RikaiSkyler's Reading List
4 stories
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ] by nyhsnaa_
nyhsnaa_
  • WpView
    Reads 34,350
  • WpVote
    Votes 2,518
  • WpPart
    Parts 93
🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.
TALE OF ARCADIA : THE SKY KING by RikaiSkyler
RikaiSkyler
  • WpView
    Reads 16,815
  • WpVote
    Votes 1,370
  • WpPart
    Parts 20
Razin Amir ialah seorang remaja yang ceria.Selalu memberi aura positive kepada siapa yang bertemu dengannya. Seorang putera telah hilang dari sebuah kerajaan besar yang dipanggil Arcadia.Putera itu diburu oleh pelbagai pihak yang ingin merampas kuasa yang tersembunyi di dalam dirinya. Razin telah dipaksa oleh keluarga angkatnya untuk menyertai sebuah akademi yang digelar Science Junior College.Di sini dia telah didatangi insan insan yang mempunyai kuasa yang manusia lain tiada.Merekalah yang telah menjadi rakannya,yang mampu membuatkan dia tersenyum, Di sebalik keindahan itu,terdapat seribu satu pertanyaan. Siapakah Razin Amir yang sebenarnya? Di manakah keluarga sebenarnya ?Hidup ,atau mati? Siapakah golongan yang mendatangi Razin? Apakah yang mereka mahu dengan dia? Nak tahu ?Kenalah baca buku ni dulu! #FIRST BOOK
BIO-TAMER : FIRST ENCOUNTER™ (C) by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 24,596
  • WpVote
    Votes 3,028
  • WpPart
    Parts 58
Bio-Wild,haiwan tempur yang asal-usul penciptaannya tidak dapat di jawab dengan mudah. Malah kewujudan mereka amat misteri,sukar untuk dirungkaikan dan juga bersembunyi dari manusia yang tidak mereka kenal. Bio-Wild mempunyai pasangan manusia jika bertempur,mereka akan bergabung dengan manusia melawan kuasa pihak jahat. Pasangan manusia mereka digelar Bio-Tamer,mereka sahaja yang mampu berinteraksi dengan haiwan bionic tersebut. Namun puak Bio-Tamer ini dikatakan sudah tidak wujud ataupun tidak mempraktikkan perhubungan dengan Bio-Wild,semuanya disebabkan pertempuran 700 tahun yang lalu antara Ancient Bio-Wild dan Negative Bio-Wild. Aizman Hazieq Al'Hufaz adalah seorang pengkaji yang bekerja di istana Mentari,dia mengkaji mengenai kewujudan misteri seperti Bio-Wild. Satu hari dia menjumpai satu Bio-Wild yang terbeku,pada masa yang sama juga muncul Bio-Crusher iaitu Bio-Tamer yang ingin membangkitkan Negative Bio-Wild. Aizman tanpa dia sedar dirinya,berasal dari puak Bio-Tamer. Dia kena menghentikan Bio-Crusher,untuk melakukannya dia kena membentuk skuadnya sendiri. Atas bantuan Ikhwan Syah Al'Solleh,dia membentuk skuad yang terdiri dari lima orang pemuda termasuk dia. Selain itu dia juga mendapat bantuan dari seorang Bio-Wild yang bergerak solo,Maya dengan Tiga Ekor Bio-Wild Hound Dog Blade,Garren dan Chalice. Aizman Hazieq Al'Hufaz "Bio-Wild adalah teman bukan alat,jangan kau permainkan mereka.." Farzana Illyana Al'Zamree "Setiap hidupan yang bernyawa ada hati dan perasaan,begitu juga Bio-Wild..." Zainol Ariffin Rudy "Kau beritahu sahaja siapa musuh kau Aizman,aku akan hapuskan untuk kau.." Megat Putra Raden "Aku tak kisah untuk tolong kau,asalkan ada wanita cantik dan seksi.." Naomi "Awak buat hal awak,saya buat hal saya.. Tidur.." Maya "Awak halang jalan saya,awak akan tahu akibatnya.." Radzen "Kerana Bio-Wild kehidupan aku hancur,jangan kau berani bersyarah seperti kau faham aku!" Berjayakah mereka menghalang Bio-Crusher?
(preview) RAKA - sebuah novel Mahizan Husain by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 666
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 1
Untuk memulakan halaman pertama, cukup sukar sekali. Nat hilir-mudik berlenggeng di ruang tamu. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berbaring. Akhirnya siap satu halaman setelah berpuluh kali proses taip-padam-taip-padam. Nat tarik nafas lega. Halaman pertama adalah perkara paling susah dalam memulakan sebuah novel. Halaman pertamalah yang akan membuatkan pembaca mahu membaca terus atau mahu berhenti membaca. Nat guna sudut pandang orang pertama. Itu akses terbaik untuk dia masuk ke dalam pemikiran pembunuh. Halaman pertama menceritakan kejadian di malam gelap di mana si pembunuh mengundurkan kereta ketika melepasi seorang perempuan di tepi jalan. Semuanya bermula dari detik kereta itu diundurkan. Dari situlah konflik dan cerita bermula.