girangfashali
- Reads 1,988
- Votes 340
- Parts 20
HITAM. Satu perkataan paling sinonim dengan Khalish Adam, seorang pemuda yang hidupnya jadi berantakan hanya kerana dia cuba mencari sebuah kebenaran.
Dia pernah menginginkan pelangi tetapi taufan hebat memusnahkan asanya. Di sebalik penampilan luar yang kasar dan sikap tidak peduli, ada jiwa sakit dek derita yang kian memamah diri.
"Kau nak hidup macam mana? Rumah, kereta, bil-bil semua siapa nak bayarkan? Simpanan kau banyak mana sangat? Dah habis nanti, kau nak duduk bawah jambatan?" - Yeop Pudin
"Biar saya ikut sekali. Saya pun nak bacakan al-Fatihah dan Yaasin. Biar bertambah satu doa lagi buat arwah. Mudah-mudahan arwah akan lebih tenang di alam sana." - Irsa Kaleela
"Jangan biarkan dendam mempermainkan kita, Khalish." - Hayfa
Yeop Pudin sentiasa sedia untuk membantu. Irsa Kaleela dan Hayfa pula muncul dalam hidupnya tanpa disangka. Mereka cuba menuntun Khalish menyusun semula rentak langkah, mencari apa yang hilang, menamatkan pencarian dan memadamkan dendam lama.
Mampukah Irsa dan Hayfa membawa warna indah ke dunia hitam Khalish?
Siapakah yang dapat mengembalikan pelanginya?
Selamat berkenalan dengan Khalish. Mungkin kekusutannya berjaya kalian leraikan. 😊