Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
AliaSyahirazhar's Reading List
153 stories
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 231,249
  • WpVote
    Votes 8,811
  • WpPart
    Parts 47
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 9,727
  • WpVote
    Votes 2,149
  • WpPart
    Parts 16
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴.. ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih? cover by @pplyoumayknow
BENAR UNTUKMU [C] by bySueHerra
bySueHerra
  • WpView
    Reads 110,580
  • WpVote
    Votes 3,599
  • WpPart
    Parts 40
Nur Qayreena, gadis kampung berusia 26 tahun, hidup dalam tenang yang sederhana menjaga ayahnya yang uzur sambil meneruskan hari-hari sunyi selepas kehilangan ibu. Tamat pengajian dalam bidang perladangan, dia memilih tinggal di kampung, bukan kerana tidak mampu melangkah lebih jauh, tetapi kerana kasihnya pada ayah terlalu besar untuk ditinggalkan. Dunia Qayreena mula berubah apabila ayahnya tiba-tiba menyuarakan hasrat: "Abah nak Reena kahwin dengan anak kawan baik abah..." Bersama rasa berat dan berdebar, Qayreena mula bertanya pada diri sendiri siapa lelaki itu? Kenapa dia? Dan cukupkah waktu untuk mengenali seseorang sebelum bergelar isteri? Soalan demi soalan dilontarkan oleh Hani, sahabat yang paling setia dan prihatin: "Reena... hati kau dah sedia ke?" "Kau tahu apa-apa pasal dia?" "Sekurang-kurangnya... kau tahu dia jenis lelaki yang boleh jaga kau?" Dan Qayreena, seperti biasa, hanya mampu diam dalam resah yang belum pasti. Namun demi ayah, dia reda. Reda yang bukan bermaksud rela sepenuhnya. Pertemuan pertama mereka tak seindah drama cinta. Dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak, lelaki itu bersuara: "Awak betul nak kahwin dengan saya? Saya ni dah lah hensem." Muka Qayreena terus berubah. Kalau ikut hati, dia nak cakap: "Lelaki green flag ke, jangan test aku awal-awal boleh?" Namun siapa sangka, di sebalik ayat 'bajet' itu... tersembunyi seorang lelaki yang tahu menghargai, tahu memimpin, dan tahu menyayangi dengan cara paling tenang. Perkahwinan yang bermula kerana takdir keluarga itu menjadi permulaan kepada satu cerita cinta yang tidak dijangka. Adakah hubungan mereka akan kekal lama? Adakah cinta antara mereka akan menjadi sebuah cinta abadi? Dan... adakah mereka tetap meneruskan hubungan itu hingga ke hujung nyawa?
Mr. Lucifer Her Fallen Angel | SU by RissaRalyn
RissaRalyn
  • WpView
    Reads 9,549
  • WpVote
    Votes 570
  • WpPart
    Parts 53
***KU KHAIRIEL SHAH X ARABELLA NUR JASMINE*** Arabella Nur Jasmine membesar dalam takdir yang tidak pernah meminta izin. Cinta hadir dalam bentuk yang paling menyakitkan, melalui Khairiel Syah, abang angkat yang menyimpan benci sedari awal dia menjejakkan kaki ke rumah agam itu, hingga luka itu berakar di jiwa, bersarang dihati. "Aku benci kau. Sampai aku rasa macam nak bunuh kau."-Khairiel Syah Namun benci itu tidak pernah benar-benar membunuh rasa. Ia hanya menyamarkannya. Dalam diam dan pengorbanan, Bella memilih merelakan diri. "Kalau ni buat abang dan Papa berbaik... buatlah abang... Bella rela..."- Arabella Nur Jasmine. Air matanya jatuh di atas tangan Khairiel, membuatkan lelaki itu terkaku buat pertama kali, dia sedar apa yang hampir dia musnahkan. Apabila benci akhirnya menyerah pada cinta yang tiada bertepi, janji pun terlafaz. "Bella cinta hati abang. Bella hanya untuk abang. Dan abang hanya milik Bella."-Khairiel Syah. Bella terkedu. Degupan jantungnya laju berdegup tak ikut ritma bukan kerana takut, tetapi kerana cinta itu terasa seperti sumpah yang tidak boleh ditarik kembali.... ~~~~~~~~ Start : 17/12/25 End :
PENGKHIANATAN CINTA: BLACK & WHITE by AishahGazali
AishahGazali
  • WpView
    Reads 3,024
  • WpVote
    Votes 156
  • WpPart
    Parts 72
"Selepas satu serangan misteri, kereta Hadif Ryan Al Baihaqi, ahli majlis tertinggi Shadow Council terhumban ke sungai. Dunia percaya dia sudah tiada. Zareen, isterinya, enggan berhenti berharap. Bersama Team Ghost, dia menyelusuri jejak musuh yang penuh tipu daya. Namun semakin jauh mereka menyelidik, semakin jelas... ada pengkhianat di dalam ECLIPSE sendiri. Berjayakah mereka membongkar pengkhianatan dalam ECLIPSE? Adakah berakhirnya kisah cinta Hadif dan Zareen?
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 1,051,067
  • WpVote
    Votes 29,011
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
Naskhah Untuk Zahryl  [OG] by nrsyahna
nrsyahna
  • WpView
    Reads 5,339
  • WpVote
    Votes 219
  • WpPart
    Parts 42
"Aku tak sanggup dia mati,Hud. Walaupun aku kata aku tak sabar tengok kau yang uruskan dia di unit forensik...itu semua bohong,Hud. Aku tak sanggup."- Zahryl Isqandar _____ Bagi Mawar Medina, hospital itu bukan sekadar tempat dia melawan Leukemia, tapi tempat di mana dia menemui 'pelangi' dalam hidupnya,Dr. Zahryl Isqandar. Setahun dirawat, setahun juga hatinya dicuri tanpa sedar. Namun, Mawar sedar siapa dirinya. Dia hanyalah seorang pesakit yang tidak punya apa-apa, sedangkan Zahryl adalah tuan muda yang punya segalanya. Saat berita kesembuhannya tiba, berita pertunangan Zahryl turut merobek jiwa. "Jodoh Tuhan dah tetapkan. Jodoh dia dengan orang yang selevel. Dan jodoh saya... mungkin kematian. Who know right?"- Mawar Medina Mawar melangkah keluar, memilih untuk menyembunyikan cintanya di sebalik nama pena Kalam Medina. Tapi mampukah dia benar-benar lari, bila setiap bait tulisannya hanya menceritakan tentang lelaki itu? "Saya tak bodoh macam yang lain. Lagipun, larilah kemana pun, Sayang. Sebab saya akan tetap menjumpai degup jantung saya sendiri... walau dihujung dunia sekali pun."- Zahryl Isqandar
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 346,532
  • WpVote
    Votes 24,921
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
HIS GIRL | C by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 523,894
  • WpVote
    Votes 20,190
  • WpPart
    Parts 46
Karya pertama by syamimie⏳ Salam diberi sebagai pembuka bicara, Tanda hormat pada semua. Bertemu kita di karya pertama, Semoga kisah ini menyentuh jiwa. Pengenalan watak : Tengku Haiyan Mikael & Hawa Qaisara Affan Haqeem & Elvina Luffya Faiq Mukhriz & Ayuni Zahirah Tuan Maher Raees & Nurin Anita Tuan Maher Nadhir & Kasih Amylea story ni belum diubahsuai. not edited yet. so byk sgt kesalahan tatabahasa dan storyline pun byk kekurangan. dengan ikhlas hati, saya memohon maaf atas kekurangan saya. in sha Allah, kalau ada masa dan rajin, saya akan betulkan. start: 1/2024 end: 11/2025
RAZIN : DISISI KAMU (C)  by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,056,835
  • WpVote
    Votes 31,156
  • WpPart
    Parts 59
SECOND ✨ RAZIN X QASH ✨ Qash Artiya seorang wanita biasa yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak.Di Usia perkahwinan ke lima tahun,suaminya Lutfan dijemput Ilahi kerana kemalangan jalan raya. Namun ada perkara lebih mengejutkan setelah dua minggu kematian lelaki itu Kisah antara Qash dan Razin telah terlakar sejak awal,Namun kisahnya cuma separuh jalan. Dipisahkan oleh masa dan keadaan namun disatukan jua oleh masa dan keadaan. RAZIN RYKARL "Aku nak jaga kau dan Hud" QASH ARTIYA "saya tak perlukan lelaki dan suami untuk jaga saya dan Hud.Baik Tuan jaga girlfriend-girlfriend Tuan yang ramai tu" HUD ARDEN "Ud nak yayah bawu." MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start: Mar 12 2024 End :May 20 2024