WeeApple
8 stories
KEEPER S2 by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 34,870
  • WpVote
    Votes 3,067
  • WpPart
    Parts 24
Eric Abram Andrew terperangkap dan menderita kerana mencintai wanita yang salah dan membuatnya membenci perkahwinan. Dia berusaha menjadi seperti Rick, abangnya untuk memenangi hati kakak iparnya Elina dan dia gagal. Eric berubah, menolak untuk berkahwin dan membenci wanita. Mampukah Elina mengubah persepsi Eric dan membuatnya jatuh cinta pada wanita yang tepat? mari baca KEEPER S2, menampilkan Rick, Elina dan hero S2 Eric Abram Andrew dan heroin misteri 😘
Sleep With The Enemy  by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 93,385
  • WpVote
    Votes 3,294
  • WpPart
    Parts 18
Lima tahun yang lalu, di suatu pagi yang indah menjadi medan pertengkaran di antara Thea Conrad dan Angelo Damien JR setelah menyedari pasangan tidur semalam mereka bukanlah pasangan yang diinginkan. Saling berjanji untuk melupakan, mengakhiri dan saling tidak mengenal setelah itu. Namun takdir menemukan mereka kembali dengan pelbagai situasi tidak disangka. Bagaimana mereka mengawal diri di setiap pertemuan dan apa akhirannya. Ikuti novel online saya yang ke empat selepas The Perfect Partner, The Liar dan KEEPER S1 ?.
MISSING by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 44,575
  • WpVote
    Votes 3,746
  • WpPart
    Parts 30
Wilma menjadi saksi kemalangan langgar lari pada suatu malam yang basah. Kawasan terpencil dan sangat jarang dilalui oleh orang penakut sepertinya. Tetapi malam itu dia dihadapkan dengan pilihan menyelamat atau biarkan mangsa itu menentukan sendiri hidup matinya. Dia menemukan seorang mangsa yang masih hidup, seorang lelaki dewasa. Setelah memeriksanya, Wilma mendapati bukan sahaja cedera kemalangan tetapi lelaki itu turut luka akibat tembakan. Keputusan memberi bantuan kepada lelaki itu telah mengubah hidupnya secara drastik. Membuat dirinya terjebak dalam kehidupan yang tidak pernah dia impikan selama ini.
QUEENIE LIA by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 5,697
  • WpVote
    Votes 392
  • WpPart
    Parts 10
Dia, Queenie Lia seorang perempuan dewasa menginginkan kisah hidupnya dikisahkan dalam bentuk cerita. Dia kongsikan untuk tatapan, kenangan dan pengajaran kepada semua yang baru mula mengenal erti kehidupan. Kisah untuk menyatakan rasa yang tidak mampu diluahkan bagi menjaga hati dan perasaan orang-orang yang disayangi, disegani malah mereka yang menjadi hakim duaniawi. Kisah yang dia tumpahkan pada sebuah cerita yang tidak dapat diungkapkan dengan bahasa tubuh dan tingkahlaku jauh sekali tutur kata. Sukar sekali menyatakan diri bila norma itu menghalang dan membenteng. Tapi bagaimana lagi harus dia suarakan rintihan itu? Queenie Lia akan bawakan kisah itu kepada anda.
The Perfect  Partner by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 32,093
  • WpVote
    Votes 2,007
  • WpPart
    Parts 16
Vionna 27 tahun, memiliki perniagaan sendiri, bergelar usahawan pada usia muda dan terlalu tegas sebagai boss. Berkulit putih, tulang pipi tinggi, mata sedikit sepet, senyum menawan hanya sahaja hidung kurang mancung tapi boleh ejust dengan makeup. Juga tidak pernah kedekut berbelanja atau membelanja kawan-kawan sumandaknya. Boleh dikatagorikan perfect tanpa kekurangan. Bagaimanapun sumandak sempurna itu sedang marah-marah dengan bahasa aliennya di depan seorang tanakwagu. Ya tanakwagu berlumuran dengan lumpur yang kelihatan memegang sebuah tayar kereta Hilux yang nampaknya ngam-ngam pancit di sebuah laluan berlumpur. Sedangkan Vionna dengan dress hijau, ada sikit lumpur pada dressnya macam mau menelan si tanakwagu. Bukan diorang ada kaitan pun, hanya saja si Vionna turun dari fj Cruiser kuningnya dan menghampiri si tanakwagu supaya cepat-cepat menyelesaikan tugas menukar tayar agar dia dapat lalu. Malangnya tayar di tangan tanakwagu tiba-tiba jatuh dan memercik setumpuk... bertumpuk-tumpuk lumpur ke dress hijau dan tentu saja ke heels si Vionna. Tanakwagu...
KEEPER by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 36,339
  • WpVote
    Votes 1,939
  • WpPart
    Parts 23
Elina Albert dikejutkan dengan kenyataan yang dia tidur di katil asing dengan lelaki Rick Johnathan Andrew yang belum pernah dikenalinya sebelum ini. Dia sebenarnya sudah bertunang dengan Luke Callaghan sehari sebelumnya. Lebih mengejutkan ialah dia masih perawan sebelum kejadian tidur itu. Bagaimana dan apa kelanjutannya sila baca novel "The Perfect Partner" dan "The Liar" sebelum membaca novel ketiga saya "KEEPER"
The Liar by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 52,361
  • WpVote
    Votes 3,282
  • WpPart
    Parts 24
David tidak muncul pada hari perkahwinan mereka. Lelaki itu tidak dapat dicari seolah-olah disembunyikan bumi. Keluarganya juga membisu tidak memberikan sebarang bayangan keberadaan David. Mitchell benar-benar terpukul ditinggal didepan altar perkahwinan dan malu didepan tetamunya. Meneruskan jamuan resepsi tanpa kehadiran pengantin lelaki dengan lenangan air mata dan empati para tetamu yang tidak membuat ucapan selamat sebaliknya ucapan "fighting dear" yang menyerupai ucapan "takziah". Mitchell perlu meneruskan hidup.
THE SHADOW by WeeApple
WeeApple
  • WpView
    Reads 60,901
  • WpVote
    Votes 4,682
  • WpPart
    Parts 30
Joanne Clair tidak tahu harus bagaimana, datuk dan neneknya telah mengatur perkahwinannya dengan seorang lelaki yang menurut mereka adalah orang yang tepat untuk Joanne. Pada hari itu di depan altar Joanne dikejutkan bila menemukan Joel Arthur lelaki yang pernah mengoyakkan hatinya suatu ketika dulu kini berdiri menunggu sebagai pengantin lelaki untuknya. Apa yang harus Joanne perlu lakukan? My 8th novel... selamat membaca 😘😊