Aries
8 stories
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔ by ascarlet_
Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔
ascarlet_
  • Reads 870,276
  • Votes 49,254
  • Parts 109
Diandra Advilent adalah seorang gadis yang telah kematian ayahnya sejak berumur 17 tahun. Ibunya pula langsung tidak pernah dia kenali sepanjang dia hidup. Apabila ditanya tentang ibunya, ayahnya langsung menukar topik. Hidupnya hanya seorang diri sahaja sehingga satu masa dia bertemu dengan Aleena Fannedella yang datang menolongnya daripada serangan Demon Ammande iaitu keturunan rasaksa yang tersesat ke dunia manusia kerana Pintu Averra telah rosak. Aleena Fannedella adalah gadis yang datang dari dunia aneh yang bernama Stellantra World. Aleena ditugaskan untuk membunuh semua Demon Ammande yang masuk ke dunia manusia sementara Pintu Averra dibaiki. Alenna amat terkejut apabila berjumpa Diandra yang dapat melihatnya sedangkan manusia sememangnya tidak berkebolehan melihat keturunannya. Dan disebabkan itu, Alenna yakin yang Diandra bukan manusia sebarangan dan dia membawa Diandra ke dunianya iaitu Stellantra World walaupun secara dipaksa. Apakah rahsia yang disembunyikan? Siapa sebenarnya Diandra Advilent? Kehadiran suara wanita di minda Diandra membuatkan Diandra makin mengenali dirinya yang bukanlah manusia biasa. Dan tiba harinya, wanita yang sering hadir dalam minda Diandra muncul memberi misi mencari sejenis penawar sumpahan di Hutan Orkida. Dan di sana, mulalah pengembaraan Diandra dan rakan rakannya. Disebabkan satu misi, semuanya berubah. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi? Apakah rahsia yang terbongkar? Siapa diri Diandra sebenarnya jika dia bukan seorang manusia?
Sumpahan Rosmera by AdaHaris
Sumpahan Rosmera
AdaHaris
  • Reads 98,251
  • Votes 6,537
  • Parts 26
Dunia ini satu misteri. Mungkin ada beberapa sisi. Yang tidak diketahui. Mungkin ada dunia yang berbeza. Dari apa yang disangka. 16 tahun dia hidup sebagai manusia. Tidak pernah pula dia sangka. Yang dia bukan manusia biasa. Malah dia tidak layak pun dipanggil manusia. Kerana asal kejadiannya. Lebih dari sekadar "biasa". Ramalan sudah tercipta lama dulu. Sebuah sumpahan yang tidak dapat dibelenggu. Hanya seorang sahaja yang bisa mematahkan semua. Dialah kunci kebebasan kota terlindung dari permaisuri neraka. Dialah sang puteri tunggal Kota Rosmera.
BUKU YANG DISUMPAH by saptember
BUKU YANG DISUMPAH
saptember
  • Reads 9,299
  • Votes 1,301
  • Parts 9
Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti? Maka inilah kisahnya. Buku ini adalah buku yang disumpah. Bacalah. Itupun kalau kau cukup berani menanggung akibatnya. - Penulis -
1001 Fakta by applemint99
1001 Fakta
applemint99
  • Reads 110,962
  • Votes 4,127
  • Parts 37
1001 Fakta merupakan buku saya yang pertama dan saya memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan. Harap anda semua boleh support buku ini dan jangan malu-malu untuk vote sekali. Terima kasih juga kepada sesiapa yang sudi vote dan letakkan buku ini dalam reading list. Cover by : -taeleport
Flowers Of Love ✔ by pinktory
Flowers Of Love ✔
pinktory
  • Reads 433,839
  • Votes 17,213
  • Parts 69
[ C O M P L E T E D ] ❗Read School : Musical World first❗ + No sinopsis. Aku tak reti nak buat sinopsis bagai ni. Nanti sinopsis ke mana, plot story ke mana. Percayalah. Just tekan butang read tu eh? Inshaallah best punya. || Start : 10 Mar 2018 || || End : 01 Dis 2018 ||
Diabolic [[✔]] by annemairaaa
Diabolic [[✔]]
annemairaaa
  • Reads 296,688
  • Votes 16,180
  • Parts 41
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa dan ayah angkatnya, Lisara terpaksa mewarisi sebuah rumah agam di kawasan pedalaman milik mendiang Julius Ackerman. Tanpa sedar, rumah itu dihuni oleh sekumpulan puntianak remaja 7 bersaudara yang menawan mata hati bangsa manusia. Setiap satu daripada mereka berbeza latar dan personaliti. Segala-galanya di luar pengetahuan Lisara. Dia dihantar atas satu tujuan, iaitu membantu 7 remaja itu membebaskan diri masing-masing. Persoalannya, daripada APA dan BAGAIMANA? *** Di sebalik senyuman, terselitnya duka. Di belakang tawa, adanya lara. Namun tak mustahil di bawah api sengsara, wujudnya sinar bahagia. 'Their existence is not just a myth' - Diabolic 2017🎈 ▪ Start: 01/12/2016 ▪ End: 16/05/2017 *** 🎈[BEST ACHIEVEMENT]🎈 #2 in Vampire -170417- #1 in Vampire -170510- ©All Right Reserved [COMPLETED]
BEAST and a voyage ※chapter 2※ (slow Update)  by AdaHaris
BEAST and a voyage ※chapter 2※ (slow Update)
AdaHaris
  • Reads 98,264
  • Votes 9,882
  • Parts 67
Seribu tahun dahulu, terciptanya sebuah harta lagenda yang digelar sebagai Urre Gold. Ibu kepada semua jenis emas di dalam dunia ini. Kejadiannya sangatlah istimewa membuatkan masyarakat purbakala mula menyembahnya. Disebabkan keistimewaannya itu, masyarakat purba mula mencipta kompas lagenda dan peta dunia yang tidak akan musnah walau ditenggelami air atau dibakar sambaran api. Namun, kejadiannya sudah lama dilupakan oleh dunia. Sehingga ada yang percaya urre gold langsung tidak wujud. Namun, rahsia disebalik keistimewaan Urre Gold mampu memusnahkan dunia jika ia jatuh ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Adakah Theo Atlas dan rakan-rakannya mampu mengharungi lautan dunia yang penuh dengan cabaran untuk menemukan harta lagenda itu? Apakah rahsia yang bakal diketahui mereka dalam pengembaraan tersebut? "He who seek for the legendary treasure will discover the greatest power that will end not just a war.. It can even end the world itself.." - Overlord.
TEDDY (Sample)  by JSmulberry
TEDDY (Sample)
JSmulberry
  • Reads 225,476
  • Votes 11,748
  • Parts 29
(Editing in Progress) Claire Verena, si gadis sunyi yang mengimpikan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Bagaikan hajat dikabul bintang harapan, dirinya bertemu dengan seorang pelajar baru di sekolahnya. Teddy. Pelajar yang serba-serbi kekurangan. Seorang yang tidak bijak dalam setiap mata pelajaran, tidak mahir bersukan juga seorang yang lemah. Bertubuh kurus sehingga digelar jerangkung bernyawa. Berwajah pucat dan cengkung. Teddy juga merupakan seorang mangsa buli di sekolahnya. Namun, di sebalik 1000 kekurangan itu Teddy memiliki satu keistimewaan. Keistimewaannya luar biasa.