[ The Best Ever ]🦄💜☔
29 stories
ASAM PEDAS UNTUK DIA (TERBIT) by NureenMirza
NureenMirza
  • WpView
    Reads 99,403
  • WpVote
    Votes 3,259
  • WpPart
    Parts 36
Aku Ainin Sofiya, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri. Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripa pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!
Biniku Fashionista? by ahsyahirah
ahsyahirah
  • WpView
    Reads 54,480
  • WpVote
    Votes 1,480
  • WpPart
    Parts 49
Sebuah perkahwinan tanpa rela antara, Nadhirah -seorang gadis kampung (anak keluarga berada tapi dibesarkan oleh nenek) yang tidak terdedah dengan dunia fashion . dan Fikri- CEO syarikat majalah fashion dan berasal dari keluarga yang kaya. perkahwinan tidak jadi antara Fikri dan kakak sepupu Nadhirah telah mengubah seluruh hidup Nadhirah. Akibat tidak tahan dengan kritikan Fikri terhadap dirinya, Nadhirah tekad untuk berubah . Perubahan Nadhirah membuatkan Fikri bertambah bimbang apabila Nadhirah berjaya mendapat perhatian jejaka-jejaka di luar sana. Apatah lagi bila Nadhirah telah dipilih sebagai Model majalah Fashionista milik syarikatnya atas undian ramai pihak pelabur syarikat . Adakah Fikri berjaya memikat semula hati isteri yang pernah disakiti oleh dirinya sendiri?
Maryam Haura (Ebook) by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 716,624
  • WpVote
    Votes 5,911
  • WpPart
    Parts 13
MARYAM HAURA - Dia seorang gadis yang berasal dari golongan tidak berharta. Miskin! Seringkali dipandang serong kerana hidupnya yang serba kekurangan. Memang benar dia miskin. Kehidupannya juga tidak indah. Harga dirinya tercalar gara-gara lelaki yang tega memusuhinya disebabkan hal yang tidak masuk akal.. ZAYYAD AMSYAR -Entah mengapa gadis seusianya yang diberi nama Maryam Haura itu begitu dibenci olehnya. Padahal tiada silap yang gadis itu lakukan padanya. Barangkali juga kerana status yang dipegang gadis itu yang tidak setaraf dengannya, miskin! Dia jadi benci. Berawal dari Alasan itu dia mula menyakiti gadis itu. Memamah habis harga diri gadis itu sehingga tidak tersisa apa-apa. BACAAN MATANG!
Mrs. Aidan: My Little Bride by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 6,164,509
  • WpVote
    Votes 140,745
  • WpPart
    Parts 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bila abang panggil, menyahut! Bila abang cakap pandang mata abang!" Aidan menguatkan cengkamannya pada lengan Tasnim. Berkerut muka Tasnim menahan sakit. "Sekarang pandang mata abang. Tell me why are you doing this?" Mata Tasnim berkaca. Bibir diketap menahan sebak. "I love you abang..."Tasnim menunduk. Cincin di jari manis Aidan direnung. "But you are not mine." Tangisan pecah. Aidan terkedu. Silapnyakah? 🌼🌼🌼 A promise meant to be broken. Apabila janji tersebut dimungkiri, siapakah yang harus dipersalahkan? "Something told me i'm gonna love you forever"
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,534,088
  • WpVote
    Votes 257,001
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
PAWKY by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 691,325
  • WpVote
    Votes 24,695
  • WpPart
    Parts 58
Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama Hasha Irdina Qaisara. Lemah betul bila kena cari duit sendiri tanggung perbelanjaan hidup seorang mahasiswa. Itu belum lagi bila telefon dia berdering... Hadha yang sering mencari dia dan hanya tahu meminta duit. Sakit kepala dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik Hasha ada sahabat baiknya, Eddy. Kawan merangkap teman rumah yang sangat memahami dan masak benar dengan masalah yang dihadapinya lagi-lagi apabila melibatkan Hadha. Masa dia tengah melangut dalam dunia sendiri dimana pensyarah tengah membebel di depan menyampaikan ilmu dia mendapat idea. Idea yang tidak masuk akal tapi masih lagi boleh diterima akal. Apakah idea Hasha? Pawky yang didefinisikan sebagai sly, cunning dalam bahasa Inggeris akan memaparkan watak sisi nakal, pelik dan unik Hasha Irdina Qaisara. Telatahnya yang cuba mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa cara sekalipun. Aduhai, risau dibuatnya. Adakah idea Hasha itu akan memakan dirinya? Nantikan... Jangan lupa letakkan Pawky dalam READING LIST! Dan, FOLLOW setiap bab yang akan diPUBLISHkan di WATTPAD!
Mr Devil, Mr Hero by AnnaSANBA
AnnaSANBA
  • WpView
    Reads 6,402,646
  • WpVote
    Votes 191,861
  • WpPart
    Parts 76
"Awak, saya nak balik.." rengek Sophia. Adam tersenyum sinis. "No. Kau akan tinggal sini. Selama-lamanya," sejurus itu pintu bilik di hempas kuat lalu di kunci dari luar. Sophia dengan panik berlari menuju ke pintu. "Awak! Buka pintu! Saya nak keluar awak! Open the door! Ayah! Keluarkan Sophia dari sini!" Namun tiada siapa yang membukakan pintu. Akhirnya Sophia pasrah, dia bersandar di pintu dan dengan perlahan dia duduk. Dia masih menangis, wajahnya di tutup dengan kedua tapak tangannya. Dia kecewa dengan Encik Husain kerana menjualnya kepada lelaki yang tidak dikenalinya langsung. Lelaki yang akan merubah hidupnya!
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,075,310
  • WpVote
    Votes 154,088
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
Kerana Adam Iskandar by jojobentelis
jojobentelis
  • WpView
    Reads 2,748,442
  • WpVote
    Votes 89,774
  • WpPart
    Parts 83
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik sekolah dengan Ilmu, tidak pula pada Hariz yang pulang dengan surat gantung sekolah. ----- Alya pengawas yang ayu. tapi Inside out dia sangatlah lain. Inside dia seperti kucing yang berang apabila ditarik ekornya. ( peribahasa sendiri) akibat itu, Alya dibenci semua pelajar yang pernah terkantoi beberapa kali oleh cikgu semuanya disebabkan Alya. Carta list murid yang benci Alya termasuklah Athirah , kekasih Hariz. ---- Akhirnya dendam Athirah berbalas apabila Alya terjerat dalam perangkapnya. Tetapi jerat itu juga telah memakan dirinya apabila Hariz terbabit.
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘 | COMPLETED by fancyfroy
fancyfroy
  • WpView
    Reads 1,420,454
  • WpVote
    Votes 51,030
  • WpPart
    Parts 79
(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego dan sifat angkuh sentiasa bermaharajalela, bagaikan sudah sebati dalam dirinya. Dia lelaki sombong yang sangat anti pada perempuan. Namun, dia juga lelaki yang punya nafsu. Nafsunya terhadap seorang perempuan telah mengubah segalanya. Dan kini, dia ingin menagih kembali cinta gadis itu. 𝐌𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐚 Seorang gadis yang berhati mulia. Hatinya telah dihancurkan pada mulanya. Namun, dia tetap mencintai lelaki itu. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja buat lelaki itu. Akhirnya dia sedar bahawa lelaki itu hanya mempermainkannya. Dirinya yang dahulu bukanlah yang sekarang. Dia pergi membawa diri bersama nyawa lain yang mulai membesar di dalam perutnya. "Saya sayangkan awak, Adam. Tapi, kenapa awak buat saya macam ni? Sampai hati awak mainkan perasaan saya." "Eh perempuan, cuba kau cermin diri kau tu. Layak ke kau nak bercinta dengan aku? Aku lebih rela matilah daripada bercinta dengan kau." "Maira, saya cintakan awak. Saya yakin yang saya boleh bahagiakan awak. Sudi tak awak jadi peneman hidup saya?" S T A R T E D : 15 | 07 | 2016 E N D E D : 04 | 06 | 2018 Highest ranking - #01 in Teen Fiction [27/02/2019]