Terbit
5 stories
ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda (DIBUKUKAN) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 5,754,246
  • WpVote
    Votes 97,750
  • WpPart
    Parts 39
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemuan pertama mereka yang tidak dijangka. Niat Nasya hanya ingin memujuk si bayi yang menangis. Namun tidak sangka pula dia akan ditawarkan untuk menjadi babysitter kepada bayi comel bernama Elsa Aurora itu. Bekerja di bawah majikan seperti Andi, bukanlah sesuatu yang mudah. Huru-hara. Perang mulut sentiasa berlaku di antara mereka. "Woi, berani kau tipu aku ya?" "Betullah tadi ada Lady Gaga lalu. Tapi bila dia nampak muka encik, dia terus blah. Mungkin muka encik macam pembunuh kot." Kemunculan Rachel yang berniat mahu membalas dendam memaksa Andi untuk mengahwini Nasya demi menjaga keselamatan gadis itu dengan anaknya, Elsa. Perkahwinan yang terbina atas dasar ingin menjaga mula memutikkan bunga-bunga cinta. Namun di saat mereka baru ingin merasai kemanisan berumahtangga, dugaan pula hadir bertimpa. Seorang demi seorang musuh Andi muncul atas misi yang sama. Iaitu... Balas dendam! Mampukah Andi untuk menjaga Nasya dan Elsa? Mampukah dia menjaga keduanya daripada menjadi 'toy' dalam setiap 'game' di antara dia dan musuh-musuhnya? "You may hold my hand for a while, but you can hold my heart forever." ⚠ WARNING!! Terdapat beberapa perkataan dan bahasa kasar di dalam cerita ini. Harap maaf.
BABY GIRL MR DAIYAN ( TERBIT PBAKL 2022 ) by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 3,134
  • WpVote
    Votes 255
  • WpPart
    Parts 10
MIKAYLA ZAINAB... Dia, tiada asal usul. Entah siapa ibu dan ayah kandung pun dia tidak tahu. Nasibnya baik apabila dia dijadikan anak angkat oleh sepasang suami isteri. Dijaga penuh kasih sayang sehingga dewasa. Menjadi seorang wanita yang berjaya. Datangnya Mikayla ke Perak atas urusan jual beli tanah dusun. Namun takdir temukan dia dengan seorang lelaki bernama MUHAMMAD DAIYAN! Seorang lelaki yang tinggal di kampung. Kerja pun, kerja kampung saja. Bukanlah persis hero novel dan drama. "Awak ke yang menjerit tadi? Kenapa?" "You macam mana boleh muncul kat sini? Bukan you dah balik ke lepas tunjuk jalan kat kami tadi?" "Hmm, saya memang kerja sini." "Kerja? Kerja apa?" "Bersihkan dusun." Kerana monyet peliharaan Daiyan bernama Kiko, sering berlaku perbalahan kecil di antara keduanya. "Kenapa berlari ke sini? Kenapa tak masuk dalam homestay terus?" "Manalah I tahu. Kaki I yang berlari." "Nampak benda ni? Kalau jatuh kat sini, awak rasa esok awak hidup?" "Ish! Bukan salah I! Salah you!" "Saya? Kenapa saya pulak?" "Salah youlah! Ikatlah monyet you tu. Kalau you ikat dia, dia tak ganggu I, tak adanya I nak lari ke sini." Bila dah selalu bertemu, tanpa sedar telah memutikkan bunga-bunga cinta di hati keduanya. Namun, Mikayla tiba-tiba menghilangkan diri. Beberapa bulan berlalu, takdir temukan mereka kembali. Tetapi, dalam satu situasi yang memaksa mereka untuk berkahwin. Adat berumahtangga, ada pahit dan manis, ada suka dan duka. Satu persatu ujian datang dek kerana dendam dan hasad dengki. Mampukah Mikayla dan Daiyan menghadapi segala ujian yang datang? Mampukah rumahtangga mereka bertahan, atau ia akan roboh begitu saja? "Dalam satu perhubungan, ada tiga perkara penting. Kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan."
JIHAN (TERBIT)  by CtNorLiana
CtNorLiana
  • WpView
    Reads 11,312
  • WpVote
    Votes 1,184
  • WpPart
    Parts 24
JIHAN LATIFAH, seorang gadis berusia 18 tahun. Anak bongsu daripada dua adik beradik. Satu kekurangan pada dirinya adalah dia tidak pandai. "Apa nak jadi dengan kamu ni, Jihan Latifah? Ayah hantar kamu pergi sekolah daripada umur empat tahun, tapi tak pandai-pandai! Dalam kelas, nombor tercorot. UPSR, gagal! PMR, pun gagal! SPM, gagal juga! Kamu pergi sekolah tu, belajar ke tidak?" "Aku tak tahulah kenapa kamu boleh jadi bodoh sampai macam ni sekali. Setahu aku, tiada seorang pun dalam kalangan keluarga aku dan juga ayah kau ni, yang bodoh! Semua belajar tinggi! Tapi kamu? Eh, rugi betul ada anak macam kamu ni!" Jihan penat. Jihan letih. Atas permintaan si ibu yang tidak mahu melihat wajahnya lagi, Jihan buat keputusan untuk keluar dari rumah. Kerana bodohnya, dia hampir tertipu. Munculnya RAID NADHIF sebagai penyelamat. "Kenapa kau ikut dua lelaki tu tadi? Kau tahu tak diorang nak bawak kau pergi mana?" - RAID NADHIF "Diorang kata ada kerja untuk saya. Saya ikutlah." - JIHAN LATIFAH "Kerja? Hah yalah kerja. Kerja jual badan. Kau nak?" - RAID NADHIF Pertemuan yang membawa kepada sebuah perhubungan. Kerana satu insiden yang tidak diduga, mereka terpaksa berkahwin. Perkahwinan itu tidak indah seperti yang diharapkan. Kebencian daripada mertua sendiri, juga hasad dengki daripada seseorang, menjadi dugaan. "Tu menantu pilihan aku, bukan budak bodoh macam kau." - PUAN LINDA "Aku, Eryna. Perempuan yang sepatutnya jadi isteri Raid." - NAYLA ERYNA Rumahtangga yang terbina di antara Jihan dan Raid mula goyah apabila Jihan difitnah sebagai dalang atas apa kejadian yang menimpa Puan Linda. "Saya terpaksa. Saya sayangkan suami dan keluarga saya. Saya pun tak nak berpisah dengan suami saya. Tapi pilihan apa lagi yang saya ada selain tinggalkan dia?" Mampukah Jihan mengharungi segala dugaan dan cabaran yang hadir itu? Sekuat manakah dirinya? Adakah rumahtangga dia dan Raid akan kekal utuh, atau roboh begitu saja?
Lockdown Moment (TERBIT) by ayeshahamani_19
ayeshahamani_19
  • WpView
    Reads 192,467
  • WpVote
    Votes 2,099
  • WpPart
    Parts 23
KAPTEN LUTH ASYRAF | HAIRA SOFIA Terbitan : Fajar Pakeer Semesta memberi isyarat setiap orang yang kita temui dalam hidup, pasti hadir membawa perasaan atau pergi menyerah dek kenyataan. Seakan-akan segala kebetulan yang terjadi bagaikan mimpi. Siapa sangka, pertemuan seorang jururawat bernama Haira Sofia bersama seorang kapten tentera bernama Luth Asyraf membuka satu riwayat baharu dalam hidupnya. Namun, disebabkan kisah silam Luth Asyraf, Haira Sofia juga turut menjadi sasaran kepada pihak yang ingin membalas dendam. "Cantik perempuan tu. Sama macam dulu. Bukan dia dah mati ke, hurm?" - HAIDER Menerima ketentuan, tidak mudah bagi Haira Sofia. Siapa sahaja yang sanggup menelan hakikat yang perit itu? Mengapa dia juga turut terpalit dengan misteri hidup lelaki bernama Luth Asyraf? "Tell me, kenapa mereka kenal saya? Juga kata saya dah lama mati." - HAIRA SOFIA "Aku. Tak. Nak. Kau. Tahu." - LUTH ASYRAF Bibit rindu mula berputik menyatukan dua insan yang berbeza latar belakang. Tetapi, disebabkan tugas dan amanah, mereka terpisah. Memenuhi tanggungjawab kepada tanah air. Menjadi petugas barisan hadapan untuk menyelamatkan nyawa. Sebegitu mahalkah harga kebahagian perlu dibayar sehingga perlu mengorbankan jiwa dan raga? Luth Asyraf... Haira Sofia, mereka insan terpilih yang dipaksa masuk ke dalam permainan jiwa yang bermandi luka. Ada lara yang merusuh, ada darah yang menjadi saksi pertaruhan. Sanggupkah Haira Sofia bangkit setelah ditikam dengan sandiwara dan mengejar kembali nadi cintanya? Persoalannya, kepada siapa kemenangan itu berpihak? Kepada pihak seteru atau mereka berdua? Jika momen terkunci itu mengajar 1001 erti kehidupan, izinkan secebis bahagia terselit bersama untuk melenyapkan air mata yang jatuh tanpa bicara.
Isteri Teristimewa by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 356,288
  • WpVote
    Votes 21,945
  • WpPart
    Parts 61
Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah Daneen." "Kepala otak kau. Sejak bila aku jadi ayah kau. Aku kahwin pun belum. Jangan jadi cacat akal sangat." Dia berjalan saja Daneen memeluk kakinya, dia tidur Daneen melompat tidur disebelahnya. Paling membuatkan dia tertekan adalah apabila Daneen mahu dia mandikan. "Ayah, mandikanlah Daneen. Daneen dah busuk." "Kau dah gila ke?" Seram. Itu yang dirasakannya. Semakin hari dia merasakan Daneen seolah menggodanya. "Aku pangkat suami kau tau bukan ayah kau. Aku baru 30 bukannya 60." "Kalau macam tu jadilah suami Daneen. Abang, sayang sayang abang!" Pitam Aidan. Naik gila dibuatnya. "Daripada berterusan gila kau ni lebih baik aku hantar kau ke Tanjung Rambutan." "Kenapa Tanjung Rambutan? Kan abang boleh hantar Daneen terus ke dalam hati abang?" Dasar gila. Dia kusut memikirkan cara untuk menghentikan omelan mamanya yang sudah tahu akan kewujudan Daneen di dalam rumahnya. "Daneen bakal isteri Aidan." Senang! Tapi bagaikan malapetaka yang menimpa apabila Daneen mendengarnya. "Yeay kita kahwin! Abang jangan goda sayang tau, tunggu kita kahwin biar sayang goda abang!" Daneen mengenyit mata nakal. "Ya Allah... ujian apakah yang Engkau telah turunkan kepadaku ini?" Cinta mula memekar di hati. Sayangnya pada Daneen, cintanya pada Daneen. Daneen nafas, Daneen nyawa, Daneen bidadari. Namun, Daneen kemalangan. Kemalangan telah meragut segala ingatannya. Dia lumpuh. "Depan mata abang, hanya Daneen isteri abang. Biarlah Daneen lupa abang ataupun lumpuh sekalipun, abang hanya mencintai Daneen seorang." "Lepaskan saya dan carilah kebahagiaan baru. Lagipun saya tak cintakan abang." Daneen pergi. "Jangan pergi sayang! Cinta abang hanya untuk Daneen!" Pemergian ini kerana cinta. Maafkan Daneen, abang.