H4R33z
- Reads 14,580
- Votes 383
- Parts 13
It's an order Faiq Iqbal Bin Zakwan. It's an order - Puan Sri Kalsom
Kalau tak setuju? - Faiq Iqbal
Well, let's make it simple, son... you are not going to stay in this room anymore - Puan Sri Kalsom
Autokratik! Kuasa veto Puan Sri Kalsom siapa boleh sanggah. Meskipun Faiq Iqbal merupakan Pengerusi DW, kedudukannya akan tergugat apabila Puan Sri Kalsom memberi arahan.
Lantas Faiq Iqbal bersetuju dengan pilihan terakhir mama iaitu Aireen Arshat, penyanyi lounge Hotel DW. Namun perkahwinan mereka perlu dirahsiakan.
Tuan Sombong gelaran yang diberikan Aireen kepada Iqbal tidak menjadi masalah besar kerana sememangnya dia begitu.
Namun, berkahwin dengan gadis muda yang lincah menuntut jantung Iqbal bekerja keras mengikut rentak si isteri.
Kau jangan jatuh cinta dengan aku, Aireen. Aku tidak mahu kau kecewa - Iqbal
Jika suatu hari nanti saya jatuh cinta, biarlah cinta itu sama seperti cinta tuan terhadap dia - Aireen
Terluka dengan kisah cinta pertamanya membuatkan Faiq Iqbal takut untuk jatuh cinta lagi. Walaupun dia menolak, perasaan cinta tetap bercambah. Dengan Aireen, dia tidak mampu menafikan perasaannya.
Tuan sebenarnya manja dan mengada juga, kan - Aireen
Kau ni konsisten, kan? - Iqbal
Apabila cinta mula berputik dan menanti bahagia berkembang mekar, muncul Maya menagih cinta Iqbal kembali.
Maya, pemilik cinta mati Iqbal. Iqbal sanggup menjadi Pak Turut demi si kekasih hati.
Siapa saya, tuan? - Aireen
Soalan mudah yang tidak mampu Iqbal jawab.
Saya cintakan, tuan. I love you. Do you know that! - Aireen
Kerana kecewa, Aireen membawa diri yang lara.
Tak perlu cari dia lagi. It's over - Puan Sri Kalsom
Aireen pergi, dia hilang punca. Iqbal terduduk saat cincin pernikahan dipulangkan oleh Aireen.
Antara cinta pertamanya, Maya atau Aireen, isteri pilihan mama. Iqbal perlu buat pilihan.