blvck_daisy
Stand Alone
(Tengku De Alexandre x Haira Khaleesya)
"Aku akan cari kau sampai jumpa, Haira Khaleesya."
Tengku De Alexandre. Seorang lelaki berdarah kacukan Perancis yang dikenali sebagai individu paling digeruni di seluruh negara. Dengan ketegasan, sikap dingin dan hati yang sukar ditembusi, namanya cukup untuk membuatkan para pekerja serta pesaingnya gentar.
Namun, di sebalik hati yang beku itu, tersimpan satu nama yang tidak pernah mampu dipadamkan oleh waktu.
Haira Khaleesya.
Wanita yang pernah bertakhta di hatinya.
Takdir menemukan mereka semula setelah bertahun-tahun terpisah. Namun pertemuan itu tidak seperti yang diharapkannya apabila wanita tersebut langsung tidak mengenalinya.
"Awak siapa?"
Haira Khaleesya, seorang gadis yang ceria, pintar dan disenangi ramai. Namun di sebalik senyumannya, dia menyimpan sebuah rahsia besar yang tidak diketahui sesiapa. Kehadiran Alexandre dalam hidupnya sedikit demi sedikit mula menggugat segala yang selama ini cuba disembunyikannya.
"Kenapa kau hilang dulu, Haira?" - Alexandre
"Saya rasa awak salah orang." - Haira
Hari demi hari, Alexandre berusaha meraih semula kepercayaan Haira dan membongkar kebenaran di sebalik kehilangan wanita itu. Namun, kemunculan seseorang dari masa silam mengubah segalanya.
Seseorang yang menyimpan dendam terhadap Alexandre.
Seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat hidup lelaki itu musnah.
"We meet again, Alexandre." - Harith Aqiel
"Kau bukan lawan aku, Harith Aqiel." - Alexandre
"Aku akan buat kau sengsara sama macam kau buat aku dulu!" - Harith
"We'll wait and see, friend." - Alexandre
Apabila cinta, dendam dan rahsia lama bertembung, mampukah Alexandre mendapatkan kembali wanita yang dicintainya?
Atau kali ini dia akan kehilangan Haira buat selama-lamanya?