mjdaniella05's Reading List
5 stories
Sekolah Lama by HorrorCatalog
HorrorCatalog
  • WpView
    Reads 72,212
  • WpVote
    Votes 5,189
  • WpPart
    Parts 20
Anwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di rumah adalah amat kecil berbanding gangguan mereka di sekolah. Mereka juga ialah pelajar baru di SMK Dato' Hussein. Kehadiran mereka di sekolah itu disambut baik oleh semua orang pada mulanya, dan menyebabkan mereka suka untuk belajar ke sekolah itu, walaupun pada mulanya mereka enggan kerana tidak biasa dengan cara pembelajaran di situ Namun, sekolah yang kelihatan baharu itu sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang masih belum terbongkar. Semakin lama mereka berada di sekolah itu, semakin banyak perkara yang pelik, yang dapat menaikkan bulu roma sesiapa sahaja yang melaluinya. Gangguan emosi, tragedi ngeri, dan dunia fantasi menjadi nyata apabila mereka berada di sekolah itu. Mereka tersepit di dalam jerat kerana semakin banyak rahsia sekolah itu yang dapat dikorek, semakin dalam penjara mereka. Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya misteri di sekolah mereka berkait dengan misteri yang dilalui di rumah . Adakah mereka terselamat dari mimpi-mimpi ngeri ini? Nantikan. #28 in Horror 25/12/12 #30 in Horror 20/12/26 #41 in Horror 13/12/16 #56 in Horror 11/12/16 #82 in Horror 10/12/16 First updated 9/12/16
Jodoh In Disguise by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 76,934
  • WpVote
    Votes 5,243
  • WpPart
    Parts 30
Jodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia sendiri malu hendak akui. Pertemuan pertamanya dengan Adi ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa melahirkan rasa jengkel antara satu sama lain. Adi tidak teragak-agak untuk menunjukkan kejengkelannya tetapi Luna menutupi perasaan itu dengan wajah tanpa sebarang emosi. Berbeza ketika bersama Adi, Luna sentiasa tersenyum lebar dengan Evan di sampingnya. Cemburu? Ya, memang Adi cemburu melihatkan keadaan itu tetapi, hatinya sudah terpaut dengan gadis yang menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng muka ketika janji temu pertama mereka. Seorang pendiam dan serius, seorang lagi cemerkap dan sering tergagap-gagap. Tapi, kedua-duanya berjaya menambat hati Si Jejaka. Takkanlah hatinya ingin memiliki dua orang gadis pada masa yang sama? Yang mana agaknya jodoh Adi akhirnya?
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,382
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Surgeon In Love by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 837,459
  • WpVote
    Votes 41,908
  • WpPart
    Parts 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa hospital tersebut hanyalah hospital swasta yang biasa namun sangkaannya salah. Hospital tersebut mempunyai empat orang pakar bedah yang digelar F4 oleh staf-staf hospital itu kerana rupa dan personaliti mereka yang mampu menggegarkan dunia setiap gadis. Dr. Hafizulizwan; seorang neurologist a.k.a pakar bedah otak. Perwatakannya yang pendiam sentiasa memperlihatkannya sebagai seorang yang bermisteri namun apabila tiba sahaja Emma, dia berubah 360°. Dr. Haziq Arash; seorang oral & maxillofacial surgeon. Perwatakannya yang playboy itu langsung tidak memberi kesan terhadap gadis-gadis untuk menjauhinya termasuklah Emma. Dr. Rykarl Naufal; seorang pediatrician. Oleh kerana sikap ramahnya dengan kanak-kanak, Emma semakin tertarik untuk mengenalinya. Dan yang terakhir, Dr. Dylan Fazley. Namanya sahaja sudah berbunyi seperti nama mat salleh, tambahan lagi dengan mempunyai kacukan Swedish. Oleh kerana dia juga seorang Thoracic Surgeon, mereka berdua sering terserempak. Personalitinya yang angkuh itu menyakitkan hati Emma. Apabila jawatan ketua Thoracic Surgeon kosong, Emma dan Dylan mula menunjukkan persaingan ketat untuk memenangi jawatan tersebut & membuatkan mereka semakin rapat. "Give me a chance to love you, for real this time." - Dylan Fazley "You changed me." - Hafizulizwan "You're beautiful." - Rykarl Naufal "She's the one I love." - Haziq Arash Siapakah yang akan memiliki Emma pada akhirnya? *WARNING* In this story, saya akan terangkan sedikit mendalam tentang pembedahan yang dilakukan. Jika mudah terganggu dengan content story ini, dinasihatkan agar tidak membaca cerita ini ataupun skip bahagian pembedahan tersebut.
Lawak Sahabat Pada Waktu Rehat by tengkunafisah
tengkunafisah
  • WpView
    Reads 104,975
  • WpVote
    Votes 7,987
  • WpPart
    Parts 49
Rasa stress? Jomlah baca buku ni! (Part yg tengah2 memang best & lawak dan kadang2 hambar)