will repeat read
14 stories
KHAI'S FLOARE ✓ by mearacle
mearacle
  • WpView
    Reads 124,377
  • WpVote
    Votes 6,744
  • WpPart
    Parts 51
𝐊𝐡𝐚𝐢'𝐬 𝐅𝐥𝐨𝐚𝐫𝐞 | 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman. Sifat ramah sudah sebati dengan dirinya. Mulutnya suka menabur kata-kata manis sampai semut pun boleh berkerumun. BUNGA AIYANA. Seorang perempuan yang anti lelaki kerana kisah lampau hidupnya. Hidupnya separuh hancur dek seorang individu yang tak bertanggungjawab. Disebabkan itu dia hilang kepercayaan kepada lelaki. Padanya, hidup bukan berpaksikan lelaki. Dia yakin dia boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi apakan daya bila takdir menentukan yang dia perlu bertunang dengan lelaki yang tak asing dimata dia meskipun lebih sepuluh tahun mereka tidak bersua muka. Teman sepermainan sewaktu kecil dahulu. Bagaimana penerimaan mereka antara satu sama lain? Fasa pertunangan sudah tamat tempoh. Bagaimana hidup mereka selepas bernikah? Sedangkan sang wanita cukup sensitif dengan sentuhan daripada jantina bertentangan. Manakala sang jejaka sangat gemar dengan sentuhan. Bila hidup berumah tangga, pastinya banyak pasang surut dan asam garam yang perlu dilalui. "Don't force yourself into something that you hate. Tidurlah, Bunga. Kita... penat." -KHAI Hari demi hari, perasaan tidak mahu kehilangan dan sayang hadir antara mereka tanpa dijemput. Cuma bila hati belum cukup pasti, perasaan itu hanya dipendam untuk tidak tahu berapa lama lagi. Mampukah mereka pertahankan rumah tangga yang dibina bukan atas dasar cinta pada pokok pangkalnya? Yang pastinya, banyak dugaan mendatang yang bakal menguji keteguhan hubungan mereka. ⚠️: Contain cliché, cringe and sexual assault storyline. Start : FEBRUARY 2022 End : APRIL 2022 ©mearacle
Cinta Yang Tak Terduga by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 79,781
  • WpVote
    Votes 4,881
  • WpPart
    Parts 100
Bagaikan bintang di langit malam, dia hadir tanpa diduga, menerangi setiap sudut gelap di hati. - Rancangan asal Luna mudah: rampas tunang sahabat lama yang pernah mengkhianatinya. Namun segalanya berubah bila muncul Ean Zafrul, duda anak satu yang tak sepatutnya hadir dalam hidupnya... apatah lagi mengisi ruang di hatinya. "Will you marry me?" Satu lamaran yang nampak mudah. Tapi bagi Luna, ini bukan soal cinta semata. Ia tentang maruah, luka lama, dan dendam yang belum selesai. Di tengah kekalutan perasaan antara Ariq yang keliru, Warda yang menyimpan rahsia, dan Thaqif yang mahukan peluang kedua... Luna mula tenggelam dalam permainan yang dia cipta sendiri. Athira, bekas isteri Ean, kembali menuntut tempat dalam hidupnya, mahu hidup bersama Ean semula. Luna kini diuji dengan pelbagai cabaran yang menguji kekuatan dan ketabahannya,dari tekanan yang bertubi-tubi hingga gangguan yang tak pernah berhenti. Adakah dia mampu bertahan dan mempertahankan segala yang disayangi, atau semuanya bakal hancur di depan matanya?
KIM'S: HIS STELLA | C | ✔️ by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 708,827
  • WpVote
    Votes 21,343
  • WpPart
    Parts 70
3rd HIS Series Syed Hakim Mikael x Ku Amra Raisa Ku Amra Raisa tidak pernah menyangka kekalahannya pada permainan gunting-batu-kertas atau nama modennya Osom bersama dengan kembarnya telah menjadi satu titik perubahan terbesar di dalam hidup. Pertemuannya dengan seorang lelaki yang ikhlas menaruh hati padanya telah membuka sedikit ruang pada diri untuk mengenali lelaki itu dengan lebih rapat. Cuba untuk berkawan tanpa menyerahkan hati yang masih kosong. "Amra, saya nak beli kereta lah. Lepas saya beli kereta, saya nak kumpul duit. Saya nak halalkan awak untuk saya," - Syed Harraz Malieq "Encik Hakim jangan ambil serius dengan apa yang Yaz cakap tau. Dia gurau je tu," - Ku Amra Raisa "Kalau betul pun apa salahnya. Tapi make sure jangan terima dia sebab dia desak atau terpaksa. Fikir perasaan sendiri dulu. Hidup sekarang kena selfish. Kalau betul awak suka dia, boleh terima baik buruk dia, why not?" - Syed Hakim Mikael Tetapi satu kejadian telah merubah takdir yang tidak pernah tertulis buat Raisa dan Harraz. Pelbagai tentangan dan amarah yang perlu Raisa dan juga Hakim tempuh akibat dari kejadian itu. "Kalau angah sayang dia pun tak berdosa ibu. Dia isteri angah," - Syed Hakim Mikael "I will not make that happen. Sebelum kau jatuh sayang dekat Amra, better pulangkan dia dekat aku ngah," - Syed Harraz Malieq Bersama-sama Raisa dan Hakim cuba untuk menerima takdir yang sudah tertulis serta merungkai misteri si pelaku yang merencana kejadian yang telah menimpa mereka. Dapatkah Raisa menyesuaikan diri dengan Hakim yang asalnya seorang majikan kepada seorang suami? Dapatkan Hakim mempertahankan perkahwinannya kali ini? ***** Syed Hakim Mikael Syed Ali • Soft-spoken, soft-hearted, protective, clingy Ku Amra Raisa Ku Rafiee • Matang, manja, clingy Start: 5.5.2024 End: 14.8.2024
ALTAF'S SAVIOUR by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 2,482,960
  • WpVote
    Votes 126,787
  • WpPart
    Parts 78
Nur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Warning: You came only to find yourself lost in time, and in the end you disappointed more than you mattered.
ANGGUN KAMILIA ||© by laurentjoon
laurentjoon
  • WpView
    Reads 102,028
  • WpVote
    Votes 7,926
  • WpPart
    Parts 66
Anggun Kamilia Muhammad Laith One of the most wonderful stories I have ever written. Mereka berdua pernah mendirikan rumah tangga. Kata kunci, 'pernah'. Bukan kerana cinta tetapi demi memuaskan hati orang tua. Mereka terpisah di tengah jalan tatkala kedua-duanya tidak lagi ingin bersama. Dan bermula di saat itu, mereka terus menjalankan hidup masing-masing dengan tidak lagi memegang status suami isteri. Namun... "Please refrain yourself daripada selalu keluar malam tak tentu pasal". -Muhammad Laith "Yang you sibuk ni kenapa? You bukan lagi suami I". -Anggun Kamilia Perjumpaan mereka pertama kali setelah setahun bercerai membuatkan Anggun ingin membebel di telinga Laith puas-puas. Ya, bebel. Bukannya ingin melepaskan rindu tapi ingin membebel kerana Laith sangat 'mencabar kesabaran' Anggun. Tambah pula, Anggun baru sahaja mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya tinggal di dalam bangunan yang sama! Itu lah, lepas bercerai terus lost contact. Kan dah tak tahu apa-apa... "You rosakkan pokok I ye?!". -Anggun Kamilia "Itu lah masalah you daripada dulu lagi. Selalu tanggalkan hearing aid you tu kalau I tengah bebel!". -Anggun Kamilia Walaupun Anggun tidak gemar akan Laith, Laith sebaliknya semakin cakna akan Anggun. Lebih-lebih lagi kini mereka tinggal berdekatan dan apabila Laith mendapat tahu bahawa Anggun seringkali menerima ancaman bunuh. Siapa yang menghantar ancaman tersebut? Mengapa? Akankah keprihatinan Laith membawa mereka kembali untuk hidup bersama? ⚠️ Trope: Second chance romance. ⚠️ Cliché. Tolong jangan baca kalau tak suka cerita cliché. Saya tulis cerita ni pun sebab saya tak pernah lagi tulis cerita trope second chance romance. ⚠️ Laith is deaf. Only deaf. NOT mute. Theme songs: - Everyday by Ariana Grande ft. Future -NVMD by Denise Julia -Habibi (Albanian Remix) by Ricky Rich ft. Dardan & DJ Gimi O
TEJA CLARISSA : TRAPPED SOUL (Complete) by PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Reads 170,698
  • WpVote
    Votes 8,930
  • WpPart
    Parts 84
Teja Clarissa dibesarkan dalam dunia serba mewah, namun kemewahan itu tidak pernah mampu melindunginya daripada luka silam, pengkhianatan dan dendam berdarah yang diwarisi keluarganya. Apabila takdir mempertemukannya dengan Raja Qandhar Patih - seorang lelaki berperwatakan tegas, dingin dan penuh rahsia - hidup Clarissa berubah. Qandhar hadir bukan sebagai kekasih, tetapi sebagai pelindung. Perkahwinan mereka bukan didasari cinta, tetapi demi menyelamatkan maruah... dan nyawa. Namun, bahaya tidak pernah menjauh. Bangkai anjing dihantar ke rumah, tangan Clarissa berlumur darah akibat serangan misteri, dan wajah-wajah dari masa silam mula muncul semula, menuntut dendam yang belum padam. Di tengah badai yang menggoncang jiwa, Qandhar kekal teguh di sisi Clarissa - menjadi benteng pertahanan paling akhir yang dia ada. Namun mampukah kasih yang tumbuh dalam senyap mengalahkan kegelapan yang menyelubungi mereka? Dan sampai bila Clarissa mampu bertahan dalam dunia yang cuba merobeknya dari setiap arah? Dalam perkahwinan tanpa cinta, hadirnya seorang pelindung mungkin lebih bererti daripada seribu janji manis. Start : 28/6/2025 Tamat : 31/7/2025
BAARIZ [EBOOK] by ai_laria
ai_laria
  • WpView
    Reads 283,432
  • WpVote
    Votes 3,110
  • WpPart
    Parts 16
Kisah Baariz the beast ❤️ Ti-honey Ashraf Baariz, seorang bekas bodyguard dan setiausaha peribadi, akhirnya pulang ke kampung halamannya setelah 15 tahun mengabaikan asal-usulnya. Dengan masa lalu yang kelam dan tanggungjawab yang tertinggal, dia kembali bukan sahaja untuk menunaikan amanah keluarga tetapi juga untuk memulakan hidup baru. Izara, seorang pereka fesyen ternama, memilih untuk meninggalkan kehidupan bandar dan membina kerjayanya sendiri di kampung. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan Baariz, lelaki yang pernah mengubah hidupnya. Ashraf Baariz dan Izara Tihani terikat dalam satu ikatan yang tidak diketahui sesiapa-akad yang mereka rahsiakan bahkan daripada keluarga sendiri. Namun, selepas dua tahun ada sesuatu yang berlaku membuatkan Izara memilih untuk pergi. Setelah 3 tahun, mereka bertemu semula di kampung, dalam keadaan masing-masing sudah berubah . Pertemuan pertama selepas perpisahan itu membawa mereka kembali ke memori lama-rindu yang tidak terucap, persoalan yang tidak pernah terjawab, dan penutup yang tergantung tanpa kepastian. Masa telah berlalu, namun kisah mereka masih belum menemui noktahnya. Adakah pertemuan ini memberi mereka ruang untuk menutup kisah lama dengan keikhlasan? Atau takdir sebenarnya mahu memberi mereka peluang untuk memulakan kehidupan baru, kali ini tanpa rahsia yang membelenggu? Kisah yang cliche & tiada konflik berat maybe✨ Maafkan saya, jika ada kesalahan tatabahasa dan grammar 🙏
Bukan Aku Tak Cinta (Bakal Terbit) by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 787,937
  • WpVote
    Votes 5,348
  • WpPart
    Parts 13
[Bab 11-60 telah diunpublishkan untuk menggelakkan dari spoiler] Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya - Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf." "Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni." Akan hadirkah bahagia buat kami berdua? "Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?" "Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya." Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?
Kerana Dendam [Terbit] by daisyxdahlia
daisyxdahlia
  • WpView
    Reads 1,442,166
  • WpVote
    Votes 22,560
  • WpPart
    Parts 25
Adam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping, murder, self-harm, and suicide. If any of these topics are triggering for you, please consider skipping those parts or stop reading altogether.