farfalla.alaya' s
12 histoires
Cinta Tanpa Ruang  par Naeltha
Naeltha
  • WpView
    LECTURES 59,387
  • WpVote
    Votes 3,071
  • WpPart
    Chapitres 58
Karya pertama, Cinta Tanpa Ruang Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...
LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA par Arina_Elara
Arina_Elara
  • WpView
    LECTURES 118,706
  • WpVote
    Votes 3,467
  • WpPart
    Chapitres 60
Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?
THE LOVE STORY OF EIDLAN & NARA par psychonagi
psychonagi
  • WpView
    LECTURES 97,180
  • WpVote
    Votes 2,817
  • WpPart
    Chapitres 18
【COMPLETED】 Light romance and a sweet love story. About a doctor and a nurse. About them. Eidlan Arsalan and Nara Daliya. ◌⑅⃝●♡⋆♡LOVE♡⋆♡●⑅◌ Attention: √ This is a short story √ Cringe alert ‼️ √ I'm trying to be aesthetic ⚠️ Dilarang menciplak isi dalam buku ini. Start : 24th July 2022 End : 18th August 2023
Isteri Muda Encik Billionaire (21+ Only) par Miss_Sarraaa
Miss_Sarraaa
  • WpView
    LECTURES 81,102
  • WpVote
    Votes 465
  • WpPart
    Chapitres 77
Cuti sekolah dua minggu sepatutnya diisi dengan kerja rumah, tetapi bagi Qaira Nelydia, itu adalah tempoh yang paling membosankan dalam hidupnya sebagai remaja 17 tahun. Nekad mahu merasai kebebasan, dia mengenakan gaun elegan dan solekan tebal, menyamar sebagai wanita matang demi menyertai sebuah pesta tari-menari eksklusif. Di sana, langkah sumbangnya ditarik oleh seorang lelaki yang memancarkan aura misteri dan kemewahan-Tengku Rayyan Ikram. Pada usia 37 tahun, Rayyan adalah definisi "terlajak bujang" yang paling dikehendaki, namun hatinya tidak pernah terusik sehinggalah dia bertemu dengan 'wanita' misteri yang lincah itu. Satu malam yang panjang berakhir di kediaman mewah Rayyan apabila Qaira tertidur akibat keletihan. Qaira melarikan diri pada awal pagi tanpa meninggalkan jejak, menyangka rahsianya selamat. Namun, dia silap besar. Hanya beberapa hari kemudian, rumah ibu bapa Qaira kecoh apabila rombongan peminangan daripada seorang billionaire tiba di muka pintu. Ibu bapa Qaira pening kepala-bagaimana anak mereka yang masih bersekolah boleh 'menjerat' lelaki sehebat Tengku Rayyan? Menjadi isteri muda kepada lelaki yang perahsia dan rupanya sangat 'gatal' bukanlah sesuatu yang Qaira bayangkan. Mampukah Qaira mengimbangi dunianya sebagai pelajar dan statusnya sebagai isteri kepada seorang lelaki yang mempunyai seribu satu rahsia?
My Husband Rayyan Adyan |C par Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    LECTURES 352,458
  • WpVote
    Votes 12,727
  • WpPart
    Chapitres 47
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
Harith Zayn: the Adorable Husband[Completed] par Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    LECTURES 216,028
  • WpVote
    Votes 7,496
  • WpPart
    Chapitres 70
Scnd story: HARITH ZAYN | ZENYA AURORA
Si lelaki muay thai si gadis drift (c)   par sofeawriter
sofeawriter
  • WpView
    LECTURES 2,576
  • WpVote
    Votes 158
  • WpPart
    Chapitres 50
Dua dunia berbeza. Seorang lagi sang pejuang gelanggang dan seorang lagi pemandu litar. Camelia arissa (24) Gadis drift nombor satu Malaysia. Anak tunggal Dato' Danish Megat dan Datin Delisha Marissa yang sentiasa dimanjakan dengan kemewahan. Hidupnya hanya tentang kelajuan litar, sehingga lah satu kesilapan di litar tertutup Jepun mengubah segalanya. Dia tidak sengaja melanggar seorang lelaki. aiden zayn (23) Jaguh Muay Thai terkenal, anak kedua Tan Sri Qayyum Affan dan Puan Sri Nayla Elvina. Pertemuan berdarah di Jepun itu meninggalkan parut, termasuk ego Aiden yang tercalar. Apabila takdir menemukan mereka kembali dalam satu majlis makan malam keluarga, Zayn tekad dia mahu membalas dendam atas insiden Sabtu lepas. Namun, Aiden tidak tahu bahawa Camelia sebenarnya adalah sahabat baik kepada kakaknya sendiri, Anggun Shireena. Pertemuan demi pertemuan mula mengubah rentak. Dari gelanggang Muay Thai di Putrajaya, bibit benci antara Zayn dan Camelia mula bertukar menjadi rasa yang asing. Di saat hati mula berpaling, bayang silam datang menagih kasih. Tengku Asyraf Anaqi (25), bekas kekasih toxic Camelia yang kaki kelab dan curang, kembali mengejar. Enam tahun dikhianati sudah cukup buat Camelia menoktahkan segalanya, biarpun lelaki itu merayu melutut. Mampukah si jaguh Muay Thai menjadi pelindung buat si gadis litar daripada ancaman masa silamnya? Atau dendam lama Aiden yang akan memusnahkan segalanya dahulu? Kau langgar aku kat Jepun, Camelia. Tapi kenapa kat Malaysia...kau langgar hati aku pula? ✍🏻 Ini merupakan karya keempat saya. Alhamdulillah, saya berjaya tarik ramai pembaca bermula daripada "Jodoh Takdir Kita", "Bercinta Dengan Musuh Sendiri", sehingga Permata Khair & Alisha" Sampai lah saya akhirnya berani untuk mencuba dan mencabar diri buat satu lagi naskhah baharu di sini. Saya harap cerita kali ini pun akan mendapat sambutan yang luar biasa daripada korang semua. Enjoy reading everyone. 🤍
Alegro [T] par Izakikun
Izakikun
  • WpView
    LECTURES 710,437
  • WpVote
    Votes 22,338
  • WpPart
    Chapitres 101
AMARAN! CERITA INI BUKAN UNTUK PEMBACA BAWAH UMUR! "My proposal is, bear my child. Produce my offspring. Itu sahaja. After you finish your job, you are free to go and will be paid. And no feeling involved." - Arid "Maaf Encik Arid. Saya tak sesuai untuk jawatan ini. Apa-apa pun, terima kasih atas peluang yang diberikan dan keputusan terus untuk temuduga ni. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." - Hurra
HIS HIDDEN LOVE [C] par petalsbyprose
petalsbyprose
  • WpView
    LECTURES 108,563
  • WpVote
    Votes 3,322
  • WpPart
    Chapitres 62
Ayra Qasreen X Haez Fateh Gara-gara dipermainkan oleh Haez suatu masa dahulu, dia nekad untuk tidak membuka ruang lagi hatinya untuk manusia bernama lelaki. Namun mampukah dia berpegang pada prinsipnya kali ini setelah berjumpa semula dengan lelaki itu? Apa yang lebih parah, mereka berjumpa semula di tempat kerja yang sama. Setiap kali dia mengelat, setiap kali itu juga dia merasakan ada graviti yang menarik dia kepada lelaki itu. Bagaimana untuk dia hadap realiti kini kalau realiti masa lampau terlalu pahit untuk dia lepaskan? Ditambah pula dengan kejadian yang menimpa keluarganya, dan semua itu juga berpunca daripada lelaki bernama Haez Fateh. Mampukah rasa benci ini ditanam buat selamanya? Trope: She fell first, but he fell harder. When the world around her fell apart, he was the storm that held her together.
Teman Istimewa | Complete par nazblqs
nazblqs
  • WpView
    LECTURES 80,681
  • WpVote
    Votes 6,799
  • WpPart
    Chapitres 48
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.