Romance or Cinta
5 stories
Seif Hayyaz ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 547,473
  • WpVote
    Votes 17,956
  • WpPart
    Parts 73
"Untuk hatimu ku kan bertahan,sebentuk hati yang ku nantikan.." Menggantikan tempat adik kembarnya dalam hidup NurAnyz Syaheera bukanlah satu perkara yang mudah.Bagi Seif Hayyaz,itulah perkara yang paling sukar pernah terjadi dalam hidupnya. Bukan niat di hatinya untuk merampas tempat di hati NurAnyz namun sudah takdir yang mengatur begitu.Seif Haffaz menghembuskan nafas terakhir di usia muda dan perkara itu sukar untuk diterima oleh NurAnyz,isterinya yang juga merupakan bekas tunang kepada arwah adiknya itu suatu ketika dulu. Walaupun sudah lama pemergian Seif Haffaz,namun cinta di hati isterinya itu masih belum terkubur buat adiknya.Jadi apa gunanya dia sebagai seorang suami jika dia dianggap seperti orang asing di dalam rumah itu. Kebencian NurAnyz terhadap dirinya semakin bertambah apabila dia dituduh menjadi punca kematian Seif Haffaz. "Awak jangan nak tunjuk baik depan saya boleh tak? Kalau bukan sebab awak,Haffaz takkan mati!" - NurAnyz "Kenapa tak buka tudung? Bukan ada sesiapa pun dalam rumah ni?" - Seif Hayyaz "Awak ada,sebab tu lah saya pakai" -NurAnyz Siapalah dia untuk mengubah hati manusia,dia tak boleh nak paksa isterinya untuk jatuh cinta terhadapnya.Jadi dia perlu bersabar dan terus bersabar.Tapi sejauh mana kesabarannya boleh ditahan? Mampukah dia untuk menjaga amanah dari arwah adiknya untuk menjaga NurAnyz?
Sekali Lagi Mencintaimu ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 249,978
  • WpVote
    Votes 8,081
  • WpPart
    Parts 34
Haziq Isyraf,seorang lelaki yang berperwatakan kasar dan ganas.Darah kacukan Melayu -Siam yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia digilai ramai.Namun dia seorang yang bebas dan suka berfoya bersama rakan-rakannya.Dek kerana itu, dia langsung tidak memikirkan tentang 'perempuan' atau 'kekasih' atau 'isteri' meskipun umurnya sudah mencecah 25 tahun.Apa yang penting,dalam hidupnya perlu ada keseronokan! Bagi Ayra Sophilia,dia memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami dengan segera!Bukan kerana terdesak tapi sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi nak dengar Geng Makcik Bawang bersuara setiap kali dia pulang ke kampung.Dia sedar,angka 30 memang sudah lewat benar untuk berkahwin bagi seorang perempuan.Bukan dia tak fikir tentang kahwin dan sebagainya,tapi mungkin dulu dia terlalu sibuk menguruskan kerjayanya sehingga lupa untuk mencari teman hidup. Pertemuan di antara Ayra Sophilia dan Haziq Isyraf secara tidak sengaja membuatkan Ayra tertarik dengan lelaki itu.Lelaki yang di matanya agak 'cool' dan bersahaja itu membuatkan dirinya mula menyusun strategi untuk mendapatkan sekeping hati milik Haziq Isyraf.Biarlah dikatakan perigi mencari timba sekalipun,dia tak kisah! Apa yang penting,dia perlu memikat Haziq! "Apa kena dengan kau ni? Punyalah banyak kerusi lain,apahal nak duduk sini jugak?" -Haziq Isyraf "Sebab saya nak duduk dengan bakal suami saya" - Ayra Sophilia "Siapa pulak bakal suami kau?" - Haziq Isyraf "Awaklah!" Ayra Sophilia Setelah apa yang dikejari kini sudah berada di depan kata,ternyata Haziq Isyraf bukanlah seperti lelaki yang disangkakan! Indah kho9abar dari rupa,ya benar! Setelah kesetiaan ditaruhkan terhadap perkahwinan mereka,satu persatu rahsia tentang suaminya terbongkar. highest ranking : #18 short story started:29/4
ᴋᴜᴘɪʟɪʜ ʜᴀᴛɪᴍᴜ (BUKU TERBIT) by Amyra_Aimi
Amyra_Aimi
  • WpView
    Reads 23,918
  • WpVote
    Votes 715
  • WpPart
    Parts 15
Kupilih Hatimu © 2020 published with DEAR NOVELS RM24 (SM) / RM27 (SS) Segalanya dirancang demi mencari ketenangan buat seketika. Tanpa diduga, Sara Raihana rupanya ditipu oleh kawan baiknya sendiri. Dia jadi buntu dan hilang arah di negara orang. Pertemuan dengan Harraz Danial yang juga dari Malaysia memberinya semangat dan harapan baru. Mana mungkin dia lupa senyuman nakal itu. "Apa kata awak jadi maid saya?" "Ha? Maid awak?" "Ya, pembantu rumah. Awak setuju tak ni?" Harraz Danial tidak tahu ada rahsia yang selama ini disimpan Sara Raihana. Penipuan itu terbongkar setelah kehadiran sepupunya, Lukman Arez, yang dalam diam turut menaruh hati kepada Sara Raihana. Harraz memilih untuk membuang terus gadis itu daripada hidupnya buat selamanya. Hanya kerana ego dan cemburu, menyebabkan Harraz tidak mampu berfikiran waras. "Get lost!" "Baiklah, saya akan pergi dari sini. Saya janji yang saya takkan tunjuk muka saya ni depan awak..." Namun, Allah sudah merancang pertemuan semula antara mereka. Di Malaysia, di rumah Sara Raihana juga. Kerana Harraz Danial bakal mengahwini kakak tirinya, Fira Rose.
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,717,294
  • WpVote
    Votes 179,399
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
Mr Ego Mrs Cinta✔ by AmelinaLyn
AmelinaLyn
  • WpView
    Reads 662,662
  • WpVote
    Votes 14,973
  • WpPart
    Parts 50
"Kenapa pulalah aku kena kahwin dengan perempuan kampung macam kau ni?" - Tengku Kailif Amsyar "Eh, awak ingat saya teringin sangat ke nak berkahwin dengan bapak singa macam awak? Euw, please lah!" - Ijati Medina 'Aku akan pastikan kau menyesal sebab setuju jadi isteri aku, dasar perempuan gil*..' getus hati Tengku Kailif Amsyar penuh dendam. >>>>>> "Wei, minah senget. Aku ada buat satu perjanjian untuk perkahwinan kita nanti," ujar Tengku Kailif sambil menjeling tajam ke arah Ijati yang sedang leka. "Eh, perjanjian apa pula tu?" Soalan itu meluncur laju dari bibir Ijati. Sebelah keningnya diangkat tinggi, meniru gaya ikonik ala-ala Ziana Zain. "Nantilah, aku bagi dokumen tu lepas kita dah sah kahwin. Dan make sure, rahsia ni antara kita berdua sahaja. Kalau sampai ada orang lain yang tahu... siap kau. Aku akan kerjakan kau cukup-cukup. Faham?!" ugut Tengku Kailif tegas. Tangan sasa itu naik membetulkan rambutnya, cuba berlagak macho di hadapan bakal isterinya. 'Eleh, nak berkahwin pun siap ada syarat bagai. Leceh betul la mamat singa ni!' rungut Ijati di dalam hati sambil menjulingkan mata ke atas. Apakah yang sebenarnya telah berlaku sehingga mengubah seorang Kailif menjadi lelaki yang begitu dingin dan panas baran? Mampukah kehadiran Ijati Medina meruntuhkan tembok keegoan lelaki itu? Dan siapakah pula Adila Maira? Apakah hubungan masa lalu wanita itu dengan Kailif yang masih belum selesai?