Pali4878's Reading List
8 stories
LANGIT FAJAR : MY NAME by kafiyadeena
kafiyadeena
  • WpView
    Reads 207
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 4
Sebuah karya yang berlatarkan dunia ketenteraan dan perisikan seorang hamba bernama True Thariq Bryant Abdullah. Kisah bermula apabila True mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah sebuah peristiwa tragis dari misi rahsia yang mengubah kehidupan gelapnya untuk kembali ke pangkal jalan sebenar. Namun hal buruk menimpa apabila khabar tersebut sampai ke telinga orang-orang atasan True. True telah dilucutkan jawatan dan kredibiliti sebagai salah satu ketua kumpulan ejen risikan ditarik sepenuhnya dan tinggallah namanya yang hanya tersisa disebut-sebut oleh kakitangan organisasi bahawa Kapten True adalah satu-satunya figura yang masih hidup dalam mencurahkan kesetiaan yang sama selama 29 tahun tanpa melawan sepatah kata. Walaupun lelaki ini sudah sedaya upaya menyembunyikan identiti diri daripada terjebak dengan sebarang hal-hal awam, misteri satu demi satu ugutan keras yang memburu True dari pelbagai penjuru memaksa True mengeluarkan kembali taring yang ia sudah simpan berkat dari sejak menganuti agama Islam. True menyangka rakan-rakan yang pernah berkhidmat dengannya masih lagi berada dalam organisasi tersebut namun mereka kini terpisah, membawa diri masing-masing dan ada juga hilang daripada radar tanpa dapat dikesan. Di sinilah bermulanya pertarungan sengit antara Kapten True Thariq dan kesemua sahabat perjuangannya melawan organisasi yang menggertak sahabat, keluarga bahkan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan True.
Code Cinta dan Taktikal (ON GOING) by dracquint
dracquint
  • WpView
    Reads 44
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 15
Di pantai Timur Sabah, Kapten Faris dan intel Hana dihadapkan dengan operasi berbahaya menentang musuh misteri, Shadow Fox. Satu langkah yang salah boleh mengorbankan pasukan - atau nyawa mereka sendiri. Walaupun baru dijodohkan tanpa mengetahui identiti masing-masing, hati mereka mula terikat secara perlahan-lahan di tengah ketegangan operasi dan risiko yang membayangi setiap pergerakan. Dalam kegelapan malam dan strategi rahsia, pertaruhan terbesar bukan hanya keselamatan pasukan, tetapi masa depan mereka - dan perasaan yang belum sempat mereka ungkapkan.
ESTODANIA : HIKAYAT ADIWANGSA by seketulawan
seketulawan
  • WpView
    Reads 16,958
  • WpVote
    Votes 1,746
  • WpPart
    Parts 32
Selamat datang ke Estodania. Kota manusia dan jin hidup bersama, menyembah Allah, menjaga kesucian Islam, dan membina ketamadunan bersama. Dengan kecanggihan teknologi yang setinggi imaginasi, kota ini mampu merealisasikan semua mimpi yang ada. Imaginasi! Tinggi sehingga mitologi Malaysia dan Nusantara dimuat dalam karya ini. Haiwan mitos yang diperankan sudah dipilih untuk diselarikan dengan haiwan-haiwan mitos dalam Islam. . PERINGATAN! Jika kalian mengharapkan kisah cinta yang romantik, karya ini bukan tempatnya. Tetapi jika kalian ingin mengembara dalam satu dunia yang belum pernah kalian saksikan... maka dijemput baca.. Dinasihatkan untuk bersihkan apa yang patut dibersihkan daripada perut.. atau selesaikan semua kerja-kerja rumah... kerana sekali anda mula membaca Hikayat Nusantara ini, sukar bagi kalian untuk berhenti.. sukar bertenang... sukar tidur malam...! . Cerita ini ditulis dengan menggabungkan hasil bacaan Al-Quran & Tafsir, Israiliyat, Dongeng Nusantara dan kisah sejarah Islam yang terpilih. Ditulis dengan bercorakkan pengembaraan epik ala-ala Lord of The Rings karya J.R.R. Tolkien. . Disarankan baca sambil mendengar muzik/ intrumental epik yang ada dalam youtube supaya lebih feel... DAN... AKTIFKAN IMAGINASI ANDA... TINGGALKAN SEKETIKA DUNIA REALITI.. MARI MENGEMBARA DI ESTODANIA..
PARCEL by SimonMalik
SimonMalik
  • WpView
    Reads 3,128
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 9
Sedikit teaser Novel pertama aku dengan FIXI. Aku open a few babs untuk korang baca. Kalau korang nak beli, ebook - https://www.e-sentral.com/book/info/125481/parcel Buku - https://fixi.com.my/produk/parcel Atau PM tepi kalau nak beli signed copy. Excerpt : Sebagai tukang pasang internet di laun, Faisal selalu jauh dengan isterinya Anis. Satu hari, dia hand carry a parcel ke pelantar minyak Stella Fortuna. Bukan tugas biasa. Parcel itu harus dijaga macam nyawa sendiri. Lebih malang, Stella diserang Laguna Pirates, kumpulan lanun yang berbahaya dan ganas. Tujuan mereka: merampas parcel itu atas arahan klien mereka ; Descartes. Tapi Laguna Pirates mahukan parcel itu sendiri, membuatkan Faisal dan Syaza, seorang lagi mangsa culik, tersepit di antara pertelagahan kuasa Laguna-Descartes. Bukan sembarangan barang yang terisi di dalam parcel itu. Salah tangan yang menerima, pasti hancur dunia!
That Army Girl by ChiaASeeeds
ChiaASeeeds
  • WpView
    Reads 188,781
  • WpVote
    Votes 3,557
  • WpPart
    Parts 24
Guess who's back? Six years ago, 12 year old Sky moves to live with her mom in New York. Leaving behind her 5 best friends, Jimmy, Jacob, Andy, Oliver, Elijah, and the army base she grew up on along with them. Before age 12, she grew up with these boys on the army base because her dad was a Sergeant First Class. What happens six years later when Sky returns as a beautiful, smart, and don't forget, with a badass and bad girl exterior? And what happens when the she finds the five boys she grew up with, and not boys anymore? And likewise for them when they see Sky.
I Love You! Abang Navy  by iceycandiesss
iceycandiesss
  • WpView
    Reads 141,266
  • WpVote
    Votes 5,331
  • WpPart
    Parts 35
『️️C O M P L E T E D』️ Cinta dan lelaki. Dua perkara yang amatlah asing bagi Rian Aryana. Namun siapa saja yang minta untuk jatuh cinta? Dan siapa sangka Rian yang naif tentang cinta itu jatuh cinta? Lagi-lagi dengan Abang Navy yang sentiasa segak semasa mengenakan seragam tentera mereka. Pergh! Cair hati tengok. Nadzri Aydan, hanya lelaki biasa yang hidupnya sederhana dan bekerja sebagai tentera laut. Pangkatnya tidaklah setinggi mana, hanya seorang perajurit muda yang mempunyai prestasi yang sangat baik. Perkenalan ringkas mereka akhirnya melahirkan bibit-bibit cinta. Apabila bunga baru hendak memekar, pasti ada sahaja bala menimpa. Rian teruji dengan kejujuran. Patutkah dia teruskan berahsia? Melissa dan Taufik tidak habis-habis memburu cinta mereka. Dan kemunculan semula abang kembar Nadzri, Nazwan pula membongkarkan banyak rahsia. Nadzri pula menghilang semasa melakukan tugasnya terhadap negara. Peninggalannya amatlah memberi tekanan yang hebat kepada Rian. Dua tahun sudah berlalu, Nadzri mula memunculkan diri. Kembali menagih cinta Rian. Dapatkah mereka hidup bersama? "Will you fight for this love?"- Rian Aryana "Let's us fight for this love."- Nadzri Aydan ---------------------------------------------------- Fantastic cover by: FairuzZulaika 『️️I Love You❗Abang Navy ⚓💙』️ [ICEYCANDIESSS™2019] ⚠️ NO PLAGIARISME [Gaya penulisan serta tatabahasa sangat berterabur dan keanak-anakkan pada bab-bab yang awal. Maklumlah zaman budak²😂 Icey sendiri pun cringe bila re-read cerita sendiri tapi tak apalah... Cerita ni akan diedit dan dikemaskan semula suatu ketika nanti ;) ]
MALAPETAKA by farisjamalFJ
farisjamalFJ
  • WpView
    Reads 5,597
  • WpVote
    Votes 363
  • WpPart
    Parts 26
Negara dikejutkan dengan penemuan julangan cahaya ditengah-tengah Laut China Selatan. Pelantar minyak musnah dan meletup ditengah laut. Kapal kargo tiba-tiba hilang, kemudian ditemui dalam keadaan yang mengerikan. Bandar pesisir pantai timur semenanjung punah ranah. Semuanya akibat bait-bait ayat pada prasasti kuno yang tidak sengaja menyeru kejahatan dan kedurjanaan yang muncul dari dasar Laut China Selatan. Ratna Natasha, pewaris Bhumi Srivijaya adalah kunci yang meleraikan pasungan Seri Gumum dan Seri Khambuja tanpa dia sedar. Dia jugalah yang memikul tanggungjawab memasung semula dua naga durjana. "Aku tak sengaja membuka pintu malapetaka antara dunia kita dan dunia mereka."
Aku Isteri Curang by MrsTudung
MrsTudung
  • WpView
    Reads 190,102
  • WpVote
    Votes 532
  • WpPart
    Parts 2
Kisah seorang isteri yang baru mula bekerja bagi membantu suaminya, namun berubah apabila kalah pada godaan nafsu