Ash 🌻💛
5 stories
KEJORA [Published] by Ashikinmm
Ashikinmm
  • WpView
    Reads 92
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
Kita bertemu dengan sebutir bidadari pengasuh yang berumah di lautan. Namanya KEJORA dan sifatnya sentiasa penuh cahaya gemilang. Dia membawa kita masuk ke puisi-puisinya, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang dia mengasuh arah untuk para kelasi dan sesiapapun yang mahu menggembara melalui jalan laut. KEJORA bertemu telalu banyak manusia tetapi ada tiga watak utama dalam ceritanya iaitu Bintang Raja, Merah dan AURORA. Bintang Raja adalah seorang raja yang pernah menjadi penyayang tetapi kecewa kerana sifat-sifat kelasi yang sentiasa mencari harta di lautan untuk kepentingan sendiri. Dia menjadi pemarah, pendendam dan sering membawa ribut petir. Hidupnya kemudian berpaksikan tanggungjawabnya untuk menyimpan rahsia dasar lautan dan dia tak pedulikan apa pun termasuklah mengorbankan para kelasi. Merah adalah seorang kelasi yang sedang hilang arahnya dalam pelayarannya. Dia kehilangan bapanya yang sangat dia sayangi dan kerana itu, dia takut untuk pulang ke darat. Daratan mengingatkannya kepada memori-memori indah yang telah berhenti dan padanya yang telah menjadi seorang yatim, dia mahu terus berlayar seorang dalam kegelapan. AURORA adalah seorang wanita yang berumah di tepi pantai. Kecantikannya membuatkan dia terkenal di seluruh daerah tempat tinggalnya. Sifatnya penuh kelembutan, penuh adat dan berbudi pekerti. Kejadian malang berlaku padanya saat maruahnya dicemari perbuatan noda. Pengalaman itu membuatkan dia merasakan yang hidupnya telah padam dan menjadi hitam. Himpunan Puisi KEJORA sarat dengan percubannya memahami kemelut watak-watak utamanya. Cahayanya kadangkala menjadi rapuh dan perwatakkannya juga dipengaruhi persekitaran getir, kemarahan, kekecewaan dan putus asa, tapi tetap dia membisik harapan melalui mimpi, falsafah dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa.
SUNSET1989 [Published] by Ashikinmm
Ashikinmm
  • WpView
    Reads 9,274
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 1
A series of imagined cosmos and conversations; and a tribute for seniman-seniman.
Si Romantik Yang Sudah Mati [Published] by Ashikinmm
Ashikinmm
  • WpView
    Reads 20,528
  • WpVote
    Votes 134
  • WpPart
    Parts 6
Kita bertemu dengan seorang wanita, dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita ke seluruh dunia, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang kembaranya, ceritanya melankolik, tapi tidak pernah sentimental. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang wanita yang cuba mencari tempatnya di dunia ini. *No. 2 bestseller at romanbuku.com and 9th under Penerbitan Roman at PBAKL2018 Now available at nearby MPH, Kinokuniya, bookstores and romanbuku.com
Pabila Pesawat Bertemu Bulan [Published] by Ashikinmm
Ashikinmm
  • WpView
    Reads 547
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 1
Kita bertemu dengan Arya, seorang penulis berbakat yang menjadi terkenal di serata dunia selepas memenangi anugerah sastera di Perancis dan Aman, seorang pemuzik yang menjadi lagenda selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Arya mempunyai masalah kemurungan dan keinginan membunuh diri selepas gagal menangani masalah hidup dalam kemahsyuran. Aman sudah lali ditinggalkan sebatang kara dan menjadikan muzik sebagai penongkah untuk terus hidup dan pada satu hari yang tidak disangka, mereka berdua dipertemukan takdir di Paris. Sebuah novel tentang insan-insan seni yang mengilhamkan satu sama lain dalam karya agung.
Je Suis AURORA (WIP) by Ashikinmm
Ashikinmm
  • WpView
    Reads 1,497
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 6
Kita bertemu dengan seorang kekasih. Dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita jauh ke dalam kenangannya sepanjang penggembaraanya ke pelbagai bandar dan mengenalkan kita kepada watak-watak yang menyentuh hatinya. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang pencinta yang cuba mencari tempatnya dalam manusia-manusia lain yang berhasrat sama.