PlainJane8988's Reading List
199 stories
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 392,749
  • WpVote
    Votes 10,415
  • WpPart
    Parts 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan. Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain. Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu. 3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka. Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat. Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain. Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui. Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
FORGET ME NOT by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 15,171
  • WpVote
    Votes 1,695
  • WpPart
    Parts 3
Maya cuma mahu hidup dengan tenang. Menyukai dia tanpa perlu berusaha untuk memiliki. Melakukan pekerjaan tanpa perlu memenuhi kehendak sesiapa. Tidur dan bangun tanpa dihantui beban. Setelah bersusah payah menyusun segala perkara berada di tempat yang dia mahu, mereka datang menyelerakkan segalanya. Maya terduduk kaku. "Kau tertanya-tanya kenapa hidup kau begini? Kau disumpah, Maya..." "Kau tak boleh memaksa diri kau masuk di tempat yang bukan milik kau." Adakah kerana rahsia? Kerana ada rahsia. Rahsia yang mengikat dan menyumpahnya. Sebesar mana pun usahanya menata hidup, segalanya akan kembali bersepah, kembali runtuh. Kerana tempatnya bukan di situ.... FORGET ME NOT -LOLLYSNOW- 2025
SEPARUH HATI ADA PADAMU (ONGOING) by NovelisNuriffa
NovelisNuriffa
  • WpView
    Reads 20,629
  • WpVote
    Votes 735
  • WpPart
    Parts 16
Sebulan sebelum majlis pernikahannya, Adara menerima berita yang tidak dijangka. Tunangnya Hadi ditangkap basah dengan wanita lain! Hancur luluh hatinya. Tanpa membuang masa keluarga Adara bertemu orang tua Hadi untuk memutuskan tali pertunangan. Ibu bapa Hadi sedih dan kecewa kerana mereka terlalu sayangkan Adara. Dan mereka rasa bersalah kerana telah memalukan keluarga Adara. Majlis yang sudah dirancang tidak akan berlaku. Melihatkan keadaan itu, Haffaz abang kepada Hadi memberi cadangan supaya dia yang berkahwin dengan Adara. Jika, perkahwinan ini berlaku ia dapat menyelamatkan maruah kedua-dua belah pihak. Orang tua Haffaz dan Hadi mengemukakan cadangan tersebut kepada keluarga Adara. Dan Adara bersetuju. Persetujuan Adara itu adalah kerana dia mahu membalas dendam kepada Hadi. Dia mahu tunjukkan kepada Hadi yang dia mampu bahagia walaupun lelaki itu telah berlaku curang kepadanya. Tetapi selepas kahwin Adara mendapati Haffaz adalah seorang lelaki yang baik. Lelaki itu menerima dirinya seadanya. Apakah bakal berlaku dalam kehidupan Adara dan Haffaz? Bagaimanakah reaksi Hadi apabila mengetahui Adara sudah menjadi kakak iparnya? Mampukah Adara membuka hatinya untuk Haffaz ataupun hatinya masih utuh buat Hadi?
Dhia Alisa by Degil89
Degil89
  • WpView
    Reads 444,972
  • WpVote
    Votes 2,249
  • WpPart
    Parts 21
🔞 Contains 18sx content! 🔞 Dhia Alisa ialah seorang yang periang sebelum kemurungan akibat patah hati ditinggal kekasih lalu. Kehadiran Dzikir Adrian menjaganya melalui hari-hari yang mendatang menghilangkan ingatannya mengenai Ramzan Ariffin, kekasih lamanya.
Pujaan Abang ( TERBIT) by WaniHusna2
WaniHusna2
  • WpView
    Reads 6,876
  • WpVote
    Votes 149
  • WpPart
    Parts 6
Tentang dua orang manusia berlainan jantina. Datang daripada latar belakang yang berbeza. Di bawah satu lafaz, terjalin sebuah hubungan dengan tanggungjawab dan amanah di atas pundak. Porak poranda sebuah hubungan kerana kisah silam kembali tersingkap. "Kau pernah one night stand dengan dia? Kau jujur dengan aku!" - Azham Perkahwinannya juga ditentang oleh ahli keluarga kerana perempuan seperti Syasya bukanlah perempuan yang sesuai untuk bergelar sebagai seorang isteri. "Bila kau nak cerai dengan abang aku? Kau pelacur. Tak layak pun nak bergandingan dengan abang aku." - Ayla "Mama rasa adalah lebih baik kalau Abang Long ceraikan dia. Buat apa simpan isteri yang macam ni?" - Puan Mastura Hukuman yang diberikan Azham kepada Syasya agak berat. Dia terlupa dia juga punya masa silam. Dan traumanya seorang Azham tidak pernah hilang daripada menyelubungi sukmanya. Saat perkara ini sampai ke pengetahuan Syasya. Mampukah seorang isteri yang menyayangi suaminya sepenuh hati menerima dengan lapang dada? Mampukah kuasa seorang isteri menghalau pergi kisah gelap itu? Salah satu kisah daripada kumpulan Enam Jahanam.
Perginya Dia by DyannRose
DyannRose
  • WpView
    Reads 840
  • WpVote
    Votes 86
  • WpPart
    Parts 13
Elaira, dulu dia pernah mencintai adik angkatnya sendiri aka adik junior di tempat belajarnya. Namun, perasaannya berakhir selepas dia menamatkan pembelajaran. Usai 7 tahun, kehidupannya berjaya dan sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang melamarnya di tempat kerja. "I ceraikan you dengan talak 1, I dah dapat tengok kemusnahan hidup you, itu dah cukup sebagai galang ganti you sakitkan hati I!" Kejayaannya hancur angkara kebencian mendadak suaminya itu tanpa alasan berbukti. Saat dia cuba bangkit dan melupakan segala-galanya, bekas suaminya kembali dan dengan kejam merobek sisa maruahnya. Dia cuba bertahan, cuba melupakan, melarikan diri dan hampir menjadi gelandangan tapi bayangan bekas suaminya itu terus menghantui. "Aku nampak dia, Aidan. Aku nampak akak aku." Luth Ruzain muncul. Si adik angkat yang sekian lama tercari-cara 'akak' yang sentiasa menghiburkan hari-harinya. Berkali-kali dia cuba pergi ke tempat yang sama. Satu hari, dia berdepan tepat Elaira. Elaira rebah di depannya. "Sebelum ni puan ni dah ada orang bawa dia ke klinik ni, dia pergi sebelum buat test. Bayi tu mungkin dah dua bulan." Saat Elaira hampir menyerah, Luth Ruzain muncul dengan satu lamaran yang tak terduga. "Bila kepercayaan telah hancur dan cinta hanya membawa luka, bolehkah kau nak jadi yang terbaik?" Itu yang disoal rakan baik Luth Ruzain. Dia tak peduli. Dengan penuh tekad, dia melamar. "Saya sudi jaga akak, saya nak jaga akak. Rumah saya jauh dari family, kita takkan jumpa sesiapa. Saya akan jaga maruah akak, saya akan pertahankan akak, itu janji saya." Namun, mampukah perkahwinan yang lahir dari keinginan untuk melindungi bertahan apabila hati masih terikat pada kenangan pahit? "Bekas suami akak nak jumpa akak." "Jangan pergi kak. Saya tak nak... Tak nak hilang akak lagi."
RAEEF'S BABY by hashaulia27
hashaulia27
  • WpView
    Reads 228
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 3
"Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang sekarang kamu cintai, suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan bencilah orang yang kamu benci sekadarnya. Kerana boleh jadi, suatu hari nanti dia menjadi orang yang kamu cintai."
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 540,664
  • WpVote
    Votes 3,326
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
ASHANDRA by MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    Reads 41,298
  • WpVote
    Votes 2,920
  • WpPart
    Parts 10
Ashandra- Tak pernah terfikir dek akal bahawa aku akan dapat 'keistimewaan' ni. Dan aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh dapat benda ni. Jalan aku, mungkin tak sama dengan jalan kau. Dan cerita aku, mungkin tak sama dengan cerita kau. Dan aku pilih untuk jadi orang yang berbeza daripada orang lain. Indra- Cinta itu buta, dan juga boleh membutakan. Dan aku telah hanyutkan diriku dalam kecintaan paling dalam. Untuk dia, aku sanggup redah apa jua. Mungkin aku akan hilang diri aku sendiri, atau mungkin aku akan musnahkan diri aku sendiri. Aku rela. Darius- Terkadang, persahabatan yang terlalu erat mampu menjadi tembok yang terlalu tinggi untuk satu perasaan yang mungkin aku sendiri yang alami. Aku benci persahabatan aku, tapi aku sayangkan dia. Cover by @IvoryCarmia 24/6 #4inparanormal
Cinta Kita by NurulHuda015
NurulHuda015
  • WpView
    Reads 122,499
  • WpVote
    Votes 5,594
  • WpPart
    Parts 43
Aileen Zulaikha. Seorang gadis yang polos dan naif, mudah percaya pada orang sekeliling, hingga sering menjadi mangsa buli rakan-rakannya. Kepercayaannya terhadap orang lain akhirnya menjadi senjata yang melukakan dirinya sendiri. Sejak kecil, Ikha hanya hidup bersama ibunya. Statusnya sebagai 'anak yatim' menjadikannya bahan ejekan di sekolah. Namun, di sinilah dia belajar membezakan antara kawan sejati dan musuh dalam selimut. Adam Yusuf. Pembuli tegar yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas Ikha. Namun, dalam ramai-ramai lelaki yang menyakitinya, hanya dia yang berjaya mengetuk pintu hati gadis itu. "Awak kacak... Saya ni nerd, tak lawa pula tu. Semua orang benci saya. Kalau awak keluar dengan saya, mesti orang akan mengejek awak." ~ Aileen Zulaikha "Tak payah kisah apa orang cakap. Mereka suka jaga tepi kain orang. Yang penting, bila awak jumpa saya, kena pakai tudung tau. Sebab... kalau awak tak pakai, sayang nampak terlalu cantik. Saya tak nak lelaki lain pandang sayang selain saya." ~ Adam Yusuf Namun, di sebalik semua itu... "Aku saja nak uji dia, sebab tu kita orang couple." "Kenapa Ikha tak mati?! Ayah! Kenapa tak bawa Ikha pergi sekali! Ikha benci hidup macam ni! Ikha benci dia!" Mampukah kebencian yang menyelubungi mereka bertukar menjadi kasih yang tulus? Atau, luka lama akan terus menghantui mereka? Cover: Flower0106 Start: 2/6/2020 End:23/8/2020