luvmy66_'s Reading List
37 stories
[C] Promise On Paper ✔️ by NurKhairunisa_
NurKhairunisa_
  • WpView
    Reads 20,035
  • WpVote
    Votes 949
  • WpPart
    Parts 25
Maya Aleesa, seorang gadis berusia 26 tahun yang hidupnya sederhana tetapi penuh impian. Dia bukanlah pereka fesyen terkenal, tetapi dia obses dengan gaun perkahwinan couture sejak zaman universiti. Dia mendapat jemputan ke Private Fashion Reception , sebuah majlis tertutup untuk pereka couture dan pemilik butik besar. Tanpa disangka, pertemuan singkat dengan CEO yang dingin dan berkarisma, Rafeq Ardan, CEO kepada Aldric Mall Holdings, lelaki yang digelar "CEO berperut hitam" oleh media kerana ketegasan dan reputasi tanpa kompromi dalam bisnes. Hingga akhirnya, Maya Aleesa menjadi sebagai isteri kontraknya.
The Greatest Hate #2 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 487,143
  • WpVote
    Votes 32,716
  • WpPart
    Parts 66
The Greatest #2 Ku Aaron Silas x Tengku Serafina Maira Tengku Serafina Maira... anggun, berani, dan keras hati. Baginya, Ku Aaron Silas tidak lebih daripada seorang lelaki yang menjengkelkan, susuk yang tidak pernah diundangnya ke dalam hidupnya. Namun, bagi lelaki itu, Serafina adalah segalanya yang diidamkan... wanita yang harus menjadi miliknya walau dengan apa cara sekalipun. Ku Aaron Silas tidak peduli pada kebencian wanita itu, tidak peduli pada batasan yang diletakkan. Apa yang diinginkannya hanya satu... merampas Serafina dari tunangnya dan memastikan wanita itu tidak jatuh ke tangan lelaki lain. Dalam permainan yang dipenuhi obsesi, ego, dan ketegangan, sejauh mana Ku Aaron Silas sanggup pergi untuk memiliki Tengku Serafina Maira? Dan bila hati mula teruji, siapa sebenarnya yang akan kalah dalam permainan ini... dia atau wanita yang cuba ditakluknya? Start: 12/2/2025 End: 26/3/2025 TW: STRONG LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
[OG] SANGKAR RENJANA | FULL VERSION by mzarieth
mzarieth
  • WpView
    Reads 29,666
  • WpVote
    Votes 1,691
  • WpPart
    Parts 73
"Awak tahu kan, saya sanggup lepaskan apa saja tapi bukan Ihana? Jangan cabar saya, Ezar." - ZARIS DYNARA "Sayang nak lawan abang?" - EZAR RAYYAN "Tak pernah terdetik pun dekat hati saya ni untuk lawan awak. Tapi, kalau awak biarkan orang luar hancurkan apa yang saya bina selama ni, saya tak akan pertahankan apa yang awak gagal pertahankan." - ZARIS DYNARA Pernah saling mencintai sepenuh jiwa, mereka membina mahligai bahagia yang disangka kekal. Namun badai yang tak berkesudahan meretakkan segalanya. Setia bertukar curiga, cinta berubah luka. Dari celah retak yang kecil, lahirlah kemungkinan sebuah kehancuran... atau ...peluang terakhir untuk kembali menemukan bahagia? !! BERBEZA DENGAN VERSI EBOOK !! START : 14 AUG 2025 END :
𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 by flolesya
flolesya
  • WpView
    Reads 1,246,849
  • WpVote
    Votes 42,653
  • WpPart
    Parts 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Masa silamnya tidak la seindah seperti orang lain. Dosa lampaunya terlalu banyak. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namun, dia sudah insaf dengan perbuatan lalunya. Dengan menjaga Arissa Haswani, seumpama membayar dosa-dosa lalunya. Pada hari mahkamah di mana hari yang menentukan hukumannya, dia bebas dengan bantuan 'seseorang'. Namun tragedi kemalangan berlaku menyebabkan dia hilang ingatan selama 6 bulan selepas hari kejadian. Sudah 4 tahun berlalu dan penyakit amnesia masih belum sembuh. Dapatkah penyakitnya disembuhkan? "𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮. 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗱𝗶." 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐇𝐀𝐙𝐖𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐘𝐀𝐃 Semua orang akan berasa gerun dengannya. Mana tidaknya, pandang sahaja wajahnya pun boleh membuatkan semua orang lari tidak cukup tanah. Pendiam dan kalau bercakap pun hanya menyakitkan hati sahaja orang yang mendengarnya. Jika bukan disebabkan kematian dua orang tersayang, dia tidak jadi begini. Lama wanita itu menghilang, sehingga la pertemuan setelah 4 tahun itu membuatkan dia betul-betul ingin meng'halal'kan wanita itu. Bukan kerana bayaran lelaki itu menolong dia pada hari mahkamah itu. Adakah kerana mereka pernah bertemu semasa kemalangan itu? "𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝘂 𝗮𝗹𝗮𝗺𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶?" Start: 1 February 2024 End: 27 May 2024 ATTENTION: [Tiada pengalaman dalam bidang medic] [Tiada pengalaman bekerja sebagai polis] [Gaya penulisan yang SANGAT lemah] [Scene action kurang] [Story tak logik dek akal]
Tali Iris [C] by deinaa
deinaa
  • WpView
    Reads 34,095
  • WpVote
    Votes 939
  • WpPart
    Parts 40
Kisah malang seorang gadis yang di hina dan di pukul oleh bapa saudaranya akibat kehilangan orang yang tersayang. "Sebab kedegilan kau adik aku mati.Kalau adik aku tak kahwin dengan bapak kau yang OKU tu pasti sekarang adik aku senang!" - Encik Ismail. Begitu juga persahabatan yang terjalin selama 15 tahun akhirnya terputus akibat satu kemalangan yang tak dapat dijangkakan. "Aku tak akan sayangkan kau. Sebab kau tunang aku mati. Kalau kau tak degil aku tak akan buat kau macam ni!"- Tengku Lucas Eskandar Munculnya orang ketiga yang ingin menyelamati gadis itu tetapi ianya hanyalah satu obses sahaja. Dapatkah gadis itu lari daripada 'sangkar' yang dibina oleh sahabatnya sendiri atas pertolongan ataupun dari cara lain? Jadi sila baca jika ingin tahuuu. ⚠️⚠️⚠️ warning! maybe tatabahasa dan kisah dia akan tunggang langgang. Kalau ada thypo itu perkara biasa😀😀 Akan ada beberapa bahasa kesat🤬 ataupun terlalu banyak dan beberapa bahagian yang tidak berapa baik😈. So enjoy the reading!!!😆😆 Start:14/1/2025 End: 30/6/2025 #1- wattpadmalaysia #2- obses
LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA by Arina_Elara
Arina_Elara
  • WpView
    Reads 63,335
  • WpVote
    Votes 1,141
  • WpPart
    Parts 60
Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?
Zander Mia : Her Bad Boy by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 1,983,656
  • WpVote
    Votes 129,899
  • WpPart
    Parts 78
[ THE WHITE'S SERIES | BOOK 2 ] Dua jejaka yang berbeza tetapi diingatkan sama. Siapakah sebenarnya jejaka yang dia cinta? Lelaki dingin yang sering bersamanya atau lelaki pertama yang dia bertentang mata? "Just for your information, she's mine first." - 𝐙𝐚𝐲𝐥𝐞 𝐋𝐮𝐭𝐡 Masih adakah cinta Mia buat Zander saat lelaki itu mula menghilangkan diri? Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Tiada bayang yang akan menjamin bahawa dia akan pulang. "We meet again, Zander." - 𝐂𝐥𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 𝐅𝐞𝐝𝐫𝐢𝐜𝐨 Dan apabila kebenaran mula terbongkar tentang punca sebenar kenapa lelaki itu hilang, mampukah dia untuk bertahan lagi? "We're done. Let me go." - 𝐌𝐢𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐫𝐢𝐬𝐡𝐚 "Fine. I'll do anything for you, mia bella." - 𝐙𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐋𝐮𝐭𝐡 "𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐦𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐥𝐚, 𝐲𝐨𝐮 𝐚𝐫𝐞 𝐚𝐥𝐥 𝐦𝐚𝐭𝐭𝐞𝐫𝐬 𝐭𝐨 𝐦𝐞" start: 10 December 2021 end: 17 June 2022 ⚠️read adrian kiara first to avoid confusion ⚠️contains harsh words ⚠️no censored ⚠️sexy storyline ⚠️strictly no plagiarism
Carlos by raenees
raenees
  • WpView
    Reads 267,656
  • WpVote
    Votes 406
  • WpPart
    Parts 14
❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di negara luar bukanlah perkara yang mudah. Cara mereka yang terbuka membuatkan si gadis mengecilkan diri di dunia Spain. Disangka perjalanan hidupnya tenang tanpa terlibat dalam apa-apa masalah di negara orang namun semuanya terbalik tatkala si gadis bertudung bertemu dengan seorang jejaka Spanish. Terasa hidupnya sekelip mata tunggang terbalik. RAPHAEL CARLOS, bertattoo, lelaki dingin, tiada agama, mempunyai 'split personality' dan sangat nakal yang telah menyelamatkan dirinya daripada dua orang lelaki mabuk ketika berjalan di bahu jalan pada waktu malam. Trauma. Lutfiyah berasa takut untuk keluar malam lagi. "Thank you...?" - Lutfiyah "Carlos." - Carlos No one warn her that he is a red alarm. He's too demanding. He's too protective. "She's off-limit." Berkawan dengan lelaki itu bukan mudah buat si gadis. Sudah banyak kali, hati si gadis ditikam oleh lelaki itu sehinggakan persahabatan mereka terputus disebabkan kesilapan lelaki itu. Si gadis membawa diri, jauh untuk fokus kepada impiannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Lutfiyah gembira dengan pencapaiannya yang sedikit demi sedikit meningkat. Tidak sangka boleh terjumpa dengan lelaki yang pernah digelar sebagai sahabat baiknya. "I miss you so much..." "Awak datang sini sebab rindu saya?" "Do I need to repeat it again?" Sudah disebutkan, persahabatan mereka bukan mudah. Mereka bergaduh lagi. Si gadis keliru, sampai bila mereka perlu berbalah? Latar belakang lelaki itu masih mengelirukannya. Perlukah dia berhenti? ...atau dapatkan lelaki itu semula? Note! Dilarang plagiat karya saya. Terdapat kesalahan tatabahasa dan grammar mistake. ©2021 Raenees. All right Reserved.
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,908,270
  • WpVote
    Votes 19,423
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 130,301
  • WpVote
    Votes 14,092
  • WpPart
    Parts 46
━ 𝐈 𝐒 𝐀 𝐀 𝐂 ❝ One last bet he couldn't surrender ❞ Nur Kaymelia Dia tak pernah sangka akan dikaitkan dengan seorang lelaki yang hidup dalam kegelapan duniawi, berpesta tanpa batas, berjudi seperti tiada nilai hidup, dan mempermainkan wanita persis kepingan cip di meja kasino. Kaymelia membenci lelaki itu. Sejak di universiti, dia sudah melihat bagaimana Isaac menganggap segalanya sebagai permainan, termasuklah harga diri seorang wanita. Malah dia sendiri pernah dipertaruhkan untuk ditundukkan, umpama maruahnya hanya sekadar satu cabaran yang perlu ditakluk. Namun, Isaac gagal. Dan Kaymelia bangga kerana dia tak pernah menjadi salah seorang wanita dungu yang jatuh dalam perangkap lelaki itu! . . Isaac Abraham Ungkapan 'KALAH' tak pernah ada dalam kamus pertaruhannya. Apa sahaja yang dimahukan, sering muncul sendiri tanpa dikejar. Tetapi tidak Nur Kaymelia. Kaymelia tak seperti wanita lain yang mudah terpesona dengan ketampanan atau senyuman menggodanya. Kaymelia terlalu suci, terlalu teguh dengan agama, dan terlalu yakin bahawa dirinya lebih mulia berbanding seorang Isaac. Dan itulah yang membuatkan Isaac tercabar! . . Namun pertaruhan takdir tak pernah mudah ditebak. Dalam sebuah reunion, mereka dipertemukan semula. Kebencian Kaymelia masih segar terhadapnya. Dalam satu malam yang penuh muslihat, satu pertaruhan terakhir dibuat. Pertaruhan yang akhirnya mengubah segala-galanya. Kerana pada pagi berikutnya, Isaac harus bangun sebagai seorang lelaki yang mesti BERTANGGUNGJAWAB. Namun, bagaimana mungkin dua jiwa yang berbeza pegangan hidup, dipaksa bersatu? Nur Kaymelia, yang bermaksud cahaya pohon-pohon hijau di syurga, bertemu seorang jejaka yang tak ada langsung ciri-ciri seorang ahli syurga. Dalam taruhan akhir yang penuh tipu daya ini, siapakah yang sebenarnya harus mengalah? Isaac, Kaymelia, atau hati mereka sendiri? ❝ don't get to close, it's dark inside. It's where my demons hide ❞ WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL