liawafa's Reading List
12 stories
Takdir Yang Istimewa by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 180,428
  • WpVote
    Votes 5,681
  • WpPart
    Parts 52
1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yang berlainan ibu bapa. Tengku Farahani sedikit teruja apabila mendengar khabar bahawa Afiq Naufal akan pulang ke Malaysia. Setelah 3 tahun dia tidak berjumpa lelaki itu. Kalau disuruh jujur, dia akan mengaku yang dia memang rindukan Afiq Naufal. Di usia 24 tahun, Tengku Farahani akan berkahwin dengan tunangnya iaitu Azri. Tengku Farahani memilih tarikh lahirnya sebagai tarikh untuk dia diijab kabul. "Kenapa kau pilih tarikh lahir kau sebagai hari kau nikah? Kau lupa ke tarikh lahir kita sama? Takkanlah setiap kali birthday kita, aku kena ingat tarikh anniversary kau sekali?" -Afiq Naufal. Kepulangan Afiq dari Perth bukan saja memberi kegembiraan buat Tengku Farahani. Tetapi membawa nasib malang. Tengku Farahani terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada Afiq Naufal sehingga menyebabkan gadis itu lumpuh. Ditinggalkan oleh tunangnya sendiri membuatkan Fara membenci Afiq Naufal. Bagi Tengku Farahani, Afiq Naufal punca Azri tinggalkan dia. "Kalau dia taknak jaga kau, biar aku yang jaga kau," -Afiq Naufal. "Aku dah benci kau Afiq. Kau ingat aku nak ke terima kau?"- Tengku Farahani. Afiq Naufal tak kisah. Asalkan dia dapat tebus semula segala kesalahannya. Dia punca Tengku Farahani lumpuh. Dia mahu bertanggungjawab. Dia akan menjaga Tengku Farahani. "Kalau kau kahwin dengan Fara, macam mana dengan Lydia? Macam mana dengan janji kau pada Lydia?" -Eriq Haiyan. Lydia Qairina, kekasih Afiq di Perth. Sudah 3 tahun dia bercinta dengan Lydia. Tetapi setiap kali memikirkan tentang Fara, buat dia rasa bersalah. Dia sanggup korban hatinya. Tapi mampukah Fara menerima Afiq? Jika Afiq berkahwin dengan Fara, bagaimana pula dengan Lydia?
Saat Hati Memilih | [C]  by aechooosis
aechooosis
  • WpView
    Reads 408,966
  • WpVote
    Votes 15,459
  • WpPart
    Parts 86
[1st karya aechooosis] [3rd series] Aaysha Haura hanyalah seorang gadis yang hidup dalam bayang-bayang masa lalunya sendiri. Setiap hari, dia menyulam luka yang tidak pernah kering, cuba bernafas dalam sesak trauma yang tiada penghujung. Baginya, dunia hanyalah sebuah tempat yang sepi dan dia hanya mahu terus bersembunyi. Namun, takdir memaksa dia melangkah keluar dari kesunyian apabila Aaric muncul dalam hidupnya membawa rasa selamat yang dia dambakan selama ini. "Kenapa awak begitu sabar?" - AAYSHA HAURA Aaric lelaki yang tidak memaksa. Dia tidak menjawab dengan janji. Tapi dia menjawab dengan prinsip. "Sebab perempuan yang dipaksa memilih, mungkin ikut. Tapi perempuan yang memilih sendiri, dia akan jaga pilihannya." - AARIC CARL VOGT Perkahwinan mereka bukan lahir daripada paksaan, tetapi daripada kepercayaan yang dipilih dengan sedar. Namun, tidak semua orang mampu melihat bahagia orang lain tanpa mahu merosakkannya. "Kau nak apa sebenarnya?" - AARIC CARL VOGT "Saya tak nak apa-apa pun. Saya cuma tak sanggup tengok lelaki yang percaya sepenuh hati dipijak tanpa sedar." - CAMELIA DALIYA Fitnah tidak datang dengan jeritan. Ia datang dengan ayat yang kelihatan ikhlas, dengan senyuman yang kononnya mahu melindungi. Dan ketika cerita buruk mula berbisik di sekeliling mereka, Aaric hanya meminta satu perkara... "Kalau suatu hari Aaysha dengar cerita buruk tentang abang, Aaysha pilih untuk percayakan abang boleh?" - AARIC CARL VOGT Namun, kebenaran tidak pernah datang tanpa harga. "Apa yang you nampak hari ni, bukan untuk runtuhkan rumah you. I cuma ketuk dinding. Biar you sendiri dengar bunyinya." - MARISSA Setiap pendedahan menguji luka lama. Setiap keraguan menguji cinta yang dibina. Dan pada akhirnya, mereka sedar, cinta bukan tentang menutup mata, tetapi tentang memilih untuk percaya walaupun mata melihat terlalu banyak. "Dulu hidup kita penuh dengan 'kalau'. Tapi sekarang kita hidup dengan satu je, 'sebab'. Sebab kita percaya." - AARIC CARL VOGT
NYCTOPHOBIA by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 949,751
  • WpVote
    Votes 15,707
  • WpPart
    Parts 19
Hayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain. Hayla tahu dia tak boleh lari dari mengikut aje adat resam keluarga, tapi dia juga ingin bahagia. Tapi angannya punah saat dia kenal siapa sebenar Kiff. Hati lelaki itu terlalu keras untuk menerimanya sebagai seorang isteri. Hayla juga ada kepala angin. Dia anak Carl Danial, tokoh tersohor di dalam kalangan usahawan perniagaan. Dia bukan orang biasa-biasa yang maruahnya senang diinjak-injak. Lantas dia minta dirinya dilepaskan. Kiff setuju. Tapi bersyarat. "Kau ada pilihan. Samada nak stay atau blah. Tapi kalau kau nak blah, aku bagi kau 2 jam untuk kau prepare untuk lari. But after 2 hours, kalau aku jumpa kau, your life is mine. Aku boleh buat apa aje yang aku nak." -Kiff "And what if you tak jumpa I after 2 hours?" - Hayla "I'll do what ever you want." - Kiff Persoalannya, mampukah Hayla lari? Dan jika tidak, apa yang akan Kiff lakukan padanya? Jika ya, apa yang Hayla akan minta? Amaran : Di sini, perkataan yang digunakan lebih keras dari buku-buku saya yang biasa. Keganasan rumah tangga juga diselitkan.
BEHIND THE SCREEN | EDITING by quainsha
quainsha
  • WpView
    Reads 14,805
  • WpVote
    Votes 708
  • WpPart
    Parts 67
KIERAN || NARISHA Di balik satu skrin, dua jiwa bertembung - tanpa mereka tahu, mereka saling membawa luka yang dalam. Kieran Nathrix, atau dikenali sebagai Kaif Kadeen Najj.. lelaki bermata biru - kelam, penuh rahsia, dan dihantui sisi dirinya yang dia sendiri tidak mampu kendalikan. Dunia hanya mengenal wajah tenangnya... sedangkan hakikatnya, dia menyimpan kegelapan yang mampu menghancurkan sesiapa saja. Nur Ain Narisha, gadis yang tampak bahagia di mata dunia. Senyumannya indah, ketawanya menenangkan. Tapi di balik semua itu, tersimpan luka lama yang dia kunci kemas dalam diam. Pertemuan mereka bukan kebetulan. Di antara tawa dan bicara, tersembunyi rahsia yang mampu mengubah segalanya. Di sebalik skrin itu, siapa sebenarnya mangsa... dan siapa sebenarnya pemangsa? Dalam dunia penuh kepura-puraan, adakah mungkin cinta bertahan... atau akhirnya hanya tinggal serpihan. "Di balik senyuman, ada luka. Di balik skrin, ada pengkhianatan." ⚠️ Dilarang meniru karya saya! ⚠️ Ada penggunaan bahasa kasar. start : 26.3.2025 end : 26.9.2025
TWISTED REVENGE (C) (In-editing) by VeilObsidian
VeilObsidian
  • WpView
    Reads 1,492,832
  • WpVote
    Votes 2,635
  • WpPart
    Parts 4
(Mengandungi kesalahan tatabahasa, kosa kata, grammar dan typo yang belum diedit) ----- Kerana benci, dia yang tidak berdosa menjadi mangsa. kerana dendam, harga dirinya diragut paksa, Kerana cinta, dia rela mengalah. TIARA SAZEEHA, gadis bisu dari kampung yang kehilangan kedua ibubapanya dalam kemalangan. diambil oleh ibu saudaranya hidup bersama di bandar Kuala Lumpur mengenangkan tinggal dia sebatang kara. Kehadirannya disambut baik oleh keluarga kaya itu meskipun dia cacat suara. Namun hari hari cerahnya bertukar gelap sejak kedatangan lelaki bermata hijau dan bertatu itu. "So what? Berapa harga maruah kau dan keberanian kau untuk gugurkan budak itu? Just say it, i will double the amount" Tengku Leo Iraez D'Alviero. Tiara buntu mencari pertolongan, dia bisu, miskin dan yatim piatu. Siapa saja yang akan percaya akan kejujurannya? Mustahil akan ada yang percaya kalau dia bilang dia telah di aniaya. "Pandang abang, Tia. Abang janji akan bertanggungjawab atas apa yang jadi pada Tia, Kita akan hadapi ujian ini sama sama" Tengku Isma Hamri D'Alexsandro. Melihat sepupu sekaligus musuh ketatnya itu maju dengan yakin mengatakan kalau dialah ayah kepada anak dalam kandungan Tiara. Hati Tengku Leo mengeledak panas. Bukan kerana Tiara, tapi kerana sikap Tengku Isma yang sentiasa menjadi hero di depan mata semua orang. Muak! Benci! "Aku takkan benarkan kau dapat segala-galanya, Isma. Aku akan rampas satu satunya dunia kau dan buat kau hancur!" Dan Tengku Leo tahu, Tiaralah dunia Tengku Isma. Renungan Tengku Isma setiap kali menatap Tiara menjadi jawapan kukuh untuknya menggunakan gadis tak bersalah itu tempat pelempias dendam. Untuk itu dia nekad merampas Tiara dari Tengku Isma. "Lepas bayi itu lahir. Aku akan ceraikan kau. Faham?" Tengku Leo. #1 in bisu 27/3/25 #1 in fiction 27/4/24 #1 in dendam 6/8/24 #2 in romance 8/8/24 #1 in funny 1/10/24 ⚠️Bacaan Dewasa ⚠️Bahasa santai credit to : Terinspirasi dari The Silent Marriage from @user69540117
PLAYBOY PALING SWEET [C] by theycallmeAzaleaRose
theycallmeAzaleaRose
  • WpView
    Reads 713,901
  • WpVote
    Votes 24,488
  • WpPart
    Parts 43
Characteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Chameleon boy. 5. Broken promise. 6. Mr. Future. Hmmm, memang kena sangatlah characteristics itu dengan seorang lelaki yang bernama Eshan Mikhael. Bak kata Maryam Almassyifa, dasar buaya darat tembaga tua! Semua perempuan ingin disapunya. Dijodohkan oleh keluarga, membuatkan mereka berdua tidak henti-henti bertikam lidah. Lagi-lagi si gadis itu ialah Maryam Almassyifa, jangan haraplah dia mahu menyerah kalah. "Apa main pegang-pegang tangan orang ni? Saya tak suka buaya darat tembaga macam awak sentuh-sentuh saya. Sila berdiri lima meter jauh dari saya. Kalau nak jauh lagi, satu kilometer." Kena pula dengan calon ayahnya, si Eshan Mikhael, typical international playboy. Pervert! "Kau hak aku dan kau milik aku. Jadi apa masalahnya? Aku nak peluk kau ke, cium kau ke, suka hati akulah. Lebih daripada tu aku boleh buat sebab kau isteri aku yang sah." Perkahwinan tanpa cinta, bertahankah?
Kau Milik Ku (✔)  By Anaa by anaa_1992
anaa_1992
  • WpView
    Reads 1,637,942
  • WpVote
    Votes 23,816
  • WpPart
    Parts 55
Kylia tak menyangka yang hidupnya akan begini. Daniel ingin menuntut apa yang sepatutnya menjadi miliknya. ******** Kylia meneruskan langkah kakinya kembali dan sekali lagi dia dapat mendengar bunyi derapan kaki. Kini dia pasti ada orang lain di taman ini. Dia cuba memberanikan diri menyoal kepada angin yang berhembus. "Siapa?" Kylia memandang di sekeliling taman di villa itu. Suasana yang senyap menenangkan tapi ia juga boleh menjadi suasana yang mengerikan. Tiba-tiba suara jeritan Kylia bergema satu taman. "Diam, ini aku, kau kenal kan?" Sepasang mata itu menilik sosok tubuh kecil itu. Mulutnya di tekup supaya Kylia tidak terus menjerit. ******** BACAAN DEWASA*** Hanya buat kisah dewasa, jadi jangan pernah sesekali singgah sini jikalau rasa mental dan iman tak kuat. Sayang semua dah cukup dewasa untuk memikir tentang dosa masing-masing kan? 😉 Oh! Cover ambil di google, credit to owner, if that was your picture. Kindly DM me, i will change it.
Isteri Yang diBeli by SilaAbaikanAccIni
SilaAbaikanAccIni
  • WpView
    Reads 6,146,441
  • WpVote
    Votes 153,183
  • WpPart
    Parts 38
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginya, perempuan hanyalah tempat untuk dia puaskan nafsu. Petik sahaja jari, pasti wanita akan beratur untuk melayaninya. Dengan rupa dan harta yang ada, dia mampu membuatkan sesiapa sahaja tunduk hormat padanya. Ya! Dialah Adam Mikhail. Seorang lelaki berhati batu yang sentiasa mahu kehendaknya dipenuhi. Namun takpernah dia sangka yang dia akan dimalukan oleh seorang gadis kampung. Raihana Batrisya, cintanya ibarat dipijak-pijak oleh Taufiq apabila tunangnya itu sanggup 'menjualnya' pada Adam beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan mereka. Dasar mata duitan! Sudahlah dia anak yatim piatu, dianiaya pula. Maruahnya hilang sebaik sahaja dia sah menjadi isteri Adam. Nama saja isteri, tapi layanan Adam terhadapnya adalah seteruk hamba. Raihana dijadikan tempat melempiaskan nafsu dan amarahnya sahaja. Akad yang terlafaz dengan dendam, Mahligai yang dibina dengan kebencian, Perkahwinan yang dihiasi dengan keperitan dan kesakitan, Mungkinkah masih ada sinar harapan? Start: 19 Oct 2016 End: 07 Dec 2016 Achievement: -1 in Random -2 Romance