a p p r o v e d ✅
11 stories
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S] by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 1,631,096
  • WpVote
    Votes 65,571
  • WpPart
    Parts 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose
Hero Untuk Jiyan (SUDAH TERBIT) by YumiHyra
YumiHyra
  • WpView
    Reads 6,320
  • WpVote
    Votes 409
  • WpPart
    Parts 15
Pertemuan kali pertama antara Jiyan dan Han tidaklah semanis mana pun. Dan... siapa sangka selepas itu, rupa-rupanya Han ialah jiran baharu sebelah rumah Jiyan. Bagaimanapun hubungan yang tidak semanis mana itu, bertukar manis dan seindah roti Pelangi Kafe Dapur Isma apabila Han si mamat stone itu menjadi tutor matematik bidan terjun untuk Jiyan yang nakal. Han yang sentiasa ada untuk Jiyan itu membuatkan hati Jiyan selalu berbunga-bunga. "Awak cari apa lama sangat tu?" ~Han "Cari perhatian awak." ~Jiyan Namun bunga yang mahu berkembang terus layu apabila rasa hati Jiyan ditolak tanpa konar-konar lagi oleh Han. Jiyan memujuk diri sendiri agar dapat melupakan Han. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula. "Kenapalah awak ni muncul balik tiba-tiba dan ada aje kat mana-mana?" ~Jiyan "Sebab, hero kan kena sentiasa ada di sisi heroin dia." ~Han Hati Jiyan masih berdebar-debar dan suka pada Han untuk sekali lagi. Cuma antara mereka adanya Carissa. Adakah benar dan tertulis yang Han itu hero untuk Jiyan?
BELLE by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 13,479
  • WpVote
    Votes 847
  • WpPart
    Parts 20
"Aku Belle, kerana dia Beast milik aku." ADELINE JAMEELA. Maksud namanya, noble. Cantik. Tapi kenapa dia rasa kehidupannya tak secantik mana? Hidupnya kabur-kabur sebab dia tak ingat apa-apa langsung! Namun dengan kehadiran Ayaaz, hati dijentik satu rasa. "Tolong percayakan saya." Kala satu demi satu penipuan tersingkap, Adeline nekad. Akan dia buka kotak Pandora itu dan bongkarkan segalanya. "Pandora box is a source of great, unforeseen troubles. Think you can handle the consequences?" "Try me." Namun setelah kotak Pandora terbuka, dia terngadah. Kerana hakikatnya... Hidupnya tak seindah nama yang dimiliki. AYAAZ. Menjadi pengawal peribadi Adeline Jameela, tak mudah. Menguji mental dan fizikal. Menguji perasaannya. Dia yang berjanji untuk sentiasa ada buat wanita itu, akhirnya dia sendiri yang kata... "Saya tak pernah ada hubungan dengan Adeline Jameela. Sampai bila-bila." Satu garisan jelas dicipta Ayaaz. Meski dia tahu ada hati yang berantakan, Ayaaz terpaksa. Kerana hakikatnya... Dia yang membawa kelam ke dalam dunia wanita itu. "Awak tahu tak, Beauty and the Beast ada twisted version?" "Twisted version?" "Haah. Dalam twisted version, sebenarnya..." Jika di dalam dongeng Beauty and the Beast, Belle tetap setia bersama Beast mengharungi segala dugaan. Bagaimana dengan mereka? Apa kesudahan kisah mereka?
Heliophile  [SUDAH TERBIT] by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 520,594
  • WpVote
    Votes 3,480
  • WpPart
    Parts 29
Heliophile- a person who loves the sun. Beku, itu sifatnya. Nama dia Aarif Ahsan , tapi mereka panggil dia Sun, matahari. Dan satu-satunya yang boleh berada di sisinya adalah cahaya, yang menjadi haba mencairkan hati sedingin ais. The sunshine. She is the one, the Sun's sunshine. "I hate darkness." "Then let me be your light." another love story by: Akyelrahim Diterbitkan oleh: Naratif Land
Novel Butterfly - By Anna Lee by PrologMed
PrologMed
  • WpView
    Reads 904
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 11
Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan? Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah kejadian dan sebaris kata. Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'?Dan yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas? Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu buat Laikha mula keliru dengan realiti sebenar. Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam. Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta? Info : Novel ini sudah diterbitkan pada tahun 2019. Dicetak semula pada 2022 dengan cover berwajah baru (seperti yang tertera) Boleh miliki novel ini dengan klik link shopee kami. Atau dm kami di mana-mana platform sosial media Prolog Media.
Novel Kenzi X Embun Oleh Anna Lee by PrologMed
PrologMed
  • WpView
    Reads 1,114
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 10
Suaminya ada skandal dengan kawan baik sendiri! Begitulah klisenya kehidupan Embun Nashmia. Hatinya hancur. Perpisahan dipilih demi ketenangan hati. Namun, kemunculan sepotong kek bersama sekeping kad nama telah menghuru-harakan hidupnya. Mr Ross mempunyai misi untuk memastikan anak saudara kesayangannya mempunyai zuriat yang sah. "Cari isteri. Kahwin. Buat perjanjian. Buat anak. Kemudian lepaskan. Mudah, kan?" Cadang Ross. Kenzi Julian sebal dengan ayah saudaranya yang tiba-tiba saja bertanyakan soal zuriat yang bakal mewarisi hartanya yang berbilion sedangkan hatinya tidak terbuka untuk cinta kerana pernah dikecewakan satu masa dulu. Namun, demi memuaskan hati Mr Ross, dia bersetuju. "But with one condition." Matanya merenung serius. "Okey?" Ross dekatkan diri dengan Kenzi. "Find someone whom I will never fall in love with, will you?" Dengan wajah serius Kenzi merenung Ross. Syarat Kenzi dituruti. Rancangan diatur. Embun menjadi insan terpilih. Segala-galanya berlaku dengan mudah. Tapi kenapa makin lama mereka bersama, semua yang berlaku mula nampak salah? Kenzi x Embun, masihkan ada bahagia untuk hati mereka yang pernah terluka?
Hero Dalam Irama | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 584,028
  • WpVote
    Votes 32,194
  • WpPart
    Parts 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka? "Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan. Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama. "Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima. Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri. "Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima. Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala. Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan? *** Cover by: @hdaynie❤️
Novel I'm Yours - By Anna Lee by PrologMed
PrologMed
  • WpView
    Reads 775
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 11
Kerana takdir akan menemukan jalannya. Soraya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bersama dua orang anaknya. Ada misi yang ingin dilaksanakan demi memulakan hidup barunya, namun tanpa dia sedar kepulangan itu bakal mengubah sejarah hidupnya. Remi, lelaki asing yang tiba-tiba muncul dikampung itu lima tahun lalu tidak begitu disenangi oleh penduduk kampung, kecuali Tok Salim, ketua kampung. Kutu rayau, kaki lepak, itulah gelaran yang diterima. Namun itu semua langsung tidak diendahkannya. Soraya, kepulangannya menjadi buah mulut. Remi, kemunculannya menjadi tanda tanya. Apabila hati yang terluka bersatu dengan hati yang penuh rahsia, akhirnya menimbulkan kekalutan. Remi dan Soraya cuba untuk meleraikan kekalutan itu, dan bersama mereka menemui dan membongkar satu rahsia yang disembunyikan bertahun lamanya. Termasuklah rahsia tentang hati.
Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT) by broleecomel
broleecomel
  • WpView
    Reads 98,805
  • WpVote
    Votes 5,299
  • WpPart
    Parts 11
Setiap orang ada traumanya sendiri, ada kisah yang tak terluah, luka yang tak terpulih, mimpi menyakitkan yang berulang dan juga bahagia yang tampak seperti air yang sering terlepas dari genggaman. Mikaeyl, lelaki dewasa yang sudah berjaya mencapai cita-cita dalam hidupnya, masih sering menoleh ke belakang dan memerhatikan dirinya ketika dia berumur 7 tahun. Dari ketika dia kecil sehingga dia dewasa begini, dia rasa seperti seseorang yang tidak pernah cukup. Dia rasa seperti ada sesuatu yang hilang walau hakikatnya, hartanya cukup, kerjayanya maju dan dirinya sihat. Mikaeyl tahu jika dia mahu pulih, anak kecil berumur 7 tahun di dalam dirinya itu harus pulih dahulu. Tetapi bagaimana? Kewujudan Haikal Deedat, Aireen Aniesha, Danial Darwish dan juga Eiman Najmi yang juga mempunyai kisah masing-masing, bersama-sama mencari cara memulihkan luka di hati bersama Mikaeyl. Mereka mahu pulih. Mikaeyl Lee mahu pulih. Dan di bawah langit biru, mereka sentiasa saling berkongsi perit yang dipendam demi mencari jalan untuk memulikan luka yang dirasa. Sesungguhnya, kisah ini untuk mereka yang terluka dan menginginkan pelukan memujuk dalam bentuk kata-kata. Genre: Romantic Comedy // Slice of Life
Kimia (Sudah Terbit) by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 317,002
  • WpVote
    Votes 1,073
  • WpPart
    Parts 14
Ini cerita Zink dan Caan yang melakar pertemuan di bangku IPT. Yang si gadis, cemerkap itu sudah sebati dalam diri dan jadi identiti. Yang si jejaka, mulut manis memang bergula buat hati Zink dikunjung musim bunga setiap masa. Bermula daripada pasangan eksperimen, tiba-tiba hati dilambung cinta buatkan dua-dua setuju untuk berkongsi rasa. Bila cinta dan kimia disatukan di dalam satu cerita, "Zink, I love Uranium." "Potassium Caan." Orang kata cinta itu macam kimia? Tapi, di dalam kimia, tidak semestinya sesuatu tindak balas itu akan kekal sama dari awal hingga akhirnya. The chemicals could be contaminated, and it should be eliminated... Right away. Eksperimen yang baru harus dimulakan. "Kita still kawan, kan?" "Aku pernah putus cinta sekali, tapi aku tak nak putus lagi sekali. Sebab macam kau cakap, kawan pun cinta. Cukup hilang kau sekali je, I can't afford to lose you twice." Mampu ke hubungan mereka bertahan hingga ke akhirnya? Ikuti perjalanan suka duka mereka di dalam Kimia! ________________ Another romance by: Akyelrahim Diterbitkan oleh: Manes Workwork