amirahqash's Reading List
3 stories
SERIBU RINDU by IdeaKreatif
SERIBU RINDU
IdeaKreatif
  • Reads 2,552
  • Votes 51
  • Parts 5
Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya. "Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni." Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami. "Eh! mana tahu bilik yang mana satu." Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius. "Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?" Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram. Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya. "Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah." - Airel "Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik." - Irfan. Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan? Pesanan Sudah dibuka.. Klik link dibawah untuk pembelian http://ideakreatif.net/book.details.php?id=121
Abangku, Suamiku!   by safikah_rohiman
Abangku, Suamiku!
safikah_rohiman
  • Reads 1,527,359
  • Votes 33,095
  • Parts 74
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. Tetapi dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Lelaki itu adalah Irfan. Satu rahsia yang tidak pernah diketahuinya menyebabkan hatinya terseksa. Di sebabkan rahsia itu juga,dia terpaksa berkahwin dengan Irfan. Lama-kelamaan,Alisya telah jatuh cinta terhadap Irfan. Sikap Irfan yang sentiasa mengambil berat terhadapnya dan sentiasa mengusiknya menyebabkan hati dia tertarik dengan Irfan. " Hai sayang,masak apa tu?" -Alif Irfan " Masak kari kepala Irfan," -Puteri Alisya Siapa Irfan sebenarnya? Adakah irfan juga mencintai Alisya? Adakah mereka akan kekal selamanya ataupun sebaliknya? Kalau nak tahu Abangku, Suamiku! ada jawapannya.
Isteri Untuk Disewa by karyaseni2u
Isteri Untuk Disewa
karyaseni2u
  • Reads 121,251
  • Votes 1,302
  • Parts 5
Tajuk: Isteri Untuk Disewa Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-60-4 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there. Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat. “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan. “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik. “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup. Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?