Adawiah94's Reading List
183 stories
AURELL ADRYANA : BLACK ROSE by HUZNZZE
HUZNZZE
  • WpView
    Reads 6,579
  • WpVote
    Votes 198
  • WpPart
    Parts 60
(CRINGE LEVEL MAXIMUM + masih in mode pengeditan bermula 29 September 2025 !) Adryana-nama secantik tuannya. Namun, sejak usia tujuh tahun, nasibnya tidak pernah seindah namanya. Luka yang paling dalam bukan datang dari orang luar, tetapi dari insan yang sepatutnya melindunginya: ibunya sendiri. Di Diamond High School (DHS), hidup Adryana tidak lebih baik. Dia menjadi sasaran ejekan dan buli kejam daripada Badboys (BD) dan Divagirls (DG). Bersama dua rakannya, mereka sering menjadi mangsa permainan hina itu. Namun, di sebalik wajah pelajar biasa, tersembunyi identiti yang digeruni seluruh dunia gelap. Adryana bukan gadis lemah seperti yang mereka sangka. Dia adalah Leader Black Rose dan Leader Bloody Dragon-ketua mafia yang namanya menggoncang dunia, ditakuti oleh kawan mahupun lawan. Nasib nya berubah kerana dijodohkan oleh seseorang,...? 'Dapatkah dia beritahu siapa dia yang sebenar nya?' 'Dapatkah hubungan mereka rapat setelah memberitahu siapa dirinya yang sebenar?' XXX "Kalau kau boleh terima aku kenapa aku tak boleh terima kau? Kita pasangan suami isteri , aku faham dengan apa yang kau lalui" - Tengku Xariel Luth Harsh words √ 100% my Idea Naa malas nk cakap bnyk so.... Enjoyyy This Is my First book sorry kalau buat readers tk suka 😃 byeeeeeee.....
A Tale Of Naura  by luvleytien
luvleytien
  • WpView
    Reads 613,316
  • WpVote
    Votes 22,587
  • WpPart
    Parts 58
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu pergi meninggalkan dirinya tanpa sebarang kata. Tahun berganti tahun, takdir telah mempertemukan Ayden Althaf dan Eireen Naura kembali. Kisah yang baru dimula tapi rasa yang lama masih tersemat di dada. Tabahnya hati apabila dia mampu beriak biasa dengan lelaki yang dia cinta sejak pandangan pertama. Antara persahabatan dan perasaan cinta yang manakah menjadi pilihan? Adakah lelaki itu juga menyimpan rasa yang sama? Mampukah Naura mempertahankan persahabatan mereka? Welcome to Naura world. She fell first but he fell harders. Start: 4 May 2023 End: 28 August 2023
[C] Mrs Amirul Hafrez : His Beloved Sister by hsdahlia
hsdahlia
  • WpView
    Reads 690,322
  • WpVote
    Votes 20,153
  • WpPart
    Parts 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana dia dilahirkan. Namun kepulangannya dikejutkan pula dengan kehadiran orang baru dalam hidupnya. Amirul Hafrez. Seorang lelaki berperwatakan dingin dan beku. Pertemuan pertamanya bersama Kaira tidak seidah yang disangka. "Kaira Farhanim Mohd Fatih?" "Mana encik tahu nama saya?" "Aku abang tiri kau. Papa ada kerja dekat pejabat, jadi dia suruh aku jemput kau dekat sini." "Abang what?!" *** "Siapa ni pa?" "Ni isteri papa, umi baru Kaira. Umi Yasmin. Yang ni pula abang Kaira, Amirul." "Since when?" "Dah hampir 6 tahun-" *** "Kaira ni tak penting ke dalam hidup papa? Sebab tu ke papa hantar Kaira untuk tinggal dengan uncle Zayn dan aunty Fira dekat sana?" "Kalau Kaira tahu jadi macam ni, baik Kaira stay je sana. Tak perlu balik sini." All Rights Reserved ©hsdahlia Start: 18 July 2022 End: 15 April 2023 Status: Complete ⚠️NO PLAGIARISM⚠️
MR. ICY LECTURER (complete ✅) by officialnnmr
officialnnmr
  • WpView
    Reads 449,169
  • WpVote
    Votes 6,428
  • WpPart
    Parts 106
⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seorang gadis bernama Nia Adellia. Izz Zafran ialah lelaki pertama yang bertakhta di hati Nia Adellia. Sedari kecil mereka memang rapat seperti belangkas. Ke mana sahaja Izz Zafran pergi, pasti Nia Adellia ada bersama. Cinta yang diucap, seringkali ditolak oleh sang jejaka idaman, namun Nia Adellia tidak berputus asa. Sehinggalah lamaran daripada ibu saudaranya, iaitu ibu kepada Izz Zafran seakan membuka ruang untuk Nia Adellia memiliki hati Izz Zafran. Dengan terpaksa, Izz Zafran bersetuju untuk mengahwini Nia Adellia walaupun dia hanya menganggap gadis itu seperti adik kandungnya sendiri. Nia Adellia tidak berputus asa untuk membuat Izz Zafran, suami yang juga pensyarahnya di universiti untuk jatuh cinta padanya. Meskipun perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan umum, Nia Adellia tidak peduli. Izz Zafran dingin melayani isterinya. Dia melayan Nia Adellia sama seperti pelajar lain, tiada layanan yang istimewa. Kerana hati Izz Zafran bukanlah milik isterinya, tetapi milik Raihana. Cintanya pada Raihana tidak pernah padam sejak zaman sekolah menengah lagi. Izz Zafran nekad, dia mahu mengahwini Raihana kerana hanya Raihana yang dicintainya. Nia Adellia terima. Dia rela dimadukan asalkan Izz Zafran tetap menjadi suaminya sehingga akhir hayatnya. Namun, dia juga punya hati dan perasaan. Seringkali diabaikan suami, menyebabkan hati Nia Adellia terluka. Benarkah Izz Zafran jodoh yang terbaik untuknya?
[C] | Dia Ambil Hatiku | by misshelen21
misshelen21
  • WpView
    Reads 597,921
  • WpVote
    Votes 12,164
  • WpPart
    Parts 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahut dengan berani. "gila! taruhan memakan maruah diri!"- Elena Marzuien. "menang, kau dapat bahagian kau! kalah, cuba lagi!" -Trisya Amalina. "kau memang gila!"- Elena Marzuien. "tapi kalau kau berundur! kau lemah!" pantang dicabar, Elena Marzuien menyahut cabaran itu walaupun cabaran itu melibatkan harga diri. Mu'amil Ridzuwan lelaki tegas dan dingin, menjadi korban dari taruhan itu, lelaki yang berkerja sebagai anggota tentera berpangkat besar itu mempunyai masalah dalam perkahwinannya, di anggap mandul oleh keluarga isterinya dan mengharapkan kehadiran malaikat kecil dalam hidupnya. "kau perempuan tiada maruah!"- Mu'amil Ridzuwan. "sanggup kau buat benda macam ni, kau ingat kau hebat sebab kau kaya?"- Mu'amil Ridzuwan. "aku tak akan lepaskan kau!"- Mu'amil Ridzuwan. Dapatkah mereka menyelesaikan masalah ini atau Mu'amil Ridzuwan akan tunduk pada Elena Marzuien yang di benci? bagaimana dengan Aira Amisya yang juga membebankan hidupnya?. "wait and see in the end!" -Elena Marzuien.
URUSAN HATI (new version) by aneessya_
aneessya_
  • WpView
    Reads 209,078
  • WpVote
    Votes 6,219
  • WpPart
    Parts 52
Disebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pasti akan melangkah ke fasa perkahwinan. Disebabkan itulah, dia tak pernah kenal dengan mana-mana lelaki. Apabila mama mula mendesak agar dia berkenalan dengan anak kawannya, dia terpaksa meminta tolong daripada abang angkatnya, Aidid Iskandar. " Dina nak abang jadi boyfriend Dina."- HAYFA IRDINA. " Boleh. Tapi dengan satu syarat..."- AIDID ISKANDAR. " Syaratnya... Be my girlfriend for 100 days." Dina setuju dengan syarat itu. Dengan itu, bermulalah kisah cinta olok-olok antara mereka. Aidid mulai menunjukkan sisi romantiknya. Lama-lama kelamaan dinding yang dibina teguh terhadap lelaki mulai roboh. Bila dengan Aidid, semuanya jadi manis. Namun, setiap perkara yang manis pasti ada pahitnya. Timbulnya rasa ragu dan hilangnya kesefahaman antara mereka. " Our 100 days stop here. Dina tak nak teruskan hubungan ni lagi dah." " But, why? Abang ada buat salah ke?." Diamnya Dina merumitkan lagi keadaan. Dia menjauhkan diri daripada Aidid. Takdir menyatukan mereka berdua semula dengan perkahwinan. Adakah mereka akan mengecapi kebahagiaan ataupun Dina masih menangkan egonya?
𝐀𝐤𝐮 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐊𝐚𝐮 [𝐂] by Anacelistia
Anacelistia
  • WpView
    Reads 99,170
  • WpVote
    Votes 3,506
  • WpPart
    Parts 55
𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐀𝐚𝐫𝐢𝐳 𝐟𝐭 𝐍𝐚𝐳𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐚𝐫𝐚 " Jadi isteri aku." -Rayyan Aariz- " Sebab?" -Nazneen Inara- " Sebab? Tak ada sebab lain. Sebabnya aku pilih kau, hanya kau." Nak tahu? Baca sekarangシ︎ Highest rank⤵ #1 in pendiam [10/03/21] #5 in romance [11/24/21] #5 in sahabat [01/05/22] #1 in dingin [07/14/23] In editing Completed✅ Beautiful coverbook by PutraRize_
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED] by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 508,665
  • WpVote
    Votes 15,540
  • WpPart
    Parts 65
Gelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apalagi jika sebahagian keluarganya menyisihkannya. Berbagai cara dia lakukan, tidak lupa juga berdoa kepada Allah SWT untuk membuka pintu hati keluarganya supaya menerima dan memaafkan dirinya. Kesalahan itu bukanlah kesalahan yang dia lakukan tetapi dia di fitnah. Namun, keluarganya sukar mahu mempercayai lagi-lagi dengan bukti yang kukuh menunjukkan dia adalah si pelaku itu. Namun dia seorang lelaki yang sabar dan penuh tekad untuk mengharungi ujian itu. Biarlah dia terjatuh banyak kali, selagi dia mampu berdiri kembali, dia akan berdiri. Dia akan bangkit. Dia akan harungi ujian itu.
Sungguh Aku Mencintaimu by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,066,241
  • WpVote
    Votes 24,821
  • WpPart
    Parts 75
Satu tragedi malam membuatkan Adrina dan Zahrif disatukan dalam keadaan yang tidak rela. "Aku tanya macam mana kau ada malam tu! Kau yang nak perangkap aku?! " - Ariz Zahrif " Tak ada masa aku nak perangkap kau! Mulut kau tu biar elok sikit eh! Dah lama tak minum peluntur?!" - Nur Adrina Zahra. Daripada benci mula bertukar menjadi cinta sedikit demi sedikit. Namun, kebahagiaan yang baru mula berputik lenyap sekelip mata apabila kehadiran orang ketiga dan Adrina kehilangan anak yang dikandungnya. Apakah Adrina mampu menerima Zahrif semula?
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔| by QilaNiz
QilaNiz
  • WpView
    Reads 1,664,746
  • WpVote
    Votes 61,649
  • WpPart
    Parts 88
DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasuh dalam keluarga yang senang. Bonus, dia dianugerahkan kesempurnaan wajah serta kebijaksanaan akal. Perkahwinan muda yang tidak disangka telah membuka tirai kesedihan buat Dahlia. Setiap manusia ada kelemahan mereka sendiri. Bagi Fayyadh, sikap ingin tahunya tentang sang isteri telah mengheretnya menyelam ke dasar masa silam Dahlia yang penuh dosa dah khilaf. "Apa yang kau cuba rahsiakan daripada aku,Aria?"-FAYYADH HAIDAR. " Kalau kebenarannya pahit dan kau tidak boleh menerimanya,kau nak buat apa? Ceraikan aku?"-DAHLIA ARIANA. Di saat kemanisan mula dirasai, Ada pula bala yang menanti, 6 tahun pemisah jasad dan hati, Janji Tuhan sentiasa ditepati. Sang dia mula memunculkan diri, Bagi menyembuhkan jiwa yang disakiti, Masih adakah rahsia lagi? Segalanya termaktub di buku ini.