Daniea_rizz's Reading List
3 stories
(Preview) Hantu Mahu Popular. by fitrilaa
fitrilaa
  • WpView
    Reads 12,460
  • WpVote
    Votes 429
  • WpPart
    Parts 18
Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, pada siang hari ia kelihatan seperti sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi dengan hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar. Pada satu hari, Sekolah Seram Bangsar telah didatangi oleh pegawai Pejabat Pendidikan Hantu Daerah. Lawatan tersebut adalah bagi menilai tahap keseraman hantu-hantu Bangsar. Rupa-rupanya para hantu di situ tidak tahu cara-cara menakutkan manusia. Pontiana dan Pontiani, si kembar pontianak hanya tahu membuat persembahan akrobatik udara. Langsiwei si hantu langsuir yang hodoh, lebih pakar menjahit langsir raya. Dan si pochong pula pandai menari pocho-pocho dan bergelek penuh gaya. Aduhai... ini hantu atau badut sarkas? Setelah diberi amaran, malah diugut mahu menutup Sekolah Seram Bangsar... guru besar terpaksa meminta bantuan pelajar-pelajarnya. Tolonglah takutkan manusia, jika tidak Sekolah Seram Bangsar akan hanya tinggal nama. Untuk beli online : https://www.kedaiblink.com/kategori-produk/ain-maisarah/siri-hantu-mahu/
SERIBU RINDU by hanifazuha
hanifazuha
  • WpView
    Reads 20,440
  • WpVote
    Votes 260
  • WpPart
    Parts 15
Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya. "Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni." Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami. "Eh! mana tahu bilik yang mana satu." Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius. "Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?" Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram. Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya. "Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah." - Airel "Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik." - Irfan. Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?
PELANGI CINTA by ferrarichard
ferrarichard
  • WpView
    Reads 1,146
  • WpVote
    Votes 97
  • WpPart
    Parts 12
Tittle : PELANGI CINTA Written by : FERRA RICHARD Edit / Publish by : VIVIAN TERRA Cover by : NAD ( Tq nad) Part 1-12 (Complete) Synopsis.. Kehidupan berumahtangga pasti menarik jika insan yang bersama sehidup semati adalah insan yang kita cintai. Malah kebahagiaan mampu dikecapi jika direstui orang tua. namun malang sekali nasibnya, jika kita bukan menantu pilihan. Bertambah malang bila berlaku campur tangan dari ipar duai. MIL -memang kalau kerja macam kau suka dan rajin buat anak saja kerja... Hati mana tidak panas mendengar kata-kata yang begini.. Lebih-lebih lagi keluar dari mulut mak mertua.. Ditambah dengan kelakuan suami ... cinta yang diharap namun akhirnya ... Mampukah Amanda Debra mengecapi kebahagiaan atau semua hancur musnah di tengah jalan.. apakah pelangi akan muncul selepas hujan??