yang hangat bercinta ataupun sudah bernikah, tetapi masih gagal memahami sesuatu. Cinta. Makhluk apakah itu? Dari planet mana pula asalnya? Semuanya tidak Viya ketahui. Jangankan cinta pertama, perasaan cinta pun belum dia kenali. Sehingga suatu malam di mana dia asyik berkaraoke lagu Shake It Off nyanyian asal Taylor Swift. Siap memakai kaca mata berbentuk love dan memaparkan aksi yang mencuit hati di hadapan golongan ternama yang sedang menikmati makan malam mereka. Tidak terlupa juga itu merupakan blind date pertamanya. Tanpa dia ketahui, seorang lelaki yang juga merupakan seorang chef selebriti mula berminat untuk mengenalinya. Lelaki itulah yang digelarnya Alien kerana sama seperti cinta, dia juga tidak mengenali siapakah lelaki itu. Tetapi, lelaki itu menjanjikan sesuatu kepadanya. Alien itu berjanji dia akan memperkenalkan apa itu cinta kepada Nura Araviya. Pemenang Anugerah Wattys 2018 Kategori "Pengkarya Kreatif"
CHANGED by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,542,395
  • WpVote
    Votes 14,827
  • WpPart
    Parts 12
TENGKU MIKAEL DANIEL X NUREEN QAIRINA Kelahiran gadis itu di dunia ini bukan disambut dengan senyuman atau pelukan kasih. Sebaliknya, sejak membuka mata, dia hanya mengenal erti makian, cercaan, dan deraian sumpah seranah. Tiada belaian manja. Tiada pelukan yang menenangkan. Apa yang dia tahu, setiap hari adalah luka. Setiap malam adalah tangisan sunyi dalam gelap. Dilabel sebagai pembawa sial oleh darah daging sendiri, dia dipukul, dihina, dipersalahkan atas segala musibah yang melanda keluarga. Sehingga pada usia 12 tahun, dia dihalau keluar... bukan sekadar dari rumah, tetapi dari hidup mereka, seolah-olah dia tidak pernah wujud. Namun takdir tidak membiarkannya terus terbuang. Seorang pereka fesyen tersohor menemuinya dalam keadaan tidak berdaya, dan tanpa ragu, membuka pintu dunia baru untuknya. Dunia yang tidak pernah dia impikan. Dunia yang akhirnya mengajarnya erti kasih, harga diri, dan keberanian untuk bangkit. Dia berubah... bukan untuk diterima sesiapa, tetapi untuk membina semula dirinya yang pernah dihancurkan. Dari jalanan yang gelap ke pentas dunia yang terang, dia berdiri kini sebagai figura penuh kejayaan dan inspirasi. Dulu dia dibuang, kini dia disanjung. Dulu dia dibenci, kini dia menjadi dambaan. 'She changed... not to fit in, but to rise. And in that change, she rewrote her worth.' Start: 12 June 2017 End: 31 July 2018 Revamp: 14 July 2025 (UPCOMING EBOOK) ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30 in random 8/7/18:#8 in random TW: This book contains strong language, mature themes, and intense situations that may be distressing to some readers. It includes violence, explicit content, psychological trauma, and morally complex characters. Reader discretion is strongly advised. ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
Cinta classmate by waghdeenna
waghdeenna
  • WpView
    Reads 558,329
  • WpVote
    Votes 22,007
  • WpPart
    Parts 38
Ania zahra telah meminati seseorang sejak di bangku sekolah menengah. Dia hanyalah gadis biasa yang rendah, kurang cantik dan hidup dengan sederhana. Ania yang suka bergaul dengan lelaki menyebabkan Puan Ainur ingin jodohkan Ania dengan seorang lelaki pilihannya. Namun mampukah Ania melupakan lelaki yang diminatinya sejak sekolah menengah itu dan berkahwin dengan pilihan ibunya? Siapakah pilihan ibunya itu? Satu hari nanti aku akan suka kau pula- Aldric Bukalah hati kau untuk orang lain, lupakan kisah silam kau-Irah Siapalah nak dekat aku ni?- Aku
7 Jejaka Hots [C] ✅ by Muazzinn
Muazzinn
  • WpView
    Reads 650,151
  • WpVote
    Votes 32,355
  • WpPart
    Parts 76
[COMPLETE] Mengisahkan tentang 7 orang jejaka yang baru pindah ke sekolah Puteri Aliyanna Sofia. Puteri Aliyanna Sofia merupakan anak pengetua sekolah. Walaupun Sofia anak pengetua, dia tidak berasa angkuh. Sofia tidak mempunyai ramai kawan. Dia hanya ada seorang sahaja kawan iaitu Emily. Sofia selalu diusik sejak 7 jejaka tersebut berpindah di situ. Kebetulan dia dan 7 jejaka tersebut adalah jiran! Ibu bapa Sofia berkawan rapat dengan ibu bapa 7 jejaka tersebut. Semakin lama mereka berkenalan, Sofia telah menjadi kawan rapat dengan jejaka-jejaka tersebut! Ramai pelajar perempuan di sekolahnya yang cemburu melihat Sofia rapat dengan 7 jejaka tersebut. Sepanjang persahabat mereka, ketujuh-tujuh jejaka tersebut memendam perasaannya terhadap Sofia. Namun, hanya seorang jejaka sahaja yang dapat menawan hati Sofia. Antara Nazri, Adam, Syukri, Aidil, Amirul, Iqmal dan Irsyad siapakah yang dapat menawan hati Sofia? ~Nak tau? Marilah baca! [Jemput la baca buku yang kedua] Start ; 2/5/2017 P/s ; ni bukan first story . first story , author dah unpublish . tapi nanti author publish semula ☺ tq ~
7 Jejaka Hots [Book2] by Muazzinn
Muazzinn
  • WpView
    Reads 264,299
  • WpVote
    Votes 12,601
  • WpPart
    Parts 88
Setiap perhubungan pasti ada dugaan . Begitu juga dengan Sofia dan Irsyad . Pelbagai jenis dugaan yang dihadapi oleh Sofia di Jepun . Bukan saja di Jepun , di Malaysia juga nyawa dia mungkin terancam . Natasya , bekas kekasih Irsyad . Merancang segala-galanya untuk menghapuskan Sofia . Salah satu rancangannya telah menyebabkan Dato' Irfan, ayah Irsyad meninggal dunia dan juga menyebabkan Irsyad amnesia . Sofia menghadapi dugaan tersebut dengan bantuan orang tersayang . Keluarganya , kawan-kawannya malah Arsyad dan Fitri juga membantunya . Dapatkah Sofia bertahan demi hubungan dia bersama Irsyad ? Dapatkah Irsyad pulih semula dari amnesia ? ~ read this story ! Start ; 2/7/17 End ;
DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2• by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 805,669
  • WpVote
    Votes 28,066
  • WpPart
    Parts 37
[ 2nd BOOK = ARS ] BOOK 2 : YOU'RE MINE ! MR MAFIA ______________________________ FIRASH ARYAN. Nama dia cukup mengerunkan sesiapa sahaja. Tiada siapa tahu kerja 'kedua' lelaki ini. Kerana kerjanya cukup menakutkan dan membuatkan tiada siapa berani masuk campur! IMAN AULIA. Gadis polos yang senang ditipu. Kerana seorang lelaki dirinya dijual. Tapi dia berjaya melarikan dirinya. Berjumpa dengan Firash Aryan dia terasa dirinya sudah selamat. Walaupun layanan lelaki itu agak dingin tapi dia tahu yang lelaki itu selalu melindungi dia. Hadirnya cinta tanpa mereka duga. Mereka berkahwin atas kerelaan hati mereka sendiri. Bagaimana reaksi Iman Aulia apabila mengetahui sisi gelap lelaki yang bernama Firash Aryan? Dia menerima atau sebaliknya? _______________ 100% idea aku! Status: Completed Jgn nak ciplak aku punya! Amaran keras dari aku!a Ada byk kata-kata kesat dlm ni! Mohon jgn kecam! Aku dh warning awal-awal! Tapi jgn risau hanya kata-kata yg korang selalu dengar. Memang korang akan sebut juga kalau geram! Sekian dari author! START : 14/08/2019 END : 22/01/2018
Flowers Of Love ✔ by pinktory
pinktory
  • WpView
    Reads 435,160
  • WpVote
    Votes 17,232
  • WpPart
    Parts 69
[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 || || End : 01 Dis 2018 ||
Hanya seminggu  by nabillansr
nabillansr
  • WpView
    Reads 47,220
  • WpVote
    Votes 4,477
  • WpPart
    Parts 13
Sakit mencengkam jiwa; di saat hati menyatakan rindu pada yang sudah tiada. Seminggu yang kau beri itu, penuh dengan kebahagiaan. Tapi, selepas tempoh masa itu berakhir; ianya seakan mimpi ngeri, yang membuatkan aku ingin cepat cepat bangun dari lena. "Terima kasih untuk seminggu yang bahagia ini Afia" "Moga sentiasa kuat ya?" Dan sudah- aku rindu kamu Naim Firdaus [2018]
STORY OF US | TERBIT by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,164,064
  • WpVote
    Votes 12,209
  • WpPart
    Parts 7
Prestige High #1 Tengku Hafiey Daniel X Tengku Dyana Zatiera (Previously known as Headprefect AND Vice Headprefect) Prestige International High School... di sinilah segalanya bermula. Tanggungjawab yang kian berat, ikatan persahabatan yang diuji, kisah silam yang kembali menghantui, konflik peribadi, tekanan keluarga dan karier sukan yang menuntut pengorbanan... semuanya datang bertimpa-timpa pada tahun terakhir mereka di sekolah itu. Bagaikan ribut taufan yang melanda tanpa sebarang amaran, mereka terpaksa berhadapan dengan realiti yang jauh lebih mencabar daripada apa yang mereka jangka. Dan di sinilah mereka belajar bahawa dewasa itu bukan sekadar angka... tetapi tentang memilih untuk tetap berdiri walau seluruh dunia cuba menjatuhkan. Start:21st April 2017 End:20th June 2018 Revamp: 2025 Status: Bakal Terbit ⇨Rank⇦ 4/11/17:#11 in teen fiction 19/5/18:#9 in teen fiction 23/5/18:#4 in teen fiction ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
IF I NEVER LOVE YOU ✔ by arynlxa
arynlxa
  • WpView
    Reads 1,467,440
  • WpVote
    Votes 64,434
  • WpPart
    Parts 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya. Lebih dari dia mencintai NUHA QISRINA. NURA QISTINA hidup dengan bahagia sebelum datangnya NUHA QISRINA. Secara perlahan, orang yang disayangi menjauh darinya. Dia kini seperti barang yang digunakan untuk kebahagiaan orang lain. Untuk kebahagiaan orang yang disayanginya, kebahagiaannya sendiri terkorban. Hadirnya si jejaka dalam hidupnya mengubah segalanya. Jejaka itulah pembakar semangatnya sekarang. Jejaka itulah yang sentiasa membuatnya berasa disayangi. Jejaka itu menyayanginya lebih dari sesiapa. Tapi siapalah dia untuk mencintai dua jejaka dalam satu masa. Memang betul dia meyayangi jejaka itu. Tapi hanya sebagai seorang kawan yang baik. Ini kerana hati dan cintanya milik orang lain. Pada masa yang sama, SYED ZARIF IZZHAN yang dulunya terkejarkan NUHA QISRINA mula menyedari perasaannya yang sebenar. NUHA QISRINA bukanlah cinta sebenar yang dicarinya. Ternyata, jauh di lubuk hatinya mencintai orang yang selama ini dekat dengannya. Namun begitu, semuanya terlambat. Dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia membuatkan gadis itu menjauhinya. Dia telah membuatkan gadis itu membenci dirinya. "I need your help." "Aku akan rampas semuanya dari kau." "Aku akan sentiasa ada dengan kau." "Sekali aku benci, aku akan benci kau sampai bila-bila." "IF I NEVER LOVE YOU.." •••••••• {RANKING} #71 in Teen Fiction (29/6/18) #67 in Teen Fiction (2/7/18) #53 in Teen Fiction (5/7/18) #1 in Twin (11/7/18)