MINE 🌸
5 stories
Misi Undercover Cinta (Terbit) by Aireenarianna
Aireenarianna
  • WpView
    Reads 291
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 25
"Setiap pelindung punya rahsia. Setiap rahsia punya mangsa." Ayana menyangka hari pernikahannya yang hancur adalah titik paling rendah dalam hidupnya. Namun, kemunculan Fariz Han, seorang lelaki misteri yang hadir sebagai penyelamat membawa Ayana ke dalam sebuah dunia yang lebih gelap daripada apa yang dia bayangkan. Fariz adalah Inspektor yang dingin, tajam, dan sentiasa waspada. Di mata Ayana, Fariz adalah perisai. Namun, di balik seragam dan ketegasan itu, Fariz menyimpan satu sisi yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa. Sisi seorang 'pemangsa' yang pernah memusnahkan hidup seorang wanita sepuluh tahun yang lalu. Apabila diari lama ditemui dan nama Hannah mula meniti di bibir orang sekeliling, tembok kepercayaan yang dibina Ayana mula retak. Satu persatu topeng Fariz gugur. Siapa sebenarnya lelaki yang dia panggil suami? Adakah dia benar-benar dilindungi, atau dia sebenarnya sedang menghitung hari untuk menjadi mangsa seterusnya dalam permainan manipulasi Fariz? "Kalau awak nak saya maafkan awak, awak kena bayar harganya. Dan harganya... akan buat awak hilang segala-galanya." Satu permintaan drastik diluahkan. Satu rahsia besar bakal merubah takdir mereka selamanya. Di saat kemaafan dan dendam bertembung, Fariz Han terpaksa memilih: Terus hidup dalam penyamaran, atau menebus dosa silam dengan sebuah pengorbanan yang paling kejam.
{ Dream Version }Pesan Terakhir • Zhong Chenle(Ebook) by Aireenarianna
Aireenarianna
  • WpView
    Reads 14,172
  • WpVote
    Votes 1,111
  • WpPart
    Parts 17
Kesakitan itu tidak terbilang rasanya, seperti luka yang dihunus sebilah pedang lalu ditaburkan garam dan cuka di atasnya. Itulah harga yang dia perlu bayar kerana mencintai lelaki itu. Pertemuan antara mereka adalah satu tragedi hitam yang menghancur leburkan hidup seorang Nur Hawani. Orang sekelilingnya membenci dirinya, langsung tidak memberi peluang untuknya membela diri. Enam Tahun Berlalu, Dugaan hidup Nur Hawani makin kuat, dia harus lakukan sesuatu demi seseorang yang disayanginya. Nur Hannah Zumai'ah, sumber kekuatannya selama ini. Namun dia tidak boleh mementingkan diri sendiri, Hannah juga perlukan kebahagiaan. Kebahagiaan Hannah tidak ada padanya, dia tidak mampu berikan Hannah kehidupan yang sempurna. "She is your daughter, Nur Hannah Zumai'ah." "What-, I don't even know who are you? How can this girl be my daughter? " "Nak bukti yang Hannah adalah anak awak?" Kalau diberikan sebuah pilihan, Hawani juga tidak mahu melalui kesakitan ini. Namun ini adalah takdirnya, dia harus lalui semua ini dengan hati yang rela. Meninggalkan Hannah bukanlah kehendaknya namun dia tidak daya. Kesakitan itu semakin memamah setiap inci tubuhnya. Entah sampai bila dia mampu bertahan... Start : 7/11/2021 End : 20/12/2021 💌💌💌 Beautiful Cover from @kusyifaa_