angst (sad ending)
2 stories
SAAT MEMORI BERCERITA by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 1,551
  • WpVote
    Votes 77
  • WpPart
    Parts 2
BUNGA ABDULLAH | BADRI SHAH - Bunga ini sederhana, namun hadirnya, segala-galanya - start : 13 november 2024 end : - • SINOPSIS RINGKAS • Dia hidup dalam kegelapan kerana seorang ayah yang tidak pernah tahu erti kasih sayang. Dia hidup dalam kehinaan kerana seorang ayah yang sanggup menuduh darah dagingnya sendiri sebagai pembunuh. Bunga dan Badri. Dua manusia yang sama-sama dihancurkan oleh lelaki yang bergelar ayah. Pertemuan mereka di sebuah kampung kecil membawa sesuatu rasa aneh yang tidak pernah mereka cari. Cinta. Perlahan-lahan, dua jiwa yang sama-sama terluka mula menemukan ketenangan dalam diri satu sama lain. Namun tanpa mereka sedar, Ada masa lalu yang enggan melepaskan mereka. Ada rahsia yang tidak sepatutnya terbongkar. Dan ada sebuah perpisahan yang mungkin sudah ditakdirkan sejak hari pertama mereka bertemu. Kerana bagaimana mungkin dua manusia yang sedang cuba mencari jalan pulang mampu bersama, jika dunia mereka sendiri sedang berusaha memisahkan mereka?
Rahsia Hati Kita [C] by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 246,060
  • WpVote
    Votes 19,053
  • WpPart
    Parts 34
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA start: 25 April 2024 end: 24 September 2024 Bagi dunia, Raihana Mikaila hanyalah gadis yang tidak cukup cantik untuk dihargai. Di sekolah, dia menjadi mangsa buli kerana tubuhnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap. Setiap ejekan membuatkan dia semakin belajar satu perkara. Manusia tidak pernah benar-benar baik. Namun di sebalik semua luka itu, Raihana Mikaila menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Raaif Mateen, kawan baik kepada abang sulungnya. Perasaan itu bermula dalam diam dan terus hidup bertahun-tahun lamanya. Apabila Raaif Mateen dan abangnya menyambung pelajaran ke luar negara, kehidupan Raihana Mikaila mula berubah. Tahun demi tahun berlalu, Raihana Mikaila bukan lagi gadis yang sama. Apabila Raaif Mateen kembali ke Malaysia, hubungan mereka yang dulunya akrab kini berubah menjadi dingin dan asing. Raihana Mikaila memilih untuk menjauhkan diri, seolah-olah lelaki bernama Raaif Mateen itu tidak pernah membawa makna apa-apa dalam hidupnya. "Hana marahkan Abang Raaif ke? Hana nampak tak suka nak bersembang dengan Abang Raaif." - RAAIF MATEEN Bertahun-tahun Raihana menyimpan cinta, masa akhirnya memberi dia keberanian untuk mengaku. Namun dia terlambat. "Te-Terima kasih jadi insan yang terpenting dalam hidup Hana. Terima kasih ajarkan Hana cara hidup yang sepatutnya Hana jalani selama ini." - RAIHANA MIKAILA