Najih4a's Reading List
159 stories
CINTA HADIR KEMBALI  by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 9,191
  • WpVote
    Votes 582
  • WpPart
    Parts 65
KAI RIDHWAN | | KAIRA ALUNA Dia pernah memilih jalan pergi, meninggalkan rumah tangga yang baru berusia dua bulan. Bagi Kai Ridhwan, masa lalu itu adalah luka yang tidak pernah sembuh - luka yang lahir daripada keangkuhan dan ketakutannya sendiri. Bertahun kemudian, takdir mempertemukannya kembali dalam dunia yang tidak pernah dia sangka. Kini, dia bergelar pensyarah. Antara ratusan pelajar yang menadah ilmu, ada sepasang mata yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup sesaat mata yang pernah menjadi saksi lafaz ijab kabulnya. Kai tidak kembali untuk mengajar sahaja. Dia kembali untuk menebus dosa. Untuk memohon kemaafan. Untuk mendapatkan semula hati seorang wanita yang pernah dia sia-siakan. Namun, maaf bukan sesuatu yang mudah. Kepercayaan yang pernah hancur bukan senang untuk dibina kembali. Dan cinta adakah masih ada ruang untuknya, atau sudah terkubur bersama janji-janji yang pernah dimungkiri? Di balik meja pensyarah dan helaian nota kuliah, satu perjalanan hati bermula. Antara keberanian, penyesalan, dan harapan akan sebuah peluang kedua. Kerana dalam hidup Kai Ridhwan, cinta adalah pengajaran paling sukar... dan wanita itu adalah jawapan yang dia cari. "Kurang ajar! Kau nak salahkan Mama dengan Papa pula? Kalau bukan kerana kami, kau takkan dapat lelaki macam Kai. Kau tu siapa? Layak ke ada suami macam dia?" START:20/9/2025 END:
[OG] MISSION CODE : H.A. by NURSYAZU
NURSYAZU
  • WpView
    Reads 399
  • WpVote
    Votes 54
  • WpPart
    Parts 13
"JANGAN PANGGIL NAMA AKU LA SIAL! AKU JIJIK!" -Hana Az-Zahra- Hubungan yang perlahan-lahan terjalin antara Harith Naufazz dan Hana Az-Zahra musnah dalam satu tragedi yang meninggalkan trauma dan kebencian. Sejak hari itu, Hana memilih untuk pergi-menghilang tanpa jejak selama sepuluh tahun. Hana kembali sebagai seorang wanita yang matang dan berjaya, namun trauma yang baru kali ini tidak akan benar-benar melepaskannya. Luka lama kian memudar, dan satu amanah yang ditinggalkan oleh ibunya terus menghantui hidupnya tanpa dia tahu sebabnya. Di sebalik ketenangan Harith, tersembunyi tanggungjawab besar dan dunia yang tidak pernah boleh diceritakan. Antara tugas yang semakin berat dan keinginan untuk melindungi orang yang paling dia sayang, Harith terpaksa memilih, walaupun pilihannya mungkin sekali lagi menghancurkan segalanya. Apabila takdir menemukan mereka semula, satu demi satu rahsia mula terbongkar, ingatan yang lama menghilang kini muncul seperti serpihan kaca yang menyakitkan... Tiada lagi rahsia antara kita... dan kepercayaan...
Surat Cinta Buat Kekasih [OG] by _reallisa
_reallisa
  • WpView
    Reads 38,045
  • WpVote
    Votes 1,905
  • WpPart
    Parts 23
Arysa, gadis polos yang sentiasa mempunyai banyak akal untuk mengusik majikannya, Arfan Firdaus. Arysa Mikayla, gadis yang berusia 25 tahun, mempunyai kelulusan di dalam Sarjana Muda Akauntan, dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah mengambil keputusan untuk mencuba menjadi seorang pengasuh. Perwatakan yang ceria, suka mengusik telah menjadi sebahagian dari hidupnya sehingga dia sahaja yang berani untuk mengusik encik majikan. Arfan Firdaus, lelaki yang berusia 29 tahun, seorang Duda dan juga mempunyai seorang anak perempuan, yang dinamakan Bunga Jelita. Bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia dan hampir mendapat sakit jantung akibat sentiasa diusik oleh gadis yang bernama Arysa Mikayla. Namun, di dalam usikan yang diberi, terputik cinta di dalam hati antara satu sama lain. Surat - surat yang dikirimkan buat sang lelaki untuk memberi semangat, merupakan petanda bahawa gadis itu jatuh cinta. Adakah takdir akan menyatukan mereka? atau surat itu?
The Story We Never Continued  by ameeralys
ameeralys
  • WpView
    Reads 9,213
  • WpVote
    Votes 447
  • WpPart
    Parts 9
about karina #allfake
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 702,912
  • WpVote
    Votes 24,747
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
Pengantin Buat Nelayan - Terbit PBAKL 2026  by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 314,073
  • WpVote
    Votes 2,408
  • WpPart
    Parts 7
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangan tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
Meant To Be (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 162,441
  • WpVote
    Votes 5,561
  • WpPart
    Parts 10
"I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah. "Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk. Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.
π‡πˆπ’ 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓 π’πˆπƒπ„ [πŽπ†] by hazelnutyummm
hazelnutyummm
  • WpView
    Reads 42,215
  • WpVote
    Votes 2,772
  • WpPart
    Parts 30
π“π„ππ†πŠπ” π€π˜πƒπ‘πˆπ™ 𝐍𝐀𝐄𝐋 Γ— π‡π€π’π˜π€ πƒπ„π‹πˆπ’π‡π€ "Loving me is not as easy as you think... because in the end, I will only hurt you." - Aydriz "Then let it be, because you are the pain I'm willing to endure." - Delisha 𝐓𝐰𝐨 𝐑𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬 𝐭𝐑𝐚𝐭 𝐑𝐚𝐯𝐞 π₯𝐨𝐧𝐠 π›πžπžπ§ π›π«π¨π€πžπ§ 𝐰𝐒π₯π₯ 𝐚π₯𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐟𝐒𝐧𝐝 𝐭𝐑𝐞𝐒𝐫 𝐰𝐚𝐲 𝐭𝐨 𝐭𝐑𝐞 𝐩𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭𝐒𝐨𝐧 𝐨𝐟 π›πžπ­π«πšπ²πšπ₯.
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,364,839
  • WpVote
    Votes 100,679
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."