tinta <3
20 stories
1. Hello Miss Devil. by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 264,064
  • WpVote
    Votes 21,410
  • WpPart
    Parts 90
Nama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kecil hingga la menginjak remaja, hidupnya umpama cengkerang lama menunggu masa untuk pecah. Sebab kebanyakan orang disekeliling seakan mahu melihat dia susah. Sampailah suatu masa, muncul seorang jejaka yang tak terduga jalan ceritanya bertembung dengan laluan sama seperti Airis. Nak tahu bagaimana kisah hidup Airis Ariana? Marilah singgah baca to say Hello Miss Devil! Mac 2019
2. Love The Way You Lie by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 191,558
  • WpVote
    Votes 13,457
  • WpPart
    Parts 81
Like a bird in the golden cage. Itu gambaran hidup seorang Zara Delisha. Seperti kisah Bawang Merah dan Bawang Putih adalah perjalanan hidup Zara yang di anak tirikan bapa kandung sendiri kerana ketamakan orang tuanya. Seperti Rapunzel yang menanti Sang Putera datang menyelamatkan dirinya, Zara Delisha tidak menyangka adanya Daniel Lee yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain namun sudi untuk berada di sisinya dan mengharungi bersama liku-liku hidupnya. Umpama isi dan kuku, Sarah dan Zara tidak pernah berpisah, namun disebabkan satu insiden hubungan mereka porak peranda. Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Ikuti siri kehidupan Zara Delisha bersama Encik Nerd kesayangannya Daniel Lee di dalam Love The Way You Lies! Ogos 2019
3. Prince Charming Untuk Clumsy Cinderella by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 237,249
  • WpVote
    Votes 14,803
  • WpPart
    Parts 78
Cinderella sebenar hilang kasut kaca dia. Tapi Hana Delisha hilang surat cinta dia. yang sepatutnya diserahkan kepada crush sejak tahun pertama dia. ********************** Tahu tak perasaan bila kita dah terlalu excited sangat sampai tak fikir apa-apapun sebab dalam kepala kita Cuma ada satu perkara jer?Terlalu excited sampai boleh buat silap yang mana kita akan menyesal tak sampai lima saat kemudian. Itulah yang sedang dia rasa sekarang ni! Kenapa?Kenapa ramai-ramai manusia dekat dalam akademi ni, orang ni jugak yang di langgar!Kenapa?!!!!! "Menarik..."ucap lelaki di depannya sambil mengipas-ngipas surat cinta yang bertampal dengan sticker love itu di tepi muka. Membuatkan bau minyak wangi di kertas itu menerpa rongga hidung. Hana pandang surat cintanya dengan bibir terketap rapat. Nak menangis pun ada. "So kau nak beritahu aku kau sukakan dekat aku sejak kali pertama kau pandang aku?Macam tu?" soal lelaki di depannya sambil membaca isi surat itu sekali lagi. Hana membuat muka terkejut lantas menggeleng kepala laju-laju. Lelaki di depannya ini adalah manusia terakhir yang dia akan suka walaupun dunia nak kiamat. "Senior...saya tak sengaja. Maafkan saya. Bukan niat saya langgar senior...surat tu sebenarnya-"kata-kata Hana terhenti apabila lelaki di depannya mengangkat tapak tangan di depan muka "Stop. Aku tahu..."lelaki itu lipat surat itu lalu berdiri menghadap Hana dengan tangan bersilang di dada. Seseorang tolong lah galikan kubur untuk dia. Dan dendangkan lagu Taylor Swift masa pengebumian dia. Sebab Hana yakin lepas ni lelaki depannya ini akan maki dia sampai dia tenggelam tujuh kaki ke dalam tanah! "Kau nak cakap kau tulis surat ni untuk mainkan perasaan aku?"soal lelaki itu bernada marah yang dikawal. Hana menggeleng kepala sekali lagi. Dia pamdang lelaki di depannya dengan muka orang sembelit. "Eh tak...bukan macam tu." Habislah dia! Oktober 2019
4. Violet Elliana by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 152,038
  • WpVote
    Votes 11,313
  • WpPart
    Parts 59
Kelangsungan hidup. Good vs evil, courage dan heroism, pemberontakkan dan banyak lagi konsep dalam hidup ni mengambarkan sikap seseorang. Lagi-lagi pentingkan diri. Bukannya saja-saja pentingkan diri, tapi kalau itu dapat selamatkan diri dan pertahankan diri daripada ditindas apa salahnya. Itulah yang berlaku dalam Akademi Dominion High. Akademi yang mana bukan semua orang boleh masuk. Kalau nak masuk, mereka perlu kaya, ada rupa, paling penting kuasa dan pengaruh. Kalau satu daripada tu tak ada, jangan mimpilah. Kenapa akademi ni ramai yang nak sangat masuk? Ramai yang nak masuk, tapi lagi ramai yang keluar dari situ. Sebabnya? Dekat dalam tu umpama medan peperangan. Kau lemah kau ditindas, sekaya mana sekalipun latar belakang, tapi lembab dan tak guna, kau akan tetap di pergunakan. Kau cantik atau kacak tapi tak pandai, sama jer macam budak kelas bawahan. Dekat situ, orang dah tak pandang miskin atau kaya. Dalam akademi tu kau kena pandai. Lebih pandai dari yang terpandai. Sebab itulah akademi tu terkenal dengan intelegensi. Perkara paling seronok. Belajar dekat situ, kalau seorang pelajar tu timbulkan masalah, atau melanggar peraturan disiplin, pelajar takkan di hukum. Sebab apa gunanya. Beri hukuman atau tidak sama sahaja. Mereka semua di situ orang berpengaruh. Bayar sahaja duit, BAM! Selesai semua masalah macam tak ada apa-apa pernah berlaku. Sebab itu kalau nak survive dekat akademi tu kau kena jadi pandai. Ogos 2019
5. Mr. Right by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 125,486
  • WpVote
    Votes 9,249
  • WpPart
    Parts 100
Nak cari pasangan mesti la yang betul-betul kan? Kan? Ke main tangkap muat je Ke asal handsome berduit.....jalan Atau asal pandai berotak dan bergaya.....on See Hidup di alam remaja dewasa bukan senang okay...not easy like peanut So yang mana dia kena pilih? Get back balik dengan ex-boyfriend yang tinggalkan dia? Atau bersama dengan anak kawan baik papa dia? Atau pilih si pembuli yang sukakan dia sejak tahun pertama lagi? Atau kawan baik dia yang dah tersukakan dia tanpa sedar? Yang mana satu akan jadi Mr. Right dia? April 2019
10. You And Me Never by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 188,211
  • WpVote
    Votes 13,216
  • WpPart
    Parts 86
Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk je dia dekat kerusi, hair dryer dipasang pada plug sebelum capai sikat. Baru je dia nak pegang hair dryer itu, mata dia terarah pada cermin depannya. Dan melihat apa yang dipantulkan semula, menjerit terkejut Aster dibuatnya. "Argh!"jerit dia sampai jatuh tergolek ke belakang kerusi meja soleknya sebab terperanjat sangat. "Buahahahahahahahah!!!"suara orang ketawa kedengaran sejurus itu. What the hell! Siapa tu? Aster bangun dari jatuh dia dengan susah payah sebelum berdiri menghadap katil dimana orang asing tu sedang baring melunjur ketawa terbahak-bahak. "Siapa kau ni!"soal Aster sambil acu sikat ke arah lelaki di katil dia. Hei...siapa-siapa pulak masuk bilik dia ni! Lelaki yang tengah peluk bantal golek Aster tu perlahan-lahan berhenti ketawa sebelum duduk bersila menghadap Aster. Sambil ketawa menyeka air mata dari tepi mata dia berkata. "Serius?Takkan la dah lupa aku?" "Siapa kau sampai aku perlu ingat?" Aster pandang pelik. Macam mana lelaki ni ada akses untuk masuk ke rumah dia, siap duduk atas katil dia lagi tu. Mama dengan papa dia takkan tak perasan. "Baik kau keluar dari sini sebelum aku call polis!"halau Aster semasa gerak ke telefonnya yang ada dekat meja belajar menghadap tingkap. Dengan cekap, lelaki tu lompat turun dari katil dan mendarat di lantai sebelum cepat-cepat ke meja belajar itu dan rampas telefon tu terlebih dahulu sebelum Aster sempat sentuh. Menahan nafas terkejut Aster bila tangan tu muncul dari sisi dia dan merampas telefonnya sekelip mata macam apa. "Hei!"marah Aster semasa memandang terkejut ke pencerobohnya itu. "Na'ah..not so fast princess."sengih lelaki itu dengan boyish. April 2020
11. Damon Revenge  by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 112,160
  • WpVote
    Votes 7,099
  • WpPart
    Parts 82
Betullah kata orang ...yang nampak baik tu tak semestinya baik. Dan orang yang nampak jahat tak semestinya jahat. Kadang-kadang kita kena rasa kehilangan dulu baru sedar apa itu rindu.. ************************************ Air mata jatuh ke pipi Xiana masa dia palingkan kepala ke Ryan semula. "Apa maksud awak?Bukan ke saya kena ikut Damon..?" Ryan tarik senyuman serba salah dan pandang sedih ke Xiana. "Damon...kenapa awak diam je ni. Cakap la sesuatu..saya tak ikut awak?Awak takkan bawa saya?"soal Damon. Tanpa berkata apa-apa Damon buka pintu lalu keluar dari situ. Dia tak tahan lagi dah! Lalu pintu kereta Xiana pula terbuka lepas Damon tiba dekat tepi kereta tu. Dia kemudiannya tarik Xiana keluar. Terkebil-kebil mata Xiana masa tu. "Aku pulangkan balik apa yang aku dah ambik." kata Damon sambil palingkan kepala ke kiri. Tak nak pandang Xiana. Kejung Xiana berdiri dekat depan Damon. Mata dia tak berkedip memandang tepi muka handsome milik Damon. "Terima kasih kalau macam tu sebab awak tunaikan janji awak pada saya."ucap Xiana dengan sedih. Damon pejam mata dia sebelum melangkah pergi dari situ."Selamat tinggal Xiana." ucap dia sambil berlalu depan Xiana untuk ke kereta. Lama-lama dia dekat sini makin susah dia nanti! April 2020
13. Luna Alana by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 100,366
  • WpVote
    Votes 6,696
  • WpPart
    Parts 59
Dalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahatan wanita itu dan mahukan keadilan untuk dia. *********************************** Kadang-kadang dia tertanya sendiri Kenapa ya cerita dongeng tu hanya kekal sebagai dongeng bukannya nyata Kenapa orang cipta cerita dongeng dengan happy ending dan buatkan orang berangan hidup mereka akan indah sama seperti dalam cerita tu Matter of the realitinya kehidupan ni tak selalunya indah...tak selalunya berakhir dengan happy ending infact it full of bullsh*t Dia orang cipta cerita dongeng tu sebagai fake hope untuk budak-budak especially Nak beritahu dunia ni tak sekejam yang di sangkakan... Sedangkan.. Dunia ni memang tak kejam Tapi manusia yang menghuninya tu yang kejam Manusia adalah ciptaan yang paling berbahaya dekat muka bumi ni...sebab otak mereka tu boleh cetuskan pelbagai masalah Dari hal sekecil zarah hingga la sebesar alam ni! Sama la macam hidup dia sekarang... Everything is f*cked up! Three freaking f*cking years! Okay!Tiga tahun dia meringkuk dalam penjara ni. Semuanya sebab siapa? Manusia jugak la! Gara-gara mulut dan rancangan untuk aniaya hidup dia, mahkluk bernama manusia ni telah buatkan dia di penjara untuk kesalahan yang dia tak buat. Hanya kerana perasaan hasad dengki, iri hati dan ketamakan dalam diri mereka, hidup dia yang merana. Tapi tak apa! Duduk dalam penjara ni tak ada teruk mana. Jun 2020
14. Love You Mr.Butler by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 121,038
  • WpVote
    Votes 528
  • WpPart
    Parts 4
🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Semuanya bermula sewaktu beberapa tahun yang lepas. Sewaktu dia berusia 8 tahun. Zaman gelap dia yang berimej si nerd seperti watak Betty dalam telenovela drama sabun dulu-dulu. Berambut toncang kanan dan kiri macam loser. Ditambahkan lagi dengan braces untuk gigi dia yang rongak. Muka macam nak apa. Disebabkan dia budak miskin yang tak pandai bergaya, baju pun pakai yang bundle je...hidup dia umpama seperti The Ugly Duckling! Mana dia pergi semua orang pandang rendah dekat dia Apa dia buat orang akan ketawakan Dia berjalan pun jadi bahan lawak Sampai la muncul seorang budak lelaki yang lebih tua dalam hidup dia dan rosakkan segalanya Dibuli Dikenakan Diketawakan Dikutuk kerana penampilan losernya. Sehingga la satu masa dia terpaksa berpindah Tanpa disangka, setelah belasan tahun berlalu dia kembali semula ke tempat yang telah beri dia mimpi ngeri dan trauma seumur hidup! Namun sekembalinya dia di situ, bukan setakat berjumpa dengan bekas pembulinya, malah dihantui dengan butler misteri yang bersikap dingin dan pendiam. Antara bekas pembuli dan butler, siapa yang bakal menjadi pilihannya nanti? Atau dapatkan dia buat perhitungan semula? Jun 2020
18. The Kingdom by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 204,660
  • WpVote
    Votes 16,283
  • WpPart
    Parts 100
Just imagine, bertahun lama orang asyik hina dan salahkan diri dia di atas kesalahan yang ayahnya telah lakukan...maki dan persalahkan dirinya sampai sanggup nak sakiti dan bunuh dia and suddenly one day...semuanya berubah ****************************************************** Kerajaan Alvano Nova Sebuah negara yang aman dan makmur terkenal dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah dan di dalam negera itu terdapatnya banyak negeri. dan di setiap negeri itu ada daerahnya dan dalam daerah itu terdapatnya puak dan setiap puak itu ada kuasanya kerana kemasyuran yang di miliki banyak anasir luar ingin menguasai negara ini... dan ramai yang ingin tahu apakah rahsia mereka sehingga kini tidak pernah dicerobohi musuh mahupun kuasa gelap dari musuh luar... dan rahsia itu tersimpan di dalam sebuah tempat bernama Nova Cosmos sebuah institut latihan dimana tinggalnya para perintis dari pelbagai tempat dan pelbagai puak. Puak Api Hitam Puak Air Puak Tanah Puak Angin Puak Tenaga Menta Puak Alam Semula jadi seperti kilat, ribut, petir, cahaya, cuaca, photosentesis Puak Cahaya Kesembuhan Puak Kegelapan Di antara banyak-banyak puak di sini terdapatnya puak manusia biasa yang jalani hidup menggunakan posyen sebagai cara untuk pertahankan diri mereka yang dipanggil sebagai Genesis Golongan yang dilahirkan dari keluarga sihir tulen tapi tiada kuasa magis sejak kecil. Ogos 2020