ZatyAbdullah0's Reading List
2 stories
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
lvndrella
  • Reads 1,996,614
  • Votes 83,126
  • Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Memori Kasih by xtheaura
Memori Kasih
xtheaura
  • Reads 67,706
  • Votes 4,118
  • Parts 46
- Jarum masa itu ibarat satu petunjuk yang menyelak lembaran duka. - Oleh kerana tidak dapat menerima kehadiran ibu tirinya, Kasih Amalin berubah menjadi seorang gadis yang liar dan kurang ajar. Ada saja yang tidak kena di matanya sehingga si bapa Syed Tajuddin tidak tahu apa yang harus dilakukan dan menegur. "Kau memang layak jadi orang gaji sebab taraf kau sama je macam Mak Inang. Babu!" "Mak cik sedar diri siapa Mak cik, Kasih. Namun, segalanya berubah tatkala satu kejadian menimpa mereka. Kasih berubah 360 darjah. Apatah lagi gadis itu mengambil keputusan untuk memikat hati seorang jejaka yang dianggap cinta pertamanya. Pelbagai cara yang dilakukan demi memenangi hati si lelaki. Sebaik saja mendapat lampu hijau dari keluarga, hubungan ternoktah jua. Tetapi, hidup yang diangan tidak seperti yang dia harapkan. Rasa yang menjerut membuatkan Kasih hampir berputus asa. "Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya?" "Selama ni orang tak pernah tanya atau halang saya nak pergi mana, jadi awak pun kena buat benda yang sama." Hubungan yang sediakala hambar bertambah kelam apabila kisah silamnya diungkit sehingga hilang kepercayaan sang suami. Kasih pasrah dia terhukum dengan dosa lalunya. "Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik dari saya. Jadi tolong... tolong tinggalkan saya mulai hari ni." Start : 12.12.2022 End : ?