LiaHanah's Reading List
172 stories
HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C by khair_ya
khair_ya
  • WpView
    Reads 66,522
  • WpVote
    Votes 4,646
  • WpPart
    Parts 76
Series 1 Horror | Comedy | Cakap pasal hantu, semua orang tahu hantu itu menakutkan, seram bila dibayangkan. Tapi tidak bagi Danny. Sejak kecil dia sudah biasa dengan kehadiran roh yang tidak tenang. Imannya tidaklah kuat, rasa takut pun hampir tiada kerana terlalu terbiasa. Sampai satu hari, dia perlu pindah akibat rumah sewanya bakal dirobohkan untuk dijadikan pasaraya. Dia mencari tempat baharu. "Er, tapi nak... rumah tu memang tak disewa sebab... ada hantu." Namun atas sebab tertentu, dia tetap berkeras. Dia tak mahu rumah lain. "INI RUMAH AKU!" "Kau dah mati, sekarang kau cuma roh tak aman. Kau tak layak cakap macam tu sebab aku bayar rumah ni. Ha, kau cakap ni rumah kau, pernah ke bayar sewa? Kau tu menumpang je, sedarlah diri." Series 2 | Funny | Family RUMAH BERHANTU Pada hari yang tak disangka, hijab mata Danial terbuka dan dia mula melihat makhluk ghaib dengan rupa mengerikan hingga menjatuhkan semangatnya. Dalam kekacauan itu, dia bertemu Danny (Chapter Bonus 1-3) yang memahami dan membantunya menerima kemampuan tersebut. Namun saat cuba berdamai dengan kelebihan itu, Danial turut berdepan cabaran lain, rumah yang didiaminya sebenarnya berhantu. Apakah yang harus dilakukan oleh Danial untuk menghadapi hantu-hantu dirumah baru yang dihuni keluarga mereka? P/S = 𝐖𝐫𝐢𝐭𝐞 𝐟𝐨𝐫 𝐟𝐮𝐧. All comment and support, i love 'em. Thankful. Bahasa baku dan kasar hanya sekadar hiburan. Read on your own risk. 4th book. SAMBUNGAN - Perentas waktu Pilihan - Arshad Iskandar & Mohd Khairy Start: 29/7/2022 [1st book] End: 8/1/2023 - ❤️tq Cool ending © Nice cover by PutraRize_
TENTANG KITA (C)  by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 928,840
  • WpVote
    Votes 34,849
  • WpPart
    Parts 55
Tajuk: TENTANG KITA (REVAMP) Status: COMPLETED Naura Husna X Hud Rusyaidi [Karya pertama dari snowdream] Pada Hud, perkahwinan yang diatur bukanlah pilihan hati. Semua itu sekadar jalan keluar dari desakan keluarga. Manakala Naura pula hanya tabah menerima. Dia menganggap semua itu adalah takdir yang sudah tertulis untuknya meskipun mereka disatukan tanpa cinta dan janji bahagia. Akan tetapi waktu mempunyai cara tersendiri mengajar mereka untuk mengenal rasa. Dalam pertelingkahan, hadir tawa. Dalam luka, tumbuh kasih yang kian mekar di dalam jiwa. Namun bukan mudah untuk terus mempertahankan bahagia itu. Kehadiran cinta lama seakan menghalang malah meruntuhkan kepercayaan yang dibina selama ini. Mampukah Hud dan Naura mempertahankan cinta yang pada awalnya tidak pernah dipilih namun kini terlalu berat untuk dilepaskan? "Izinkan saya pergi, Hud. Insyaallah jika masih ada jodoh antara kita, kita akan tetap dipertemukan walau sejauh mana pun kita terpisah." - Naura Husna. "Andai kata suatu hari nanti abang jumpa sayang, jangan tolak abang mentah-mentah macam sekarang. Dan masa tu, abang takkan lepaskan sayang lagi walau apapun yang berlaku." - Hud Rusyaidi Start date : 16 January 2022 End date : 28 January 2022 Revamp: 26 February 2025 ~~~~~ #1 shortstory (14/2/2023) #1 malayromance (16/2/2023)
Lelaki Itu Takdirku by Nyffluvr_
Nyffluvr_
  • WpView
    Reads 58,558
  • WpVote
    Votes 606
  • WpPart
    Parts 15
Lelaki Itu Takdirku. (S1) Update: (Completed) By : Nyff. 2023-28/11/23 "08.09.2020" "Nur Bella Aryel binti Muhd Harel.Aku ceraikan kau dengan talak 1." Tarikh itu tidak akan Bella lupakan dan kisah pahit yang terselindung di sebalik mahligai yang di bina telah menjadikan sebagai peristiwa hitam dalam hidup Bella tiada lansung manisnya sebalik itu dirinya hanya menjadi hamba abdi kepada lelaki yang tidak berguna. Namun demikian Bella tidak tahu ingin mengukap rasa apa disaat perkataan 'cerai' itu tubir dari mulut lelaki yang bergelar bekas suaminya sekarang. Mata nya kosong dan hanya merelakan lafaz cerai melalui gegendang telinganya. Walaupun ia terasa pahit untuk menelan tetapi dia kuatkan diri dan keputusan nya muktamad untuk akhiri kisah mahligai yang di bina bersama.Tetapi lebih tepat lagi ia hanya sampah di mata Bella di layan dengan begitu hina. Tetapi dia juga berasa bersyukur kerana setelah ujian demi ujian yang di tempuh pada akhir dia mampu hadapinya walau kadang terasa sakit dan perit yang tidak mampu diungkap kan pada kata atau tangisan.Hanya Tuhan yang Maha mengetahui segala yang terbuku di lubuk isi hati wanita ini.Bella tahu ujian dari Ilahi bukanlah melemahkan dirinya malah. Dirinya lah yang Allah kuatkan untuk menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar dan ujian yang di beri itu membuatkan diri dia lebih matang dan kuat dari dihimpit rasa takut dan lemah. Bella menyangka bahawa penceraian itu adalah talian terakhir sebelum dia akhiri kisah hidup mereka berdua tetapi rupanya ada udang disebalik batu. Selepas sebulan berlalu setelah kejadian itu satu lagi ujian menimpa wanita ini dimana dia di santau oleh seseorang yang identitinya masih lagi tidak diketahui oleh mana-mana ahli keluarga Bella. ..akan tetapi.
Qayyum: His Weakness©️ by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 1,067,333
  • WpVote
    Votes 44,473
  • WpPart
    Parts 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026] Known as His Weakness. Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa. "Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with him?" - Fareez Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya. "You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap. "Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella "Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka. "I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella "Rimas?" - Qayyum "Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza. "Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam. Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke? Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish? "Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."
Luka Tanpa Wajah [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 59,744
  • WpVote
    Votes 3,815
  • WpPart
    Parts 66
Sejak kecil, Arash Mikhael sudah terbiasa melihat ayahnya menyarung uniform hijau tentera, yang menyalakan semangat dalam dirinya. Melihat ayahnya berjuang demi negara membuatkan Arash ingin menjejak langkah yang sama, membuktikan bahawa darah seorang wira juga mengalir didalam dirinya. Namun perjalanan itu tidak semudah yang disangka. Disiplin yang keras, latihan yang memeritkan, dan tekanan untuk menjadi setanding ayahnya menjadikan hidup Arash penuh luka yang tidak terlihat. Tapi di sebalik semua itu, ada satu jiwa yang sentiasa menenangkan hatinya. Izzara Safia, gadis yang dikenali sejak kecil dan menjadi satu-satunya tempat Arash melepaskan lelah dunia. Segalanya tampak sempurna, seolah-olah masa depan sudah tertulis buat mereka berdua. Namun takdir tidak pernah berjanji untuk berlaku adil. Satu operasi rahsia telah merenggut segalanya, cinta, dan separuh daripada jiwa yang dia tinggalkan di dunia ini. Arash Mikhael disahkan terkorban, tanpa amaran dan tanpa penjelasan. Kematian itu meruntuhkan hati ibu bapanya, dan menghancurkan dunia Izzara Safia yang kehilangan cinta pertamanya. Waktu terhenti, hanya rindu yang terus hidup. "Arash takkan ada selalu untuk Zara. Jaga diri Izzara kita." - Arash Mikhael. "Zara jaga diri baik-baik dah ni Arash, tapi kenapa Arash kita tinggalkan Zara?" - Izzara Safia. Publish : 25 Oct 2025 Complete : 25 Dec 2025
•C•QAISER'S QUEEN by nisarah_
nisarah_
  • WpView
    Reads 24,508
  • WpVote
    Votes 788
  • WpPart
    Parts 60
Perkahwinan yang dibina pada mulanya hanyalah satu daripada rancangannya. Peristiwa yang berlaku pada malam itu juga merupakan salah satu daripadanya. Cinta? Dia tidak tahu pada waktu yang mana perasaan itu muncul. Namun, yang dia rasakan hanyalah dia perlu melindungi suaminya. Semuanya kerana satu amanah yang arwah ayahnya turunkan buatnya. Mahu atau tidak dia terpaksa turutkan juga. Info yang lebih mendalam berkaitan dengan amanah arwah ayahnya itu terbongkar satu persatu. Lebih mengejutkan perkara ini mempunyai perkaitan dengan keluarga besar suaminya. Dari awal hingga akhir semuanya berkait. Dan dia tidak sangka sebenarnya jaraknya dengan pembunuh ibu bapanya hanya sedekat ini. "Apa semua ni sayang?" - Tengku Qaiser "Maafkan saya, abang" - Adhela Qasreena ✔️VOTE ✔️COMMENT ✔️SHARE ❌NO PLAGIAT ‼️WARNING‼️ cerita ini mungkin mengambil masa yang lama untuk bertemu dengan penamatnya.
MENANTI CINTA DARIMU by nishioohayo
nishioohayo
  • WpView
    Reads 54,055
  • WpVote
    Votes 1,468
  • WpPart
    Parts 64
Aku telah berjanji untuk terus berjuang, bukan berjuang untuk diri sendiri tetapi berjuang untuk insan tercinta yang sentiasa menanti kepulangan aku, berjuang demi bangsa dan tanah air. Andai aku terpaksa pergi, maafkan aku sebab tak dapat tunaikan janji. Kita jumpa dekat syurga nanti. Insya-Allah... - Zill Qayyim Aku takkan pernah lupa tentang hadirnya dia di dalam hidup aku yang membawa seribu satu makna dan hikmah yang begitu besar. Terima kasih untuk semuanya, walaupun hadirmu hanya sebuah pinjaman bagaikan sesaat. Semoga kita dipertemukan lagi di syurga. - Ayesha Eshal Bahagia mereka tercipta di atas sebuah hubungan paksaan. Namun hadirnya dia telah memberi impak yang terlalu positif sehingga tidak sanggup untuk merelakan dia pergi. Tetapi itu semua sudah tertulis, takdir dan ketentuan Ilahi, tiada siapa mampu melawan atau menolak. Tidak ada sesuatu pun yang kekal di dunia, semuanya hanyalah sebuah pinjaman. Cintailah seseorang sewajarnya agar sakit juga akan sewajarnya. Cinta tidak seharusnya menjadi milik kita selamanya. Nur Ayesha Eshal & Muhammad Zill Qayyim Here is my first story. Don't forget to vote. 💐
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,160,230
  • WpVote
    Votes 89,983
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
QAEZ : HIS FORGOTTEN LOVE (OG) by daisyyiest
daisyyiest
  • WpView
    Reads 13,227
  • WpVote
    Votes 505
  • WpPart
    Parts 14
"To be your wife is my choice, and even if my memories fade, my heart will always find its way back to you." A sad romance story by daisyyiest yang suka spin cerita ~
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 12,004,330
  • WpVote
    Votes 486,163
  • WpPart
    Parts 84
Satu pertaruhan, dua jiwa. Di antara Aiden dan Melissa, siapa dulu yang bakal kecundang?