😊😊
4 stories
 Suami Yang Kubenci © by BethaBloom
BethaBloom
  • WpView
    Reads 2,600,799
  • WpVote
    Votes 72,337
  • WpPart
    Parts 43
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais,awak memang tak adil!!" -HANNAH MARYAM- "Tak adil? awak kata saya tak adil? selama ni,apa yang berlaku dalam perkahwinan kita memang tak pernah adil Hannah. Awak nafikan hak saya sebagai suami, siapa yang tidak adil? suami isteri tidur dalam bilik berasingan ..awak hina,kutuk pekerjaan saya, siapa yang tak adil? awak putuskan semua keputusan dalam rumahtangga kita ni, siapa yang tak adil? sekarang saya nak tanya awak..saya suami atau awak yang suami?" -UWAIS UKASYAH- --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Adakah CEO sebuah syarikat akan bahagia dengan seorang penjual burger? Sikap ego Hannah yang menjadi-jadi membuatkan Uwais buntu akan rumah tangganya. Adakah perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat? Jangan ketinggalan membaca NOVEL ini. By E-MAN SUFI #1 Romance - 24 Mei 2015 #1 Teen Fiction - 17 November 2015 Love u all voter and follower ❤️😘
Pelukan Cinta by IeraAdilla
IeraAdilla
  • WpView
    Reads 272
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 1
Jatuh cinta adalah perkara biasa di dalam kehidupan. Tetapi bagi Armand Danial dan Zulaika Husna, jatuh cinta bukanlah sesuatu yang biasa. Sekali mereka bercinta, biarlah ia menjadi sesuatu yang abadi. Kekal untuk selamanya. Namun apa yang dihajati, tidak semudah itu untuk dimiliki. Biarpun cinta mereka tidak mendapat tentangan, tetapi pelbagai dugaan mereka perlu hadapi untuk mencapai bahagia. saat kata sepakat sudah dicapai, Armand Danial bernikah pula dengan sepupunya Asilah. Hancur luluh hati Zulaika Husna, namun dia pasrah. Jodoh, ajal, dan maut adalah ketentuan Ilahi. Zulaika Husna membawa diri ke Pantai Timur, berbakti di sana sambil mengubat hati yang terluka. Namun, sejauh mana jauh pun Zulaika Husna membawa diri, hatinya tetap pada yang satu. Walaupun sedih dengan perpisahan yang berlaku, dia redha dan tidak berniat untuk mencari pengganti Armand Danial. Baginya , biarlah kenangan bersama kekasih hatinya itu kekal di sudut hatinya, namun kembalinya Zulaika Husna dari perantauan telah mengubah segala-galanya. Kehilangan Armand Danial, kehadiran si kecil Aliff Danial kembali menggugat ketenangan hidup Zulaika Husna. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Hanya Pelukan Cinta yang ada jawapannya....
SUAMI YANG KUBENCI by EmanSufi
EmanSufi
  • WpView
    Reads 18,493
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 11
Tajuk : Suami Yang Kubenci Penulis : E-Man Sufi Harga : RM20.00 ISBN : 978-967-024-610-9 Terbitan : karya seni Beli online : www.karyaseni.my Sinopsis "Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..." Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik. "Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia...." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu.... "Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...." "Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?" "Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu...!"
Bukan Kerana Aku Tak Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 15,419
  • WpVote
    Votes 265
  • WpPart
    Parts 1
Penulis : E-Man Sufi Product: Bukan Kerana Aku Tak Cinta Semenanjung : RM24 Sabah/Sarawak : RM27 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- “Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?” “Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!” “Mastura!!!!!!!” JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast. “Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?” “Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.” Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.