saraa_123
200 stories
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C | by iusedtowritenowidont
iusedtowritenowidont
  • WpView
    Reads 300,287
  • WpVote
    Votes 8,578
  • WpPart
    Parts 44
"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk berjauhan dengan orang tu. Macam sekarang, ia temukan saya dengan orang yang betul" -L.Rayyan Anaqi "Kepuasan! Aku tak suka tengok kau hidup! Lepas kau mati, isteri kau pula kita orang akan bunuh. Berjalanlah di taman syurga bersama-sama" "Abang! Bangunlah! Janganlah takutkan Mayra!" -Mayra Adelia
ATMA AKASA [C] by thekafai
thekafai
  • WpView
    Reads 802,385
  • WpVote
    Votes 43,743
  • WpPart
    Parts 40
[ BUKU 1 ] "Cuba senyum sikit Encik Muaz , mana tahu air laut yang masin ni boleh jadi manis." - ATMA MALAIKA "Cuba belajar berenang dulu. Biar tak lemas, tak menyusahkan orang cari ikan. Dasar scammer ikan." - MUAZ AKASA Dari kerja di langit, darat, hingga laut. Muaz tak pernah bertemu gadis aneh seperti Atma Malaika. Sangat tiba- tiba dan random. Sangat bertentangan dengan Hakimi, juga Haji Samir. "Siapa jantan tu? Seronok sangat sampai tiap hari kau pergi jumpa dia?" Oh-! Ada sesuatu yang perit kembali mencengkam dada Muaz. Mata bundar Malaika yang berkaca-kaca seakan menghidupkan semula jiwa Muaz yang telah lama mati. Rasa sakit. Sudah lama aku tak rasa sakit begini.. - Ini kisah Muaz Akasa, penghuni bumi yang pernah menumpang di langit. Menyewa di darat, sekarang menetap di tengah lautan. Sepasang sayapnya yang patah seakan tumbuh kembali dengan kehadiran Malaika. Dialah atma, satu-satunya jiwa Muaz Akasa.
MRS. ZARITH ADHAM  by aashavre
aashavre
  • WpView
    Reads 1,044,676
  • WpVote
    Votes 31,621
  • WpPart
    Parts 78
[ complete ] ✧・゚: ✧・゚: -Love Story :・゚✧:・゚✧ ‎⠀⠀⠀ ‎◌ 𓈒 𓂂𓏸 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒕𝒉 & 𝑨𝒓𝒆𝒚𝒔𝒂 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 start:19 DISEMBER 2023 end:2 MAY 2024
| C | Aileen X Luthfan by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 476,121
  • WpVote
    Votes 18,715
  • WpPart
    Parts 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terlebih menyukainya. Dipadankan dengan Jovian Luthfan, si kaya yang kacak maut hingga berjaya membuatkan dia sanggup buat apa sahaja demi meraih cintanya yang bertepuk sebelah tangan. Peribadi mereka? Bagaikan langit dan bumi. Jauh bezanya bila Luthfan yang utuh dengan sikap dinginnya berganding dengan isterinya, Aileen yang bersikap gila-gila, sengal, penggoda dan terkadang terlebih aktif tak kira tempat. "Kau ni memang, kan?!" -Luthfan "Eh tak lah. Saya Aileen. Siapa memang?" -Aileen. Dia memang gila. Tapi gilanya hanya mampu dilihat oleh orang terdekat. Dan sudah tentu, bila namanya sudah Aileen Casandra, jangan pernah mencabar kesabarannya. Jangan biarkan sisi gelapnya melangkah keluar kalau tidak mahu nyawa melayang sia-sia. Terutamanya yang melibatkan suaminya, Luthfan. Jangan pernah sentuh suami aku, itu pesan Aileen kepada semua wanita yang berani mengganggu suaminya. Protective wife? Yes. Hati si suami cuba diraih tanpa lelah. Biarpun banyak ujian yang datang menggegarkan hubungan mereka , namun Aileen cuba untuk bertahan. Bila dua hati mereka mula bersatu tanpa rasa mahu melepaskan lagi, datang pula misteri dan tanda tanya yang timbul bila Alan, sahabat baik Luthfan muncul dan menghuru-harakan hidup Aileen. Siapa Alan? Apa hubungan Alan dan Luthfan yang sebenarnya? Kenapa hati ini selalu rasa sesuatu bila bertatap mata dengan dia? Adakah aku jatuh cinta dengan dia, atau hati ini hanya simpati dengan dia? Aileen buntu! Deja vu? Tapi otak langsung tak mengingat apa-apa. Bila misteri dan rahsia akhirnya terbongkar, Aileen cuba untuk mengimbangkan diri dan bertahan agar tidak tersungkur jatuh menerima hakikat yang teramat memedihkan. Lagi sakit bila Aileen mendapat tahu bahawa Luthfan terpalit sekali dalam rahsia ini. Rahsia apa? Silakan dibaca...
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 716,131
  • WpVote
    Votes 26,735
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,717,855
  • WpVote
    Votes 179,399
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
[C] Beneath His Gentle Lies by UaenaaLee
UaenaaLee
  • WpView
    Reads 65,478
  • WpVote
    Votes 3,448
  • WpPart
    Parts 58
[1st book] Dara Nadira adalah seorang anak sulung yang di mana sejak kelahiran adiknya, Dara mula diabaikan, apa sahaja yang dia buat, baik atau buruk, tetap tak pernah benar di mata ayahnya. Dia selalu dibandingkan dengan adik sendiri. Diketepikan oleh ayah yang selalu melebihkan adiknya. Membuatkan Dara tumbuh dengan kehausan kasih sayang dari seorang bapa. Dia rela bekerja sambil belajar, sibukkan diri seharian, kerana baginya hidup akan baik-baik sahaja selagi dia jauh dari rumah. "Kenapa Ayah tak tahu? Sebab Ayah cuma ambik tahu pasal Damia! Pasal Dara, Ayah tak pernah peduli. Apa pun pasal Damia je!" - Dara Nadira "Menjawab kau ya? Sikit pun tak hormat bapak sendiri!" - Encik Malik "Ayah yang buat Dara hilang hormat dekat Ayah." - Dara Seorang lelaki bernama Hazrel Aidan De' Lorien muncul tanpa diduga ke dalam hidupnya. Hanya dengan satu pertemuan tanpa sengaja, cukup untuk buat lelaki itu jatuh cinta kepada Dara. Tiba-tiba dengan satu kejadian, satu malam mengubah hidup seorang Dara. Sejak malam itu, dia bukan sahaja kehilangan kasih, tapi juga makin dibenci oleh ayah kandungnya sendiri. Dan juga memaksanya untuk berkahwin dengan lelaki yang dia kenali hanya sebagai pelanggan di tempat kerja. Tanpa rasa cinta dan sayang hanya kerana mahu menutup malu. Selepas kahwin pula, satu persatu tentang rahsia keluarga Hazrel terbongkar. Mampukah Dara menerima seorang Hazrel Aidan De'Lorien yang hidupnya dipenuhi dendam lama? "Saya dah tahu segalanya Hazrel. Sepenuh hati saya percayakan awak selama ini Hazrel, tapi ini yang awak balas?" -Dara Nadira "Abang pilih untuk rahsiakan sebab abang tak nak hilang love. Love dah jadi separuh nyawa abang, kebahagiaan abang dan hidup abang. Abang tetap sembunyikan semuanya dengan harapan rahsia tu takkan terbongkar langsung suatu hari nanti. Tapi abang silap... penipuan takkan kekal jadi penipuan, cepat atau lambat, semuanya akan terbongkar jua..." -Hazrel Aidan De'Lorien start : 9/11/2025 end : 17/7/2026
Rayyan Iskandar's | 𝐂 by shafiysz
shafiysz
  • WpView
    Reads 2,689,026
  • WpVote
    Votes 85,239
  • WpPart
    Parts 65
[ Karya pertama yang banyak mengandungi kesalahan ] Her Obesession Husband Series 1 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 - lelaki berumur 27 yang berkerjaya dandia juga seorang yang Dingin,tegas dan tidak suka dengan mana mana perempuan selepas dikecewakan oleh 'teman wanita' . selepas setahun dirinya dipertemukan dengan kawan baik adiknya dan dari situ la dia obsess pada kawan baik adiknya 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚 - Gadis polos yang berusia 22 tahun dan mempunyai dua abang yang sangat protective pada dirinya. "you are mine baby" - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 "kenapa seribu je baby? bukan abang suruh habiskan duit yang abang bagi? abang bagi sejuta kan?kad pun sayang tak guna hm,ke tak cukup? sayang nak abang beli mall tu untuk sayang?kalau nak abang beli" - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 "simpan la untuk masa hadapan" - 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐀𝐮𝐫𝐨𝐫𝐚 "You are mine obesession little Rose" - 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 Start: 26 February 2022 End: 20 March 2023 - Love Me Like You Do by ( Ellie Goulding ) ⚠️ Plagiarism Is Prohibited ⚠️ 15+ ⚠️ Matured Language • 🚩 • turn green after married • cringe • banyak kesalahan bahasa/ ejaan a little information, if you don't like this story no need to read dan cerita ini sangatlah mengarut.
Dia Penjaga Hati | C by JaenRhapsody
JaenRhapsody
  • WpView
    Reads 357,170
  • WpVote
    Votes 12,133
  • WpPart
    Parts 53
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda yang baik dan perlu dielakkan. Hana Raisya, seorang gadis yatim piatu yang sentiasa cuba untuk berdamai dengan nasib kehidupan. "Mak Mah tolong la carikkan Harraz jodoh, Harraz percaya dengan taste Mak Mah"- Harraz Althaf "Impian saya tahun ni, saya nak jadi orang yang paling lama single dekat kampung ni." - Hana Raisya "Orang cakap bercinta lepas nikah menarik, so are you in?"- Harraz Althaf "Kalau betul saya ni perampas, saya akan undur diri" - Hana Raisya Berjayakah Harraz untuk bertemu dengan pasangan hidupnya? Mampukah Hana berdamai dengan masa lalunya? Romance story 🦋 Happy story 🤍 Banyak kesalahan ayat dan typo. cerita cringe dan cliche.. START - 26/1/2024 END - 1 /10/2024