NNurul6's Reading List
4 stories
Aku, Kau & Kita   (Hiatus) by I_Hikari_05
I_Hikari_05
  • WpView
    Reads 4,856
  • WpVote
    Votes 723
  • WpPart
    Parts 21
[[sahabat]] •{GAME}• Muiez, Wafiq, Aizan dan Harith. Empat orang pelajar yang berlainan sekolah ini ditakdirkan bertemu di kem kemahiran pelajar. Pertemuan empat pelajar yang berbeza kriteria telah menjadikan perkhemahan mereka menarik apabila mereka berempat berpisah dan perlu menyelesaikan misteri yang berlaku di hutan tersebut. Mampukah mereka? Di saat mereka begitu yakin dengan persahabatan mereka, tiada siapa yang terlintas bahawa terdapat pengkhianat di antara mereka! "Semakin kita ingin lupakan kisah silam, semakin ia datang mengejar kita. Menghantui hidup kita sekaligus menghancurkan masa depan kita." -anonymous "Permainan ini baru sahaja bermula!" [Inspirasi dari karya Hilal Asyraf] ✓Cc: nama watak author ambil dari buku Sinergi & Takdir✓ ✓ongoing ✓idea ciptaan author sendiri! ✓no copypaste!
Kingdom  by I_Hikari_05
I_Hikari_05
  • WpView
    Reads 1,629
  • WpVote
    Votes 219
  • WpPart
    Parts 9
[[misi mencari tuhan]] Mikael, seorang putera Wilayah Darya yang kini diperintah ayahandanya, Raja Rafael bersama bondanya, Permaisuri Leia. Dia langsung tidak mempercayai ajaran nenek moyang mereka yang menganggap patung sebagai tuhan. Jadi, siapakah Tuhan yang sebenarnya? Adakah Tuhan itu wujud? Dalam masa yang sama.. Haikal, Aysar, Sarah dan Nisa menyertai kem di sebuah pulau namun dek kerana ketua kumpulan mereka mempunyai hal mustahak, mereka merupakan kumpulan terakhir yang menuju ke pulau tersebut. Mengejutkan, pulau yang dituju mereka seperti tidak pernah diduduki oleh sesiapa! Mereka perlu mengharungi satu demi satu misteri yang muncul di dalam hutan tersebut. Dari dua alam yang berbeza, MEREKA bertemu... "Kalau betul kau tuhan, buktikan." -Mikael "Kita dah sesat." -Aysar "Ada sesuatu di sana!" -Haikal "Nisa, kaki kau berdarah!" -Sarah "Serangga itu sangat aneh. Saya tidak pernah melihatnya seumur hidup saya sebelum ini." -Nisa ✓ongoing ✓Idea 💯% ciptaan sendiri.. no copypaste!
Samurai Melayu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 10,269
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 7
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya. Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken. Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia. Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya. Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo. Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa. Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya? Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?
Aku, Kau & Dia  by I_Hikari_05
I_Hikari_05
  • WpView
    Reads 39,050
  • WpVote
    Votes 4,704
  • WpPart
    Parts 50
[[islamic love story]] - Author cuba utk buat cinta yg berlandaskan syariat. -namun jika terdapat kekurangan dalam menulis, maafkan author ~_~ -cerita santai :) Humaira Nasuha. Seorang gadis remaja berumur 17 tahun. Meminati anime. Bakal menduduki SPM namun pada masa yang sama dia telah bergelar isteri. Berkahwin dengan Aeril Ariffin, berumur 21 tahun yang juga merupakan pelajar universiti di UM (Universiti Malaya). Mereka berdua setuju untuk berkahwin sekadar menjaga hati kedua orang tua mereka dan atas sebab-sebab tertentu. Mungkin gadis itu tiada jodoh bersama 'crush' lamanya akan tetapi dia juga merupakan 'crush' kepada si suami. Adakah takdir berpihak kepada si lelaki? Mampukah perkahwinan mereka berkekalan? Benarkah tiada langsung perasaan 'suka' dalam diri Humaira buat si suami? Ikuti kisah bagaimana mereka boleh bergelar pasangan suami isteri... "Kau anti sangat dengan aku kan?" -Aeril "Jangan risau, abang akan sentiasa ada lindungi Humaira." -Arief "Kahwin jom!" -Firas Selamat Membaca! ^_^ Tak pandai sangat buat sinopsis ni, so as a reminder for u guys : "don't judge a story by it's synopsis" haha ✓[Ongoing] ✓idea ciptaan author sendiri! ✓no copypaste!