Afizhorror
3 stories
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,424
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
Cure by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 11,229
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.
Projek Seram: ISTANA by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 481
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 1
Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang? Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si 'puaka'. Bangunlah wahai Cempakasari dari 1000 darah perawan sunti / PURBAKALA, HELMI EFFENDI Siapa sangka ekpedisi Profesor Eqbal dan kumpulannya ke pendalaman Kedah membawanya kepada sebuah kota dan istana lama yang dibina pada zaman purba yang menyimpan seribu misteri dan angker untuk dibongkarkan. Jika sudah masuk ke dunianya, korban pengakhirannya / KORBAN GANGREN, NAIM TAMDJIS Azhael seorang kontraktor telah mendapat kontrak pemuliharaan Istana Seri Menanti. Walau bagaimanapun apabila Azhael mahu pulang melalui jalan lama Bukit Putus bersama teman sekerja Ismet, keretanya telah rosak di tengah jalan. Azhael telah ternampak sebuah istana lama di atas Bukit Putus. Azhael cuba meminta bantuan dan akhirnya dia terperangkap di dalam istana. Berjayakah Azhael dan Ismet melepaskan diri daripada menjadi korban upacara ritual membangkitkan Raja Gangren.