Highly Recommended & Worth Reading
4 stories
Somnambulis (Tamat) by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 4,200
  • WpVote
    Votes 506
  • WpPart
    Parts 17
Kelopak baldu bara rindu mangsi merah nian nyawa gugur kelopak, mengalir mangsi kesumat lerai di hujung atma. Thea kerap dibayangi mimpi ngeri. Mimpi-mimpi yang suram, menggerunkan, kerap berulang dan sentiasa mendominasi lenanya. Enggan ditakluki mimpi-mimpi tersebut, Thea meluangkan waktu jaganya dengan menulis novel. Tersingkap Hijab Mimpi, bergenre thriller yang ditulis dinobatkan sebagai bestseller dan berjaya mendapat sambutan dalam kalangan pembaca. Namun, satu demi satu yang digarap Thea bertukar menjadi realiti yang menakutkan. Kematian demi kematian berlaku sama seperti apa yang ditulis Thea dalam novelnya. Dengan bantuan suami, Thea mula menyiasat sama ada mimpi-mimpi yang dialami sebelum ini memang sekadar mainan tidur ataupun sebenarnya titik mula yang membawa kepada suatu penemuan tidak terduga. Antara cinta belahan jiwa, kasih darah daging dan keakraban teman baik, ada sesuatu yang Thea perlu korbankan. Facebook: Girang Fashali Instagram: @girangfashali
Jumpa di Kafe Joshua by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 2,719
  • WpVote
    Votes 358
  • WpPart
    Parts 12
Secawan kopi sering menjadi saksi kepada pelbagai pertemuan, perpisahan dan kisah suka duka insan. Aroma kopi acap kali jadi peneman seribu satu emosi dan gejolak rasa. Ingin tahu kisah mereka? Kita jumpa di Kafe Joshua 😊 📌Masih belum disunting. Maaf andai ada salah di sana sini.
Bukan Sindrom Nightingale by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 7,980
  • WpVote
    Votes 1,158
  • WpPart
    Parts 48
Pertemuan antara Aysar Mujahid dengan Qaira Esabel bukanlah sebuah pertemuan biasa. Pertama kali bertentang mata kedua-duanya berada dalam situasi mencemaskan yang tidak diduga. Sejak itu, Mujahid bertekad mencari dan mengejar cinta Qaira biarpun gadis itu sedaya upaya menolak malah menjauhkan diri. Bagi Qaira, perasaan Mujahid terhadapnya cuma hambatan rasa sementara. "Saya hormat perasaan Encik Mo pada saya. Terima kasih. Tetapi, apa yang Encik Mo rasa ini didorong oleh faktor luar. Encik Mo tiada perasaan pun pada saya sebenarnya. Percayalah, dalam seminggu dua perasaan itu akan hilang." - Qaira "Mereka ni semua kawan Qaira di Facebook. Ariyyan, Edrus, Riduan ... kalau mereka Qaira boleh terima sebagai kawan, kenapa tidak saya?" - Aysar Mujahid Mujahid merasakan wujud tarikan jodoh yang sangat kuat antara mereka. Dia terus berusaha memancing cinta milik Qaira. Kopi menjadi pembuka laluan kisah mereka. 'Dear Qaira, saya akan buktikan yang rasa ini bukan Sindrom Nightingale.' Tidak mudah untuk pasangan ini mencoret kisah bahagia. Sesuatu tentang Qaira yang sampai ke pengetahuan Mujahid mula membuatkan dia mempertikaikan banyak perkara. Sisi Qaira yang selama ini diselindungkannya tidak dapat diterima Mujahid. Qaira yang itu terlalu asing. Bukan Qaira yang dikenalinya. 10 Catatan Rindu untuk Kasih akan cuba mengembalikan mereka ke titik mula. Ini kisah cinta Kasih dan belahan jiwanya, Cinta :)
Rapsodi Milik Khalish by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 1,978
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 20
HITAM. Satu perkataan paling sinonim dengan Khalish Adam, seorang pemuda yang hidupnya jadi berantakan hanya kerana dia cuba mencari sebuah kebenaran. Dia pernah menginginkan pelangi tetapi taufan hebat memusnahkan asanya. Di sebalik penampilan luar yang kasar dan sikap tidak peduli, ada jiwa sakit dek derita yang kian memamah diri. "Kau nak hidup macam mana? Rumah, kereta, bil-bil semua siapa nak bayarkan? Simpanan kau banyak mana sangat? Dah habis nanti, kau nak duduk bawah jambatan?" - Yeop Pudin "Biar saya ikut sekali. Saya pun nak bacakan al-Fatihah dan Yaasin. Biar bertambah satu doa lagi buat arwah. Mudah-mudahan arwah akan lebih tenang di alam sana." - Irsa Kaleela "Jangan biarkan dendam mempermainkan kita, Khalish." - Hayfa Yeop Pudin sentiasa sedia untuk membantu. Irsa Kaleela dan Hayfa pula muncul dalam hidupnya tanpa disangka. Mereka cuba menuntun Khalish menyusun semula rentak langkah, mencari apa yang hilang, menamatkan pencarian dan memadamkan dendam lama. Mampukah Irsa dan Hayfa membawa warna indah ke dunia hitam Khalish? Siapakah yang dapat mengembalikan pelanginya? Selamat berkenalan dengan Khalish. Mungkin kekusutannya berjaya kalian leraikan. 😊