BookOfFantasy💙💫 (MalayVer.)
5 stories
Our Dream by anisplusabyy
anisplusabyy
  • WpView
    Reads 80
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 2
Lima putera yang dilahirkan membawa dunia dalam krisis perhubungan. Lima spiesis dunia yang mempunyai kerajaan tersendiri telah dikejutkan dengan sebuah ramalan seorang manusia yang berkata bahawa akan lahirnya setiap dari kamu yang akan membawa kepada perperangan. Pertumpahan darah pasti berlaku. Katanya lagi, membuatkan setiap raja raja dari lima buah negara tersebut berhati-hati dengan kelahiran setiap bayi. Sehingga ada yang sanggup membunuh bayinya sendiri agar tidak mengancam keselamatan negara. Namun sumpahan keatas lima buah kerajaan itu tetap berlaku. Lahirnya setiap dari permaisuri mereka melahirkan seorang anak-anak lelaki elok rupa parasnya malah kebolehannya dan kekuatanya tiada tandingan. Itulah lima putera ramalan oleh seorang lelaki tua. Pelbagai krisis kehidupan dijalani sebelum mereka bertemu sesama sendiri dan bersetuju untuk membina sebuah mimpi. Mimpi hendak menyatukan lima buah kerajaan yang berbeza spiesisnya dan perwatakkannya membawa pelbagai bantahan. Namun demi persahabatan, mereka sanggup berkorban. Itulah pengorbanan, yang akhirnya membawa pelbagai kemusnahan namun membuahkan hasil. Walaupun hilang kepercayaan mereka tetap berjuang. Jiwa pahlawan didalam diri mereka tidak bisa dinafikan oleh setiap warga negara. Mereka mengagumi dan mula mengikut jejak langkah lima pemuda itu. Dulunya dia lah wira mereka namun kini menjadi musuh ketat untuk pembentukkan kerajaan tersebut. Tiada pilihan lain selain berlawan demi mimpi yang mungkin bukan milik mereka. Ikuti lima jejaka hebat itu didalam 'Our Dream' ! by @AnisZulaikha_ ft. @fishalyna
Don't Wake Me Up by -zunally
-zunally
  • WpView
    Reads 54,623
  • WpVote
    Votes 8,019
  • WpPart
    Parts 9
[ D I S C O N T I N U E D ] (A Malay Harry Potter Fanfiction) Zara Izhani Semuanya bermula dengan sepucuk surat. Surat penerimaan Hogwarts. Zara yang telah mengkhatamkan kesemua siri Harry Potter cuma menganggap ianya gurauan daripada orang tidak bertanggungjawab. Tapi semakin lama, semakin banyak benda pelik berlaku padanya. Dijemput lelaki yang mengaku dirinya ahli sihir. Menaiki Hogwarts Express. Mempunyai wand nya sendiri. Zara tak melatah, sebaliknya percaya semua yang berlaku cumalah permainan mimpi semata-mata. Namun, satu perkara buatkan Zara tidak mahu bangun daripada mimpi tersebut. Start: 24 November 2016 End: hahahahahahaha
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,231
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
TERSESAT KE ALAM BUNIAN by MiszJupiter
MiszJupiter
  • WpView
    Reads 645,045
  • WpVote
    Votes 37,264
  • WpPart
    Parts 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga masuk ke dalam hutan hingga terjumpa sebuah menara hijau- menara yang belum pernah dia lihat sebelum ini. Pertemuannya dengan Indrawan, si pemilik menara hijau yang sangat dingin dan kasar, membawa dia ke suatu kampung yang menyimpan pelbagai cerita di dalamnya. Dia diburu, diancam dan dia tidak boleh larikan diri! "Aku akan selamatkan kau. Tak kira apapun yang berlaku, aku akan bawa kau keluar dari tempat ini."- Indrawan. "Kau janji takkan tinggalkan aku?"- Asha. "Maaf. Aku harus tinggalkan kau."- Indrawan. Siapa yang memburu Asha di universiti dan di kampung itu? Di mana sebenarnya Asha? Apakah yang akan terjadi kepada Asha dan Indrawan? 17/1 #9inmystery 26/1 #6inmystery 30/1 #4inmystery 17/2 #2inmystery 23/2 #1inmystery 3/10 #1inparanormal 16/10-7/11 #1inhorror 8/11 #1inmystery 29/12 #2inhorror 13/1 #1inhorror 7/2 #1infriendship 14/2 #1inhorror 7/3 #1inhorror 27/3 #1inhorror 15/4 #1inhorror 25/5 #3inthriller 29/6 #1inhorror 1/8 #1inthriller 12/8 #1inhorror
TEDDY (Sample)  by JSmulberry
JSmulberry
  • WpView
    Reads 225,612
  • WpVote
    Votes 11,748
  • WpPart
    Parts 29
(Editing in Progress) Claire Verena, si gadis sunyi yang mengimpikan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Bagaikan hajat dikabul bintang harapan, dirinya bertemu dengan seorang pelajar baru di sekolahnya. Teddy. Pelajar yang serba-serbi kekurangan. Seorang yang tidak bijak dalam setiap mata pelajaran, tidak mahir bersukan juga seorang yang lemah. Bertubuh kurus sehingga digelar jerangkung bernyawa. Berwajah pucat dan cengkung. Teddy juga merupakan seorang mangsa buli di sekolahnya. Namun, di sebalik 1000 kekurangan itu Teddy memiliki satu keistimewaan. Keistimewaannya luar biasa.