ZulianaSamsudin's Reading List
89 stories
Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)   by KudinaKufazly
Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)
KudinaKufazly
  • Reads 40,890
  • Votes 6,060
  • Parts 63
Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan agama Islam." - Tengku Malik Arsalan. "Semua orang boleh memimpin, tapi tak semuanya layak dan tahu erti memimpin yang sebenar." - Tengku Aisera Qafiyya. Tengku Aisera Qafiyya × Tengku Malik Arsalan. Bersatunya mereka berdua, bukan sahaja sekadar menyatukan dua buah kerabat diraja malah ianya juga ibarat penyatuan dua buah negara Islam yang berpengaruh di dunia. Bermula dari hilangnya seorang Tengku Aisera Qafiyya sehinggalah sesuatu berlaku dan membuatkan Tengku Malik Arsalan dan Tengku Aisera Qafiyya berubah dari semua aspek. Dan beberapa kejadian besar yang berlaku di Emerald dan Alwaritzi turut menguji kecekapan mereka berdua. Fitnah dunia. Propaganda barat. Umat Islam yang ditindas. Negara Islam yang dijajah dan diambil alih oleh barat. Palestin. Mampukah seorang Tengku Malik Arsalan dan Tengku Aisera Qafiyya bertindak? "Kalau negara Arab tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita." - Tengku Aisera Qafiyya. "It's not about Religion but it's about humanity." -Tengku Malik Arsalan & Tengku Aisera Qafiyya.
CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED) by msroses_
CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)
msroses_
  • Reads 2,783,295
  • Votes 82,720
  • Parts 48
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi awal awal lagi dia menolak .. Bagi Maira perkahwinan tu agak tak kena dengan jiwa dia .. Dia sudah bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Termasuk wad tempat kerjanya.. Namun kecederaan yang dialami menyebabkan dia terpaksa berpindah ke unit lain.. Dan, satu peristiwa telah meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan lelaki itu.. Ahmad Firash, pegawai perubatan yang sangat komited dalam kerja..Tapi dari segi kehidupan, dia seorang yang tidak sukakan komitmen. Baginya perkahwinan hanya akan menjadikan dia seorang yang tidak bebas. Kerana itu dia selesa berkawan dengan Syakira. Tapi tak tahu di mana silapnya, kecuaiannya meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan wanita itu.. "Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa?! Jawab Dr Firash! " - Maira "Aku minta maaf staff nurse, aku tak tahu apa dah jadi dengan aku.." - Firash "Akak rasa baik Dr Firash kahwin dengan Maira.. Kalau Maira mengandung macam mana?" - Raihana "Aku akan bertanggungjawab pada kau" - Firash "5 bulan je.. cukup 5 bulan kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya.." - Maira " Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau ni? " - Syakira Takdir.. Sebaik-baik takdir yang Allah dah tulis, siapalah mereka untuk menidakkan..Mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah..Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki..
His Sayang with White Love by AshaaFalizra
His Sayang with White Love
AshaaFalizra
  • Reads 85,330
  • Votes 3,667
  • Parts 109
Takdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka yang matang dan sentiasa menjaga penampilan diri sehingga mampu membuat gadis-gadis terpegun dengan personalitinya, tetapi tidak bagi seorang Athea Izara. Nur Athea Izara, seorang gadis yang sangat dikagumi oleh semua lelaki kerana sifatnya yang sukar untuk didekati walaupun sekadar untuk berbual kosong. "Pandang apa?" -Athea "Pandang bidadari.. Betul lah orang kata, bidadari tu sebenarnya memang wujud." -Faiq "Sorry, ayat tu dah lapuk! Pergi try dekat orang lain lah eh.." -Athea Namun disaat cinta mulai berputik, muncul pula seorang Lily Afina yang pada mulanya hanya sekadar kebetulan. Tanpa disangka, pertemuan yang disangka kebetulan itu sebenarnya menjadikan rancangannya yang selama ini dirancang menjadi lebih mudah. "Aku tak sangka kau dengan dia sekarang. Kau baru nak bahagia ya? Jangan harap aku nak biarkan kau hidup bahagia, Athea!" Dapatkah Faiq dan Athea mempertahankan hubungan mereka? Akankah Faiq setia dan percaya pada Athea atau lebih mempercayai kata-kata seorang Lily Afina?
Dalam Lamunan Kita by hanimiyooo
Dalam Lamunan Kita
hanimiyooo
  • Reads 327,274
  • Votes 19,515
  • Parts 47
Satu kejujuran. Satu pengkhianatan. Itu sahaja yang diperlukan untuk Haider mengubah pemikirannya tentang cinta dan kepercayaan. Hidupnya musnah kerana itu. 'Cinta' adalah benda yang tidak ingin dirasai oleh Haider untuk selamanya. 'Kepercayaan' bukanlah suatu perkataan yang dia akan percayai lagi. Kedua - dua benda ini tidak akan lagi Haider berikan kepada sesiapa untuk selamanya. Sehinggalah, Pada suatu hari, dia mula bermimpi tentang seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya. ⚠️ Anxiety, Depression, Panic Attacks, Disturbing Scenes
[C] FLEUR SOPHIA || THE BEAUTIFUL BEGINNING by nurailirmela
[C] FLEUR SOPHIA || THE BEAUTIFUL BEGINNING
nurailirmela
  • Reads 1,475,496
  • Votes 1,913
  • Parts 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh keluarganya. Sejak dia lahir, tak pernah sekali pun dia pergi ke Malaysia tetapi selepas 14 tahun, dia dan ibu kandungnya berpindah ke Malaysia kerana perkahwinan ibunya bersama dengan seorang jejaka melayu. Bermacam ragam dan perkara yang dilalui oleh Fleur untuk sesuaikan dirinya di tempat baharu tambahan pula dalam sekelip mata sahaja dia sudah dapat 5 abang! Macam mana agaknya hubungan dia dengan abang - abang tirinya?
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C by ssrhdee
Nur Daryssa Dinda: You Broke Me First | C
ssrhdee
  • Reads 653,290
  • Votes 23,141
  • Parts 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "maaf sebab abang tak boleh balas perasaan ryssa" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 Daryssa meluahkan perasaannya kepada lelaki yang sangat dia cintai sejak kecil lagi walaupun pada ketika itu usianya hanyalah 15 tahun manakala lelaki itu berusia 18 tahun. "tapi, boleh ryssa tunggu abang sampai hari lahir ryssa yang ke 18?" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 perjanjian yang dilakukan hanyalah untuk lelaki itu mengelakkan diri daripada bertemu dengan Daryssa lagi. Selama tiga tahun Daryssa sabar menunggu Tengku Qays walaupun perasaan cintanya kepada lelaki itu kian memudar. Kematangannya menyedarkan dia untuk tidak terlalu berharap dengan sesuatu yang bukan milik kita dan kerana itulah dia berjaya untuk menerima kenyataan Tengku Qays mungkin bukan untuknya. Tetapi disebabkan janji yang telah dilakukan 3 tahun dahulu, dia terpaksa tunaikan walaupun sudah tiada lagi harapan dan peluang untuknya. "abang, harini ryssa dah genap 18 tahun, ryssa tunaikan permintaan abang" -𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐧𝐝𝐚 "ryssa maafkan abang. Abang dah bertunang dengan pilihan hati abang" -𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐐𝐚𝐲𝐬 𝐄𝐢𝐫𝐥 apakah kesudahan mereka? adakah takdir akan berpihak kepada mereka? #3-sadromance start: 2/3/2023 end: 8/4/2023
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
DIA PEMILIK HATI [C]
LeannaRose_
  • Reads 5,403,109
  • Votes 201,496
  • Parts 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan German yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose
Arjuna Hatiku | C by MiracleQie_
Arjuna Hatiku | C
MiracleQie_
  • Reads 667,104
  • Votes 19,829
  • Parts 75
[COMPLETE ✔] 🔱Second Winner White Diamond Award - Romance Genre Orang kata, kalau kita terlampau sayang dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi benci... "Opss, maafkan saya encik." - Intan Zulaikha "Hey, tak nampak jalan ke?" - Hafiz Rafael Mereka pernah saling cinta, namun cinta yang terbina diikat tanpa restu. Belum sempat mengecap bahagia musibah pula datang menimpa. Mampukah sisa cinta semalam bertahan hingga ke akhirnya ? Antara kenangan dan masa depan yang mana satu pilihan hati Intan Zulaikha? Kehadiran Iqbal Shafique dalam hari-hari mendatang dalam hidup Intan Zulaikha lain pula ceritanya, mamat sewel yang tak padan langsung dengan tittle Leftenan Jeneral Airforce TUDM namun selalu menyakitkan hatinya. Sungguh dia pening dalam pilihan, yang kanan macam CatDog, yang kiri macam magnet! "Tajam tak?" - Iqbal Shafique "You ni penakut jarum ke? Jet pejuang yang besar tu boleh pulak bawak, jarum yang kecik ni pun you takut!" - Intan Zulaikha ..tapi aku lupa yang orang kata lagi, kalau kita terlampau benci dekat seseorang, nanti lama-lama tukar jadi sayang.. "Jangan nak berdrama kat sini, kan saya dah cakap yang sekali saya sayang, sampai bila-bila pun sayang! " -Intan Zulaikha Siapakah arjuna yang bertakhta di dalam hati Intan Zulaikha? Start : 5 October 2018 End : 28 Jun 2019
My Princess by Nuru1_1man
My Princess
Nuru1_1man
  • Reads 613,371
  • Votes 15,402
  • Parts 67
Putri Aisyah- Namanya cantik sama seperti embun badannya. Aisyah yang berumur 23 tahun. Perangai Aisyah yang manja seperti budak 5 tahun amat merimaskan sesiapa saja. Manja yang tidak boleh di tengking. Sentiasa ingin melekat. Yang lagi hangat, Asiyah jatuh cinta pandang pertama kepada seorang lelaki iaitu abang kawan baiknya sendiri. Ke mana lelaki itu pergi di situlah ada bayang Asiyah. Siapa sangkah akhirnya dia di jodohkan dengan lelaki idamannya. Perkawinan yang di rancang oleh keluarga mereka. Luth Zafran- Lelaki yang beku. Senyuman mati mengikut jejak kekasihnya. Percintaan yang telah terbina hampir 3 tahun musnah hanya kerana kekasihnya lebih mengejarkan cita-cita. Hubungan mereka putus begitu saja. Luth Zafran masih setia menunggu kepulangan cinta hatinya. Dia benci akan perempuan yang bernama Aisyah. Perempuan yang langsung tidak ada rasa malu. Perempuan yang sangat menjengkelkan. Semakin dia menjauhi semakin Asiyah mendekati. Dia mula memberontak saat di perkawinkan dengan Aisyah. Hatinya tidak boleh menerima kerana ada nama seorang masih tertulis utuh di tangkai hatinya. Namun desakan ibu bapanya membuatkan dia akhirnya bersetuju. Perkawinan terpaksa bagi Luth Zafran namun bukan untuk Aisyah. Sungguh itu adalah impiannya. Pelbagai rancangan untuk memikat hati suaminya. Luth Zafran yang mulanya berasa rimas bertukar kepada sayang. Baru saja dia mula membuka hatinya buat sang isteri. Datang pula cinta hati pertama Luth Zafran membuatkan hatinya tersesat buat seketika. Siapa yang menjadi pilihan Luth Zafran. Isterinya atau bekas kekasihnya? " aisyah terima semua keputusan abang. Asalkan abang bahagia sudah cukup buat asiyah"- Putri Aisyah "kau jangan mengedik sangat boleh tak? Aku rimaslah"- Luth Zafran "su minta maaf. Bagi su peluang sekali lagi"- Suraya Apakah akan terjadi? Siapa pilihan hati Luth Zafran? Putri Aisyah? Atau Suraya?
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓  by Drizellla
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Drizellla
  • Reads 3,143,420
  • Votes 127,345
  • Parts 72
𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠.𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐞𝐤𝐨𝐫 '𝐌𝐚𝐫𝐢𝐩𝐨𝐬𝐬𝐚' 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐛𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐣𝐚, 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐛𝐚 𝐝𝐢𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚... 𝐏𝐞𝐝𝐢𝐡, 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐬𝐮𝐤 𝐝𝐮𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐃𝐢𝐩𝐚𝐠𝐚𝐫 ,𝐝𝐢𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢.