Stnrnja's Reading List
95 stories
His Broken Vow [C] | #1 Ikrar Dusta | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 339,028
  • WpVote
    Votes 25,379
  • WpPart
    Parts 52
━ 𝐕 𝐈 𝐂 𝐈 𝐎 𝐔 𝐒 ❝His broken vow is what she hellbound for❞ •• "Aku nak kau buntingkan dia. Most importantly, make it boy. I need a male successor. In return, kau boleh minta apa sahaja yang kau nak." - si bapa durjana, Raymond Blake. ••• -Victor Abraham. Dia fikir mengahwini anak musuh ketatnya membuka pintu untuk kesumatnya dilunaskan, sekaligus peluang besar mendapatkan semula sebuah 'harta berharga' milik keluarganya yang pernah dirampas Raymond. Percaturannya mudah. Berkahwin. Buntingkan gadis itu. Dapatkan hartanya semula. Akhirnya, berpisah. Tamat. Dia fikir takdir akan semudah itu untuk diatur sehinggalah janji dan ikrar dustanya menamparnya semula dalam sebuah kesedaran yang nyata. ••• -Rainata Blake. Bukan sosok yang rapuh dan lembik. Namun, sekuat mana dia memberontak dan menolak, dia tetap jatuh ke dalam perangkap janji dan ikrar manis seorang jejaka untuk menyelamatkannya dari penjara yang diciptakan Raymond. Tanpa dia sedari, ikrar itu sebenarnya bersulam dusta, menghunjam dia ke neraka. Baik. Jika itu yang mereka mahu, dia sedia menjadi boneka. Buntingkan pewaris yang diminta sang bapa. Pulangkan harta lelaki itu semula. Dan berpisah buat selama-lamanya. The end! Namun saat segalanya hampir usai, mengapa liku takdir seolah-olah membentur mereka ke titik asal? "You should've let me go when you got the chance! Why are you holding back? Lepaskan aku, Vic!" "Kau kata kau akan happy kalau dapat balik ke sisi Raymond. Tapi kenapa aku tak nampak semua tu dalam mata kau? Hm, Rain?" • Tatkala sumpah berderai sepi Disaat luka tergari janji Neraka atau penjara Yang mana pilihannya? ❝first I'm gonna tell the truth and then I'm burning my bridge to you❞ SLOW BURN TO IMMEDIATE OUTBURST | CRAPPY | TOXIC | NOT FOR SOMEONE LIGHTHEARTED | NOT A FLUFFY STORY START: 14 April 2020 STATUS: ✅ ⚠️ Offensive | Cuss | Expletive | Strong language WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 388,991
  • WpVote
    Votes 17,267
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
Teman Istimewa | Complete by nazblqs
nazblqs
  • WpView
    Reads 85,300
  • WpVote
    Votes 7,133
  • WpPart
    Parts 48
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
Kerana Adam Iskandar by jojobentelis
jojobentelis
  • WpView
    Reads 2,761,392
  • WpVote
    Votes 89,983
  • WpPart
    Parts 83
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- Alya pengawas yang ayu. tapi Inside out dia sangatlah lain. Inside dia seperti kucing yang berang apabila ditarik ekornya. ( peribahasa sendiri) akibat itu, Alya dibenci semua pelajar yang pernah terkantoi beberapa kali oleh cikgu semuanya disebabkan Alya. Carta list murid yang benci Alya termasuklah Athirah , kekasih Hariz. ---- Akhirnya dendam Athirah berbalas apabila Alya terjerat dalam perangkapnya. Tetapi jerat itu juga telah memakan dirinya apabila Hariz terbabit.
[C] HATI (Buah Hati #1) by MawaAyfa
MawaAyfa
  • WpView
    Reads 262,790
  • WpVote
    Votes 10,951
  • WpPart
    Parts 65
Hamra Adinda x Tuah Iskandar Hamra Adinda Seorang corporate gurlies berjaya! Hidup makan gaji yang diimpakan untuk mendapat kestabilan hidup akhirnya tercapai dengan bekerja di Wakeem Bank. Salah satu bank yang terkenal dan menapak sekian lama di Malaysia. Namun, masalah yang ditimbulkan oleh keluarga sendiri membutakan dia buntu untuk mencari jalan penyelesaian. "I nak kahwin." "Dengan siapa?" "Kanda." Tuah Iskandar Seorang CEO untuk syarikat konglomerat yang dibina oleh Wan. Sampai satu ketika, permintaan Wan membuatkan dia terganggu. Kahwin? Kenapa dia perlu kahwin. Ketika umurnya ranap 30 tahun dia perlu kahwin, wan suruh dia kahwin. Masalah yang dicipta oleh Wan sendiri membuat dia buntu. Terhenti seketika otaknya ligat mencari idea. "Aku nak kahwin." "Dengan siapa?" "Dinda." "Done and Seal, Dinda." ~ Tuah Iskandar ~ "Done and Seal, Kanda." ~ Hamra Adinda ~ (story ringan and minimal konflik)
LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH by queessa
queessa
  • WpView
    Reads 363,772
  • WpVote
    Votes 13,971
  • WpPart
    Parts 66
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen merangkap anak lelaki jiran sebelah sejak dia berumur 13 tahun. Ketika umurnya 14 tahun, mereka terpisah.Dia sangkakan perpisahan itu membuatkan cintanya pada Layth Makeen makin memudar tetapi tidak! Pertemuan semula diantara dia dan Layth Makeen membuatkan cinta yang sudah lama terpendam mekar semula. "Siapa ketua baru kita?" "Doktor Layth." Apabila umur sudah makin lanjut bertambah dengan dia yang perempuan maka banyak sahaja mulut yang bertanya. Tetapi mahu buat bagaimana hatinya hanya untuk Layth Makeen! "Layth tu dia kata dia single lagi." Memang single tetapi Layth Makeen itu sangat prejudis dan bencikan wanita! Bagaimana dia nak curi hati lelaki yang sangat anti pada makhluk bernama wanita?! Takdir tuhan telah menentukan, mereka terpaksa berkahwin atas dasar menjaga aib. Perkahwinan mereka penuh dengan rasa bahagia walaupun Sofeyya tidak pernah mendengar lafaz cinta dari sang suami. Tetapi laut yang tenang juga bergelora inikan pula perkahwinan mereka. Fitnah dan dugaan yang hadir membuatkan Sofeyya mula berputus asa. "Abang, Feyya nak kita berpisah." "Will you be happy if i let you go?" Dia cintakan lelaki itu tetapi apa guna perkahwinan ini jika mereka bersikap seperti orang asing yang duduk di bawah satu bumbung yang sama! "Sebeci itukah Feyya pada abang?" "Ye! Feyya nak abang lenyap dari hidup Feyya. Feyya benci abang!" Cinta yang hadir bertukar menjadi benci yang bersulam. Tetapi benarkah ia benci atau ianya hanya rasa kecewa? Dan benarkah Makeen tidak mencintai isterinya atau ia hanyalah penipuan untuk mengkaburkan mata-mata yang ingin menghancurkan hidupnya? "Jika hanya dengan cara dibenci dan disakiti boleh menyelamatkan dia dari dendam manusia, aku akan gadaikan kebahagiaan aku untuk dia. Cause when you love someone their happiness is more important than yours." Start: 9/4/2024 End:
Abang Bos [Completed] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 53,560
  • WpVote
    Votes 3,286
  • WpPart
    Parts 48
SPIN-OFF KARYA MR. A.H! (Siapa yang belum baca, digalakkan baca dulu) Kekerapan update: 1-2 bab seminggu. Sinopsis: "Papa cabar kamu, go outside and see the world. Pergi rasai sendiri bagaimana betul-betul hidup menjadi orang susah." -Dato'Imran- Tidak mampu menerima kritikan ayahnya sebagai seorang yang kurang empati, Fawwaz Qayyum menyahut cabaran Dato'Imran untuk berkelana ke kampung. Siapa sangka, di sana Fawwaz akan jatuh cinta pandang pertama kepada si Optimus Prime, Cik Raihan Imanina. Namun, untuk memiliki gadis kampung itu, Fawwaz perlu melepasi saringan bukan satu, tapi lima bodyguard Raihan! Ini cerita tentang si putera bandar yang tangannya cuma biasa menaip komputer, memetik gitar, memegang stereng Porsche, Tapi diheret untuk belajar membelah kelapa, bermain batu seremban dan mengayuh basikal besi. Ini cerita tentang putera bandar yang kerek, hidup tak ambil kisah masalah orang lain, Yang kemudiannya belajar erti memahami, dan erti hidup untuk memberi. Tropes: -Hero falls in love first -Kampung vibe -Character growth -Family bond
Mr. A.H.  [Bakal Terbit] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 138,469
  • WpVote
    Votes 1,316
  • WpPart
    Parts 14
Adam Haiqal dan Aisy Hawa. Kedua-dua mereka datang dari keluarga berada namun gersang kasih sayang keluarga. Atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Tapi Hawa tak sangka pula calon suaminya itu adalah insta-famous pandai memasak yang pernah menjadi crush hatinya! "Adam, awak... Awak A.H. kan?" -Hawa- Sayangnya, impian Hawa untuk membina rumah tangga bahagia yang tidak pernah dirasainya musnah apabila suami yang baru dikahwininya itu mendedahkan satu rahsia! Handsome, kaya, pandai memasak, baik dan gentleman. Adam memang lelaki perfect idaman semua wanita. Tapi hakikatnya, lelaki itu menyimpan satu aib yang sangat besar! "I can't love you, can't treat you as how other husbands normally treat their wives." -Adam- Adam langsung tak sangka apabila dia berterus terang berkenaan rahsianya kepada Hawa, wanita itu tetap mahu mengekalkan perkahwinan mereka! "I'm not gonna give up on you, Adam." "Kita kawan dulu, okay?" -Hawa- Berjayakah Hawa menawan hati Adam? Dan mampukah Adam keluar dari kancah dosanya dan mencintai si isteri? "Adam, kita datang bersalut lumpur yang sama." -Hawa- "Hawa selamanya adalah isteri aku." -Adam- Ikuti kisah bagaimana Hawa menakluk hati crushnya, Mr. AH! Tropes: Secret crush Both have dark past Character growth & hijrah ke arah lebih baik She fell first, he fell harder Family bond This is a sweet fluffy story! Tak melodrama mana :') (TRIGGER WARNING: SILA BACA!!!) Karya ini mengandungi isu kecelaruan kesihatan mental seperti depresi, ketagihan alkohol, cubaan bunuh diri serta orientasi seksual songsang. Isu-isu yang disentuh mungkin boleh mencetuskan stres atau gangguan kepada pembaca. Sekiranya anda terkesan dengannya, adalah dinasihatkan agar membuat rujukan dan mendapatkan bimbingan lanjut daripada pihak yang wajar.
PELUANG TERAKHIR  by LittlePrincess174
LittlePrincess174
  • WpView
    Reads 37,706
  • WpVote
    Votes 669
  • WpPart
    Parts 58
Kerana satu peristiwa, dua insan yang saling tidak mengenali terpaksa disatukan dek kerana fitnah manusia. Segala penghinaan dan penderitaan terpaksa diterima oleh sang gadis itu. Namun dia sentiasa memberikan peluang dan kesempatan untuk suaminya. Disaat cinta mula berputik, muncul orang ketiga yang cuba meretakkan hubungan mereka. Pada awalnya, suaminya sentiasa membelanya. Namun, dek kerana fitnah orang ketiga hubungan mereka semakin retak hingga kalimat yang tidak ingin didengari oleh gadis itu keluar dari mulut cinta hatinya... " Aku ceraikan engkau dengan talak satu"
Sincerely Love ✔️ by pinky_authora
pinky_authora
  • WpView
    Reads 23,242
  • WpVote
    Votes 2,486
  • WpPart
    Parts 76
DELISYA SOFHIA - Kisah seorang wanita yang telah mengalami kisah pahit kematian suami bukan sekali malah dua kali membuatkan dia trauma dengan cinta bahkan perkahwinan. Kehadiran dua cahaya matanya, Damia Batrisya dan Dania Basyirah sentiasa menjadi pembakar semangat untuk dia terus hidup. Namun pertemuannya dengan seseorang lelaki misteri dalam hidupnya sedikit sebanyak telah mengetuk pintu hatinya. "Kenapa awak selalu ada ketika saya dalam kesusahan?" "Sebab saya ikut gerak hati saya." Saat-saat cinta mula berputik, semakin banyak pula dugaan yang datang. "Saya buta dalam menilai cinta awak! Saya hampir terjatuh cinta dengan awak tapi rupanya selama ini, awak simpan niat nak musnahkan keluarga bahagia saya!" - Delisya Sofhia. "Jangan sampai satu tahap, awak datang dekat saya dan minta maaf atas tuduhan awak yang langsung tak masuk akal itu!" - Harraz Zafran. Hari demi hari bertalu-talu masalah yang ditimpa Delisya. Ditambah pula dengan Puan Dahlia yang tidak habis-habis menyalahkan anak perempuannya. Dia menjadi semakin buntu dan lemah untuk menghadapi suratan takdir hidupnya. "Kau memang pembawa sial dalam keluarga ni, kan? Semua orang mati sebab kau! Kau punca segalanya!" - Puan Dahlia. "Selagi aku masih bernyawa, kau takkan pernah merasa bahagia. Aku akan pastikan hidup kau musnah sebagaimana hidup aku musnah disebabkan kau!" - 'Dia'. Masih adakah peluang untuk Harraz Zafran memenangi sekeping hati Delisya Sofhia yang sudah terluka? Bagaimana pula dengan Puan Dahlia dan 'Dia'? Mampukah seorang wanita yang penuh dengan kederitaan hidup mendapat sebuah kebahagiaan sebenar setelah seribu satu juta konflik yang melanda dirinya? Atau mungkin perkataan 'bahagia' sememangnya tidak wujud dalam kamus hidupnya? Semuanya bakal terungkai di dalam novel 'Sincerely Love.'