hanaaeh__
- Reads 1,254,169
- Votes 4,793
- Parts 3
Hayden Muqriz pernah menjadi lelaki di sebalik kejayaan Draxen Holdings. Seorang pemimpin yang disegani, sehingga satu kemalangan dua tahun lalu meragut sebahagian besar ingatannya dan memisahkan dia daripada dunia yang pernah dia bina.
Kini, dia kembali ke pejabatnya.Namun kepulangannya membawa satu kebenaran yang sukar diterima. Syarikat yang pernah menjadi miliknya sudah berubah, adiknya, Zayden, menyimpan terlalu banyak rahsia, dan seorang wanita bernama Elmira Yasmeen muncul membawa tuntutan terhadap janji yang pernah diberikan kepadanya.
Bagi Hayden,Elmira hanyalah seseorang yang berkait dengan kehidupan adiknya. Seseorang yang mungkin menjadi sebahagian daripada pengkhianatan yang berlaku ketika dia tiada.
Namun semakin banyak rahsia terbongkar, semakin sukar untuk dia membezakan antara dendam dan perasaan.
Demi membalas segala yang telah dirampas daripadanya, Hayden membuat keputusan untuk mengikat Elmira dalam sebuah perkahwinan. Tetapi dia tidak pernah menyangka wanita yang ingin dia jadikan alat untuk membalas dendam itu akan menjadi satu-satunya orang yang mampu mengubah hidupnya.
"Sepatutnya aku benci kau, Elmira Yasmeen. Tapi kenapa semakin aku cuba menjauh, semakin aku rasa kau satu-satunya orang yang aku perlukan?"
-Hayden Muqriz
"Awak boleh marah saya, Hayden. Awak boleh benci saya kalau itu buat awak rasa lebih baik... tapi jangan pernah suruh saya pergi. Sebab saya dah terbiasa ada dekat sisi awak."
-Elmira Yasmeen
Antara dendam yang belum terlerai dan cinta yang tidak pernah dirancang, Hayden Muqriz bakal belajar bahawa tidak semua perkara yang hilang perlu dicari semula... kerana ada yang kembali untuk mengubah seluruh hidupnya.
"Love doesn't need a reason, no one know how and why they fall in love, and now i'm in love with you" - HAYDEN MUQRIZ
REVAMP EDITION
start : 18 febuarary 2023
end : 26 july 2023