Ayuryzal's Reading List
1 story
HAQ ELIAS : HIS BROKEN ANGEL (CS) by queessa
queessa
  • WpView
    Reads 1,144
  • WpVote
    Votes 72
  • WpPart
    Parts 3
#Spin Off [Layth Makeen: His Lovesmith] Adakah dikurniakan kecantikkan yang luar biasa itu satu kelebihan atau sumpahan? Althea Viladia, nama seunik tuannya. Dia dilahirkan dengan Heterochromia. Jika 99.99% manusia mempunyai satu jenis warna mata, dia pula adalah 1% manusia yang mempunyai dua warna mata yang berlainan. Unik. Indah. Cantik. Menawan. Dia gadis tunggal yang mewarisi kecantikkan ibunya. Darah kacukkan eropah yang mengalir di dalam darah membuatkan kecantikkannya lebih menyerlah dengan kulit yang putih seperti susu. Tangan yang lembut seperti sutera dan rambut yang asli berwarna jingga-kemerahan. Tetapi bila seseorang itu dia lebih dari yang lain pasti akan ada yang berhasad dengki dan bagi Althea Viladia, wanita yang melahirkannya adalah manusia yang paling membencinya. "Aku benci kau sebab kau lebih cantik dari aku!" Pelik, seorang ibu membenci anaknya kerana anaknya lebih cantik dan selalu dipuji manusia. Haq Elias, kali pertama melihat Althea Viladia dia mula tertarik dengan wanita itu. Siapa sahaja tidak tertarik dengan gadis yang cantik lagikan anggun. Tetapi ada satu perkara yang membuatkan dia lebih tertarik dengan gadis itu. Sikap Althea yang kasar dan suka menjauhkan diri membuatkan Haq ingin makin mendekat. "I nak you jauh 10 meter dari I! Jangan dekat!" "Cik Althea kan sakit, macam mana saya nak rawat kalau saya duduk jauh 10 meter?" Althea yang garang. Althea yang suka menjeling. Althea yang tak suka senyum. Haq suka! Indahnya suratan takdir, tidak sempat Haq menyampaikan hasrat ingin memperisterikan Althea, rupanya keluarga mereka sudah berbincang untuk menyatukan mereka berdua. Siapa sangka Althea adalah anak kepada pereka fesyen termasyhur di dunia. "Haq setuju!" "Thea, tak nak." Haq makin mendekat dan Althea makin jauh berlari. Adakah berjaya Haq mendapatkan wanita yang dia cinta ataupun dia harus melepaskan kerana cinta tidak semestinya memiliki?