alicewonderland12_'s Reading List
3 histórias
Takdir terakhir kita [C]  de luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Leituras 1,309,329
  • WpVote
    Votos 862
  • WpPart
    Capítulos 1
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Give Me Your Forever [TERBIT PBAKL 2026] de nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Leituras 1,034,062
  • WpVote
    Votos 9,123
  • WpPart
    Capítulos 13
TERBIT | RC PUBLICATION | PBAKL2026 Angkara kehadiran orang ketiga, perkahwinan yang dibina oleh Nadiya Aleesa dan Muaz Naufal musnah. Nadiya bergelar ibu tunggal sebaik sahaja puteranya, Amsyar, lahir ke dunia. Adam Afham yang sentiasa berpegang dengan prinsip hidup 'just go with the flow' tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dan Nadiya dalam satu situasi yang tidak diduga. Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam yakin bahawa semua yang terjadi bukan lagi sekadar kebetulan. "Awak... ada terfikir nak kahwin lagi?" - Adam Afham. Luka daripada kegagalan perkahwinan sebelum ini menyebabkan Nadiya membina benteng pada dirinya. Untuk membuka semula hatinya terasa mustahil. "Saya boleh besarkan Amsyar sendiri, Adam. Dia tak perlukan daddy baru, atau daddy lama. Mummy dia dah cukup untuk dia." - Nadiya Aleesa. Semakin Nadiya mengenali Adam, dia temui rasa tenang yang perlahan-lahan merawat luka di hatinya. Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz muncul menuntut peluang kedua saat Nadiya sedang membuka pintu hatinya untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan semula hubungan kita? Bagi saya tebus semuanya. Saya janji, saya tak akan sia-siakan awak lagi. Saya akan pastikan awak bahagia." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus membuat pilihan. Kali ini, bukan sekadar tentang dirinya sendiri. Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan. Dan apa pilihan Nadiya? Kembali bersama Muaz atau membina bahagia baru bersama Adam?