non fanfic
4 stories
[COMPLETED] Bukan Suami Tipikal by sweetiftisour
sweetiftisour
  • WpView
    Reads 48,556
  • WpVote
    Votes 1,992
  • WpPart
    Parts 17
"Confirm single?" "H-hah?" Riak muka Ira ketara nampak terkejut dengan soalan yang sangat tiba-tiba itu. Dan kali ini mata Aryan bukan lagi pada android di tangan tapi sedang memanah ke arah mata Ira. Dua mata tertentangan buat seketika. Soalan Aryan beberapa saat lepas dicerna dan dihadam sebelum dia membalas, "Ya, single." "Confirm kau dah ready untuk berkahwin?" Rasa terkejut Ira naik lagi satu tahap. Sudah punya kerja yang agak stabil sebagai seorang engineer ditambah pula dengan umur yang menganjak ke angka dua puluh tujuh pada 31 Ogos lepas, ibu dan ayah rasa dia dah sesuai untuk berkahwin. Dan dia tak menolak pun saranan orang tuanya itu. Rasanya dia dah bersedia err... kot...? Bila Ira dilihat seperti mengelamun tanpa menjawab soalan tadi, Aryan bertanya lagi buat kali kedua. "Confirm... kau... dah ready... untuk... berkahwin?" Mungkin dia fikir Ira tak dapat mendengar dengan baik soalan pertama tadi jadi soalan kali ini disusun sepatah-sepatah. Muka manusia yang langsung tak ada senyum itu direnung dalam-dalam. Sambil dalam otak mula merangka apa jawapan yang mahu diberikan. Fikir punya fikir akhirnya dia menjawab, "Ya." Aryan tarik nafas panjang sebelum dihela bebas. "Okey..." Smartphone berjenama Samsung diletak atas meja depan dia. Kedudukan kaki dibetulkan. Dari bersandar tenang, tubuhnya diubah ke posisi menegak. Mata Ira dia tatap. "Okey, babak blind date dah settled. Kau dah tengok aku. Aku dah tengok kau. Kau single, aku single. Kau tak nampak macam nak membantah dan aku pun tak terfikir untuk membantah jadi... bulan depan ikut plan our family 26 November kita nikah." Kata Aryan seraya berdiri dari kerusi. Smartphone diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu berpaling ke belakang. Sebelum menapak ke arah pintu rumah dia menokok, "Thanks and dismiss." "Uh-oh!!? Macam tu je? Like seriously!?" ***
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,807,444
  • WpVote
    Votes 206,963
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Lanets by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 3,118,725
  • WpVote
    Votes 309,237
  • WpPart
    Parts 89
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi yang sempurna, belilah buku fizikal (akan datang) 👍🏻] Ini kisah sekumpulan 5 orang pelajar lelaki rupawan yang menjalankan bisnes dengan menawarkan servis teman lelaki upahan. L untuk Lee A untuk Ariyan N untuk Nazmi E untuk Edhan T untuk Thaqid. Nampak apa yang kurang? Yeap. Lanets perlukan seorang lagi ahli yang namanya bermula dengan huruf 'S'. Apa Lanets buat? Mereka tawarkan Shah satu tempat kosong. Atau perkataan yang lebih sesuai, paksa. Shah ada masalah. Rambut pendek dan hoodie The Beatles membuatkan Lanets fikir Shah adalah seorang mamat jambu kurang zat besi. Tapi Shah sebenarnya Aishah. Seorang gadis yang masih menangis waktu layan drama korea. ❝ Selamat datang ahli baru Lanets! ❞ ❝ Laknet. ❞ Dah banyak kali Shah cuba beritahu, tapi gagal. Genre: Slice of Life, Teen Fiction Started : 260517 Ended: 110822 [ #1 in teen fiction 121217 ]
Keringnya Sekeping Hati 1 by aperson309
aperson309
  • WpView
    Reads 510,990
  • WpVote
    Votes 6,163
  • WpPart
    Parts 19
Once you said, I am built from every mistake I have ever made Then, You are my bridge. Now, "Awak pernah cinta saya tak?" "Tak." Asfa Ziqri. Dia seorang jantan. Dia bekas kaki pukul. Dia merupakan mat rempit. Dia bekerja juru elektrik. Dia ada BPD (borderline personality disorder) dan penyakit mental yang lain. Kelihatan selari dengan norma di luaran padahal di dalam dia lah pejuang tegar yang terus berlawan. Everything in this story was initiated from him. Airis Dhiya. Dia seorang perempuan. Dia kesan gangguan seksual (sexual harrasment). Dia merupakan penanggung (atau hamba?) keluarga. Dia bekerja menulis. Dia ada epilepsi. Ini lah struggle perempuan zaman sekarang yang begitu benci dan takut akan lelaki. Pembangunan insan bermula daripada rumah. She's an empowerment. Aslah Nawfal. Dia seorang lelaki. Dia terus memerhati dan setia di sisi. Dia merupakan pemegang misi dicop mengikuti ajaran sesat. Dia bekerja juru kimia. Dia ada depresi. Jalan mana kah yang benar dalam mendamba Yang Satu? Dia mencari dan terus mencari akibat rasa kehilangan yang tanpa wujud tiba-tiba mencengkam. Mereka tetap mereka. Mereka masih manusia. Mereka juga insan. Dan mereka bertemu di dalam sebuah kisah yang sama-sama mengenali jiwa. Prayer is not to obtain a certain outcome; rather, it is about having an intimate conversation with your God. ***Bacaan matang penuh dengan informasi sakit dan kesihatan mental, penuh dengan kata carutan terutama sekali "babi" dan "pukimak", penuh dengan pergaulan lelaki dan perempuan, penuh dengan isu sensitif yang merupakan kekurangan setiap watak jadi sila baca dengan hati dan minda terbuka luas-luas.*** ©APERSON309 ©2021