White flower 🌼
76 verhalen
Vow Of Hope door lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    reads 1,896,832
  • WpVote
    Stemmen 67,462
  • WpPart
    Delen 81
[1st romance - stand alone] Ray Qhalif | Alice Dayana Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai? beautiful cover: @pplyoumayknow
Love, Unspoken door lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    reads 657,959
  • WpVote
    Stemmen 32,284
  • WpPart
    Delen 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
When We Love Again door lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    reads 389,922
  • WpVote
    Stemmen 30,310
  • WpPart
    Delen 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Teman Istimewa | Complete door nazblqs
nazblqs
  • WpView
    reads 101,342
  • WpVote
    Stemmen 1,648
  • WpPart
    Delen 11
𝓢𝔂𝓪𝓱𝓲𝓭𝓪𝓷 𝓘𝓯𝓯𝓪𝓽 | 𝓐𝓲𝓷𝓲𝓵 𝓘𝓷𝓽𝓲𝓼𝓪𝓻 Perbalahan yang tercetus antara dia dan si kakak sulung, mendorong Intisar untuk membawa diri dari rumah yang tak lagi nyaman untuk dirinya. "Bebaskan Is." - Ainil Intisar Kali ini Intisar nekad ingin meninggalkan rumah tersebut untuk dia hidup berpaksikan kaki sendiri. Tetapi Intisar hanyalah seorang pelajar universiti yang masih terkontang-kanting dalam cubaan hendak berdikari. Dan keadaan yang mendesak itu telah membuatkan dia ambil keputusan mudah untuk menyewa rumah dengan sesiapa sahaja. Termasuklah... seorang lelaki. Yakni jejaka yang dibenci Intisar. "Kau, kalau dah terdesak sangat nak cari rumah sewa, boleh tak tolong fikir yang kau tu perempuan?!" - Syahidan Iffat Iffat sehabis boleh membangkang niat Intisar yang hendak menjadi teman serumahnya. Gadis yang dia berharap daripada dahulu, tidak akan muncul lagi di hadapan mata. Walau apa pun nawaitu yang telah dipasang, tidak semestinya yang sudah dinormalisasi menjadi tiket untuk mereka menghalalkan perkara yang haram. Apabila kedua-duanya tidak ingin mengalah, hanya ada satu jalan sahaja yang Iffat nampak untuk mereka keluar dari kemelut ini.
C | MOON-DOOR √ door Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    reads 3,531
  • WpVote
    Stemmen 917
  • WpPart
    Delen 68
Bulan-Pintu? Oh bukan. Itu cuma kenyataan yang harus diterima oleh LILY HARLINA apabila dia tidak peduli jika harus terhegeh-hegeh dengan cinta hatinya. Cinta hati yang menjadi igauan mimpi kala malam menjelma walaupun sebenarnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Sekadar hubungan kawan juga jauh dari kata. "Kau terhegeh-hegeh dengan aku. Kau tak malu?" - KHALIF QAYS "Tak. Saya terhegeh-hegeh dengan awak sebab saya suka awak." - LILY HARLINA Namun, itu bukan point utama. Kerana dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi- di mana kecerdasan buatan mula menggantikan peranan manusia, dan robot dicipta bukan sekadar membantu tetapi mengambil alih, perasaan seperti itu dianggap lemah. Manusia tidak lagi dinilai melalui hati. Tetapi melalui kecekapan. Dan tanpa sedar, kemajuan yang dikejar itu perlahan-lahan melahirkan KEMUNDURAN bukan pada teknologi, tetapi pada jiwa manusia. Manusia semakin maju ke hadapan, namun kemanusiaan mereka semakin tertinggal di belakang. Dan di tengah dunia yang semakin kehilangan kemanusiaan itu, Lily hidup membuat perbandingan di antara manusia dan sistem sehingga dia sedar, kalau manusia lebih sempurna tanpa apa-apa kecerdasan buatan. Dia mahu membuktikan bahawa manusia masih lebih daripada sekadar logik dan sistem. Bahawa hati... masih punya nilai yang tidak boleh digantikan oleh mana-mana mesin. Lelaki itu adalah manusia pertama yang Lily ingin selamatkan daripada berada di bawah pengaruh seseorang yang kononnya sebagai 'Tuhan'. "Awak tak akan pernah tahu bagaimana rasanya berada di negara yang setiap hari berperang. Tanpa bantuan makanan. Ketidakadilan. Walaupun seluruh dunia melihat." - LILY HARLINA
C | NAQEE √ door Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    reads 7,900
  • WpVote
    Stemmen 1,561
  • WpPart
    Delen 64
King Qareeq Naqee. Bukan raja, bukan fantasi. Tetapi gelaran 'king' hanya gurauan kawan-kawan. Sikapnya yang tegas, protective menjadikan gelaran itu melekat padanya. Kemasukan Laysha dalam hidupnya pula telah mengubah corak tindakannya. Dia menjadi semakin tegas untuk mempertahankan sesuatu. Tatkala dia sibuk mencampuri urusan orang lain, mereka telah ditarik ke dalam konflik yang paling besar. Mereka berdepan dengan mainan politik dan kuasa. "Saya tidak menuduh sesiapa. Namun, mana-mana pihak yang cuba menghalang atau memanipulasikan siasatan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya." - Menteri Kehidupan mereka berubah sama sekali. Tidak ada hari tanpa media, tidak ada ketenangan di mata Menteri. Kerana yang dia lawan, bukan orang biasa. Sehingga dia hampir mengalah dan gila dengan kuasa yang lelaki itu ada. Manipulasi. Jual beli pihak atasan dan undang-undang. Semua kesalahan kini terarah padanya. Dan semua ini mungkin tidak berpihak pada orang biasa sepertinya apabila penyalahgunaan kuasa menjadi raja dalam kehidupan dan pentadbiran.
Euphoria door Misslyz
Misslyz
  • WpView
    reads 44,724
  • WpVote
    Stemmen 3,600
  • WpPart
    Delen 34
Issabelle, wanita itu sudah hanyut di dalam dunia hiburan. Menjadi seorang model terkenal betul-betul membawanya ke dunia yang fana. Setiap hari hidupnya berhibur, entah di kelab malam atau parti-parti besar. Apa akan jadi jika dia terpaksa berkahwin dengan ustaz muda? Muhammad Aayan. Lelaki itu selalu terhias dengan senyuman manis. Sekali pandang memang calon suami yang baik dan sejuk mata memandang. Pekahwinan berkenaan ditentang habis-habisan oleh Issabelle. Mana mungkin dia kahwin dengan pak ustaz. Dia mahukan hiburan di dalam hidupnya! Masuk ke alam perkahwinan, Wanita itu benar-benar mencabar kesabaran Aayan. Dan tentunya misinya untuk lelaki itu melafazkan talak. Bagaimana kehidupan mereka? Kita saksikan All right reserved
6.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL 2 [COMPLETED] door Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    reads 439,470
  • WpVote
    Stemmen 29,509
  • WpPart
    Delen 33
Start : 10/5/25 End : 26/11/25
Cinta Yang Tertulis door floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    reads 51,189
  • WpVote
    Stemmen 1,840
  • WpPart
    Delen 65
Hanya sebuah kisah perjalanan cinta di antara dua orang yang berjodoh, akhirnya bertemu kerana takdir, dan membuatkan mereka bersatu. Nur Nadra Yusayrah tidak pernah menyangka bahawa pertemuannya dengan Muhammad Saqeef Najwan yang bermula dari satu insiden akan menjadi titik mula sebuah kisah cinta yang tertulis untuknya. Pertemuan demi pertemuan tanpa disengaja terus membawa mereka lebih dekat, sehinggalah akhirnya, mereka bersatu di jinjang pelamin. Orang kata, jika bertemu lebih dari tiga kali, mungkin itu petanda jodoh, bukan? Dan memang benar, Nadra dan Saqeef adalah jodoh yang telah lama mereka nantikan selama ini. - ➳ Bacaan santai ➳ Tiada conflict ➳ Realistic story line ➳ Cringe (jangan kata saya tak warning) ➳ More detailed synopsis inside Start: 22 feb 2025 End: 12 may 2025