bikin otak wa goncang 🤘
10 stories
Anak Izrail by vacivt
Anak Izrail
vacivt
  • Reads 17,625
  • Votes 1,374
  • Parts 23
Melilia adalah sebuah pekan kecil yang aman. Jauh terpencil dari haruk-piruk bandar yang menyesakkan, penduduk Melilia begitu selesa dan bersyukur dengan kehidupan mereka. Walau pun begitu, Fawzan dan keluarganya yang baru berpindah ke situ mendapati ada satu misteri yang cuba disembunyikan oleh penduduk Melilia--berkenaan seorang gadis di situ. Nota: Genre cerita ini secara peribadinya saya mahu kategorikan sebagai Drama, tetapi tiada dalam senarai, jadi saya letakkannya dalam kategori Misteri/Thriller kerana ada subgenre misteri dalam cerita ini, walaupun tidak banyak.
WHATSAPP by ZonGigil
WHATSAPP
ZonGigil
  • Reads 23,122
  • Votes 828
  • Parts 8
Ditulis oleh Ninie Othman - No copy paste
Dendam Cikgu Rashid by EzzaqDanial
Dendam Cikgu Rashid
EzzaqDanial
  • Reads 6,044
  • Votes 210
  • Parts 8
Diinspirasikan dari filem blockbuster Jepun, Battle Royale, 'Dendam Cikgu Rashid' mengisahkan 37 orang pelajar tingkatan 3 dihantar ke sebuah bandar terbiar yang terletak di sebuah pulau terpencil. Mereka diberi peta, makanan, dan pelbagai senjata. Kolar letupan dipasang di leher setiap seorang dari mereka. Jika mereka melanggar peraturan, kolar tersebut akan meletup. Semuanya berpunca dari dosa mereka terhadap bekas guru kelas mereka. Dan permainan ini adalah satu cara untuk mereka membayarnya. Misi mereka: membunuh antara satu sama lain untuk meninggalkan seorang sahaja yang hidup. Hanya yang hidup lepas dibenarkan untuk meninggalkan pulau itu. Jika terdapat lebih daripada seorang pemenang, kolar meletup dan membunuh mereka semua.
💀 Trofi by aensaari
💀 Trofi
aensaari
  • Reads 39,843
  • Votes 2,461
  • Parts 49
Awas! 18+! Tajuk asal : Kardia (Jantung) Satu demi satu pembunuhan berlaku di Taman Midah, Cheras yang melibatkan wanita berwarganegara Indonesia. Setiap mangsa dibelah hidup-hidup, diambil jantungnya sebelum digantung sebagai satu simbolik. Pembunuhan-pembunuhan tersebut disiasat oleh Alias iaitu seorang pegawai penyiasat di IPD Cheras dan Isaac yang merupakan seorang Timbalan Pendakwa Raya. Penyiasatan mereka secara tidak langsung membongkar kes-kes pembunuhan yang berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Pada masa yang sama, Isaac sedang mencari jawapan kepada kes langgar lari yang sedang menghantuinya. Ianya membawa kepada penemuan Zulkafli iaitu banduan di Penjara Marang yang dipercayai memegang kunci jawapan pada setiap misteri yang berlaku. Setiap degupan ada rahsia. Dan, mereka perlu merungkai rahsia tersebut. Best wattpad achievement: #20 in Mystery/Thriller - 2 March 2017 #19 in Mystery/Thriller - 3 March 2017 #18 in Mystery/Thriller - 14 April 2017 #16 in Mystery/Thriller - 20 April 2017 #11 in Mystery/Thriller - 27 May 2017 #7 in Mystery/Thriller - 21 July 2017 #1 in Misteri - 8 August 2018
BERTEMPUR DENGAN SYAITAN (COMPLETE) by kukilkufiq
BERTEMPUR DENGAN SYAITAN (COMPLETE)
kukilkufiq
  • Reads 96,623
  • Votes 6,169
  • Parts 7
[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA BEST BOOK WATTSITEE AWARD 2018] [ PEMENANG BESTBOOK WATTSITEE COVER AWARD 2018 ] Ranking terbaik setakat ni : 5th in Mystery / Thriller Genre Satu platun unit khas terpilih dari Angkatan Tentera Malaysia telah menerima misi khas menyelamat ke dalam hutan temenggor (OPS JEJAK). Dikhuatiri satu batalion dari unit 5 Melayu telah hilang ketika operasi, maklumat akhir dari radio semboyan adalah 'JEMBALANG' unit khas ini mesti mendapatkan maklumat sekiranya pasukan ini masih hidup atau tidak , tanpa mereka sendiri tidak sedari apa yang menanti mereka jauh di dalam kedalaman hutan ini jauh lebih teruk dari ancaman pihak musuh.
SHAHRIL by AriffAdlyyy
SHAHRIL
AriffAdlyyy
  • Reads 46,167
  • Votes 1,733
  • Parts 16
Beg sandang itu aku dikeluarkan isinya satu persatu. Satu lagi beg strip hitam yang aku gunakan untuk menyimpan pelbagai jenis alatan - playar, pisau, gunting, et cetera - aku keluarkan dan letak di sebelah kanan lelaki itu. "Let the game begin."
Roommate 2 - COMPLETED by AremieroulAkim
Roommate 2 - COMPLETED
AremieroulAkim
  • Reads 130,518
  • Votes 8,078
  • Parts 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau masih adakah rahsia yang masih disembunyikan oleh Syafiq atau arwah Alif itu sendiri? Segala persoalan yang tidak terjawab, malah segala tanda tanya yang tiada akhirnya di dalam Roommate 1 kini akan terungkai. Segalanya di dalam Roommate 2: Pengakhiran Sebuah Cerita. Terima kasih kepada semua yang sudi baca cerita ni. Jangan lupa komen feedback atau idea ye. Jangan lupa jugak untuk vote dan share cerita ni dengan yang lain. Semoga bermanfaat, InsyaAllah (:
Roommate 1 - COMPLETED by AremieroulAkim
Roommate 1 - COMPLETED
AremieroulAkim
  • Reads 147,757
  • Votes 7,785
  • Parts 28
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang masih tergendala. Syafiq tiada pilihan. Walaupun dia keseorangan di asramanya itu, dia harus menyiapkan projek nya jika mahu bergraduasi bersama sama temannya yang lain. Pelbagai kejadian yang berlaku sepanjang dia di asramanya itu. Dari dikacau di dalam bilik, hingga lah terbawa bawa ke dalam mimpi. Cerita yang membawa kita untuk berfikir dan pastinya ada pengajaran yang ingin disampaikan. InsyaAllah bukan seram semata-mata namun terdapat juga unsur yang menyedarkan diri kita sebagai hamba Nya. Moga bermanfaat. InsyaAllah ^_^
JIRAN by sitiamirahafiqah
JIRAN
sitiamirahafiqah
  • Reads 79,787
  • Votes 864
  • Parts 11
Amin sudah lama menetap di bandar. Hidup di bandar tak seperti di kampung. Jiran sebelah yang pintunya berjarak setapak kaki pun belum tentu kenal apa namanya. Rupanya pun ingat ingat lupa. Ekonomi kian meruncing memaksa Amin mencari teman serumah untuk bersama menampung sewa. Tetapi yang datang adalah jiran yang tak diundang. *** ✔️ Highest rank achieve #38 ✔️ Highest rank in Puaka #4 ✔️ Pengkarya Kreatif Wattys 2017 Hak cipta terpelihara. Sebarang penghasilan semula, edaran, cetakan atau penyiaran dari hasil penulisan ini adalah dilarang sama sekali tanpa kebenaran penulis. Namun beberapa situasi seram diambil dari penceritaan pengalaman sebenar, digabungkan dan diubahsuai mengikut kesesuaian. Sebarang persamaan nama, tempat, aktiviti dan jalan cerita adalah kebetulan semata-mata. Gambar, GIF, audio dan video yang disertakan adalah ilustrasi untuk jalan cerita dan bukan hakmilik penulis. *** Eh, takkan baca je? bagi bintang sikit eh? Baru la semangat nak menulis lagi. hehe. Thank you.
# Midnight.  by AlienKacak-
# Midnight.
AlienKacak-
  • Reads 420,385
  • Votes 30,856
  • Parts 109
[ H I A T U S ] previously known as; Segmen Tengah Malam Tepat jam 12 tengah malam cerita seram akan diupdate. Seram bukan sekadar hantu atau setan. Seram bila kau rasa diri tak selamat dan diperhatikan. ;you are not alone. started : around 2015 - 2016 end : - Cr; Sahabat handai mampai. ⓒ🎈Alien Kacak.