IEYRA AQISH
11 stories
THE RYAN'S by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 127,270
  • WpVote
    Votes 3,692
  • WpPart
    Parts 89
AMARAN! βš β›”Dilarang cetak atau tiru daripada mana-mana bahagian dari novel ini! Bahagian yang diterbitkan dalam novel ini adalah hak milik penuh author!β›” π‘©π’π’π’Œ 1: π‘΄π’‚π’“π’“π’Šπ’†π’… π‘Ύπ’Šπ’•π’‰ 𝑴𝒓.π‘ͺπ’Šπ’Œπ’ˆπ’– π‘©π’π’π’Œ 2: π‘΄π’‚π’“π’“π’Šπ’†π’… π‘Ύπ’Šπ’•π’‰ 𝑴𝒓.π‘ͺπ’Šπ’Œπ’ˆπ’– 2 Kisah yang menceritakan tentang kehidupan Ryan Fazrin dan Ryana Fardiana, anak kepada Ryan Zarif dan Hanny Syazana. Disangkakan kemelut antara keluarga sudah berlalu namun masih ada keluarga yang berdendam dengan keluarga Ryan Zarif dan menjadikan anak kepada Ryan Zarif, Ryan Fazrin sebagai punca utama mereka untuk membalas dendam. Lain pula yang terjadi kepada Ryana Fardiana. Perkahwinan yang terjadi antara Ryana Fardiana dan Raid bukanlah atas alasan dendam namun sebaliknya. Hanya disebabkan Ryana Fardiana menajalankan latihan praktikal di sebuah syarikat milik Raid, Ryana Fardiana dipaksa untuk menjadi isteri kepada Raid. Apa yang akan berlaku kepada keluarga Ryan Zarif apabila kehidupan Ryan Fazrin dan Ryana Fardiana tunggang langgang? Adakah kemelut yang melanda keluarga mereka akan berkahir dengan begitu sahaja atau berlakunya tumpah darah? *THAI LANGUAGE WITH MEANING INCLUDE*
Takhta Cinta by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 434
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 6
*HANYA 5 BAB SAJA DIPUBLISH. SLBIHNYA BLEH BCA DI NOVELPLUS :) * Gia Vatanika dan Gia Vitalika, kembar seiras tetapi mempunya perwatakan yang beza. Gia Vatalika mempunyai pelbagai watak dalam dirinya disebabkan perkara yang berlaku di dalam hidupnya manakala kembarnya, Gia Vitalika mempunyai perwatakan yang lembut tapi berisi di dalamnya. Walaupun mereka berdua kembar seiras namun Gia Vitalika membenci kakak kembarnya, Gia Vatanika di atas faktor kehidupan yang mereka alami tanpa tahu punca mereka jadi begini. Gia Vatanika hanya membiarkan adik kembarnya menyalahkan dirinya tanpa menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Danial Louis Scott Padilla, lelaki yang berkacuk Inggeris-Filipina meminati Gia Vatanika bukan kerana atas dasar cinta tapi lebih kepada ingin menjadikan Gia Vatanika sebagai perempuan simpanannya untuk melepaskan nafsunya. Semakin dia dekati Gia Vatanika, semakin jauh Gia Vatanika elakkan dirinya dari Danial Louis dan membuatkan Danial Louis tak berpuas hati. Macam-macam cara digunanya untuk dapatkan Gia Vatanika namun tetap juga tak menjadi. Luqman Adha, seorang editor di salah sebuah studio yang dikenali dengan perangai peramah dan tidak sombong dan coolnya di tempat kerjanya. Namun, perangai peramahnya hilang digantikan dengan perangai baran dan hilang sabar bila tunangnya, Dariya ditimpa kemalangan ketika Dariya ada fashion show di Filipina. Secara tak sengaja, Gia Vatanika dan Luqman Adha bertembung apabila kedua-duanya cuba mencari bukti siapa gerangan yang memadamkan kesemua bukti apabila mendapat arahan dari orang atasan. Bagi Luqman, nasib Dariya perlu dibela dan dia akan buat apa saja untuk itu. Dalam masa yang sama juga hidup Gia Vatanika dikacaunya habis-habisan namun hidup Luqman Adha turut mula kacau bilau bila dirinya diancam tiba-tiba dengan pelbagai ugutan dan disangkakan ugutan tersebut datang dari Gia Vatanika. Apakah kebenaran yang cuba disembunyikan dan adakah rahsia yang disembunyikan membongkarkan segalanya?
Adara Alisa by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 24,571
  • WpVote
    Votes 1,611
  • WpPart
    Parts 56
Perjalanan untuk memulakan hidup baru di bumi asing baginya bukanlah mudah. Dengan sendirian tanpa bantuan sesiapa lagilah membuatkan segalanya rasa sukar. Tapi, dia jadikan kesusahan ini sebagai titik permulaan dalam hidupnya. Itulah Adara Alisa. Memulakan kehidupannya di bumi Kamboja bukanlah satu perkara yang mudah baginya. Tambah-tambah lagi dari segi bahasa lagilah asing baginya. Sepanjang tempohnya belajar di University of Cambodia, banyak liku yang dia perlu tempuhi. Termasuklah sesi pembelajaran dan juga kawan-kawan. Malah, ada juga yang ingin jadikannya sebagai kekasih tetapi ditolak sehabis mungkin kerana maklamat utamanya datang ke sini untuk belajar dan habis belajar terus dia nak apply kerja. Paeng...seorang lelaki berdarah Kamboja, tinggi lampai, mempunyai kulit yang agak putih dan juga warna anak matanya yang cantik, warna hazel. Perwatakannya hanya diam dan tumpu pada pembelajaran kerana maklamat utamanya juga ingin apply kerja selepas habis kerja. Tidak mahu terlalu bergantung pada keluarga. Dia terkenal di dalam kumpulan have-have di university itu. Walaupun begitu, dia tak berminat kerana kawan-kawannya itu kesemuanya playboy. Tak tahulah macam mana dia boleh berkawan dengan orang-orang tu. Namun, apa yang menarik perhatiannya apabila kawannya, Raish cuba menyakat gadis yang bernama Adara Alisa. Berapa kali dia menyuruh kawannya itu berhenti kacau Adara Alisa kerana pada pandangan matanya Adara Alisa adalah seorang gadis yang baik-baik dan bukannya seperti gadis yang lain. Tapi, selepas benda yang terjadi pada Adara Alisa disebarkan pada seluruh warga university, Paeng mengambil keputusan untuk melindungi Adara Alisa kerana dia tahu Adara Alisa bukanlah perempuan yang seperti diwar-warkan di university. Maruah Adara Alisa haruslah dijaga kerana dia saja yang tahu kebenarannya.
Princess School βœ” by Flower_03
Flower_03
  • WpView
    Reads 2,155,770
  • WpVote
    Votes 37,621
  • WpPart
    Parts 11
. [Re-edit] Book I | P R I N C E S S S C H O O L . ❋━━━━━━━━━❋━━━━━━━━━❋ Head boy + Perempuan kepala batu = Chaos! Itulah ibarat antara dua makhluk tuhan ini. Aryana dengan Naufal. First time jumpa okey je. Tapi tak tahu kenapa dua tiga kali jumpa rasa macam tengah berperang. Nakal + gatal + suka ambil kesempatan itulah Naufal. Baik + kasar + ada aku kesah itulah Aryana. Pelik tapi beginilah kisah mereka. Yang seorang Head Boy sekolah yang tak berapa nak berdisiplin yang seorang kalau cakap menyinis, memerli memanjang. Pelik! Pelik! Tapi unik. Ada rahsia yang disimpan tapi diam itu lebih baik bagi Aryana. Tapi tak sangka cara dia berdiam buat orang nak pijak-pijak dia. It's okay sis tabah itulah prinsipnya. Kalau dia cakap dia nak benda tu dia akan dapatkan juga macam mana sekalipun. Itu prinsip si Naufal pulak. Ahh sudah. Macam mana ni? ❋━━━━━━━━━❋━━━━━━━━━❋ Highest Ranking:- #1 in Teen Fiction Β© All rights reserved An illegal act will be punished!
Married With Mr. Cikgu by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 2,304,685
  • WpVote
    Votes 14,785
  • WpPart
    Parts 11
AMARAN! Dilarang tiru atau cetak daripada mana-mana bahagian dalam novel ini! Novel dan idea-idea novel ini adalah hak milik author! Kalau didapati ada isu plagiat yang sama dari mana-mana bahagian novel ini, report kepada pihak wattpad akan dibuat bagi individu yang plagiat novel ini! (Saya buka hanya 20 chapter sahaja sebab novel ini dibayar oleh novel plus. Nak baca selebihnya boleh baca di novel plus... :) ) Hanny Syazana. Seorang perempuan yang agak selamba dan tak sukakan pelajaran especially mata pelajaran Sains. Namun, kehadiran guru sains baharu membuatkan dia rasa tercabar. Dia merasakan guru baharu itu terlampau menekan dia untuk berjaya dalam subjek sains sehinggalah dia membuat perjanjian gila. "Saya cakap kalau saya dapat 50 persen ke atas, cikgu kena belanja saya makan! Kalau tak, saya akan kahwin dengan cikgu. " Ryan Zarif. Seorang guru muda yang baru dimasukkan di sekolah tempat Hanny belajar. Namun, baru pertama kali dia melihat seorang pelajar yang berani membuat kerja gila untuk mengahwini dengannya jika tak lulus exam Sains. " Sure? Awak dah tak nak tarik balik apa yang awak cakap?" Namun, ada kisah disebalik hidup Ryan Zarif dan juga kehadiran Tasha, si musuh Hanny lagi menyerabutkan otak Ryan Zarif.
Sungguh Aku Mencintaimu by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,066,240
  • WpVote
    Votes 24,821
  • WpPart
    Parts 75
Satu tragedi malam membuatkan Adrina dan Zahrif disatukan dalam keadaan yang tidak rela. "Aku tanya macam mana kau ada malam tu! Kau yang nak perangkap aku?! " - Ariz Zahrif " Tak ada masa aku nak perangkap kau! Mulut kau tu biar elok sikit eh! Dah lama tak minum peluntur?!" - Nur Adrina Zahra. Daripada benci mula bertukar menjadi cinta sedikit demi sedikit. Namun, kebahagiaan yang baru mula berputik lenyap sekelip mata apabila kehadiran orang ketiga dan Adrina kehilangan anak yang dikandungnya. Apakah Adrina mampu menerima Zahrif semula?
Suri Hati Syed Faliq by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,065,132
  • WpVote
    Votes 30,501
  • WpPart
    Parts 61
Syed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsung tidak tertarik kepadanya. Bagi Lili, tak penting pun untuk mengenali lelaki yang kononnya hensem. Lagipun, kalau hensem tapi playboy nak buat apa? Itu apa yang aku rasalah. Kawan aku pun terhegeh-hegeh admire si playboy tu. Tak faham aku. Tetapi, selepas Lili kehilangan bapanya dan Syed Umar Faliq kerap kali mengacau dan membahagiakan hidupnya, membuatkan hatinya yang sekeras batu mencair terus. Syed Umar Faliq yang pada mulanya hanya ingin mengenakan Lili sahaja, sering sahaja hatinya mengatakan tidak. Malah dia ingin rapat lagi dengan Lili. Tetapi, apabila masing-masing melanjutkan pelajaran, adakah rasa hati itu masih setia? Adakah Lili masih menunggu Faliq sedangkan Faliq sudah menjadi milik orang?
Encik Suami Sweet by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 1,956,966
  • WpVote
    Votes 61,090
  • WpPart
    Parts 55
Mama nak kahwin lain?! Oh no! No! No! No! Tak boleh! Tapi, keputusan dah dibuat dan aku terpaksa bersetuju. Dan... Bakal abang tiri aku tu ialah orang yang paling aku tak sangka langsung! Seriously dia ke?! Tidak!!! Setahun kemudian, mama aku pergi meninggalkan aku. Jadi sebatang karalah aku. Nasib baik jugak ayah tiri aku masih melayan aku sebagai anak dia. Kalau tak, memang aku lari dari rumah pergi duduk balik rumah arwah mama dan abah. Tapi, lain pula yang jadi bila aku disuruh kahwin dengan mamat otak batu macam dia ni. Stres tahu tak?! "Eh! Kau ingat! Kau tu adik tiri je tau! Jangan nak panggil aku abanglah! Geli! You're not my step sister! You're outsider! "-Aiman Rayyan. "Eleh! Kalau bukan kerana mama dan ayah, saya tak teringinlah nak panggil abang ni, abang! Nak tergeliat lidah! Urat sendi ni pun rasa macam nak reput panggil awak ni abang!" -Erni Ardiana. Selepas berkahwin, sir pedas berubah 360 darjah dari pedas jadi sweet. Ini membuatkan Erni meremang bulu roma akibat daripada ayat sweet yang diucapkan oleh Aiman. Isy! Selama ni tak pernah pun nak cakap sweet, pickup line... Tapi ini apa sudah jadi? Dunia sudah terbalikkah?
Jodoh Ke Bodoh?  by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 617,712
  • WpVote
    Votes 23,600
  • WpPart
    Parts 144
Amanda Farina... Nama seindah orangnya tetapi kehidupan yang dilaluinya langsung tidak seindah yang diharapkannya. Bukan kehidupan begini yang dia mahu. Dia mahu hidupan yang lebih cerah pada masa hadapan namun Hardy telah merosakkan segala impiannya. Kemunculan Harris sebagai galang ganti dan penyelamat kepada maruah Farina menyebabkan Hardy rasa tercabar. Plan yang selama ini diatur difikir akan memberi kepuasan kepadanya namun adalah sebaliknya. Niatnya membalas dendam pada Harris melalui Farina tidak menjadi. Dhuhaa Sofea... Setelah dikecewakan oleh lelaki yang dia betul-betul suka, ditekadkan hati agar tak memutikkan rasa cinta pada lelaki itu kembali walaupun sedikit. Setelah beberapa tahun berpisah, akhirnya berjumpa kembali dengan Sofea yang kini lebih anggun membuatkan hati Faliq terusik. Namun, ego mengatasi. Sanggupkah dia menjilat ludahnya kembali hanya kerana cinta? Daliya Zahra... Tengok sahaja kecik tapi bab melawan memang pro. Tambah-tambah lagi dengan bodyguard yang dia benci. Urgh! Menyemakkan hati. Megat Naufal Iskandar cuba mendapatkan cinta daripada Daliya. Macam-macam usaha dilakukan untuk memikat hati Daliya namun tak berjaya. Nia Safiya... Selembut mana pun hatinya, dia masih membekukan hatinya untuk memberi cinta kepada mana-mana lelaki. Lelaki semua tak boleh pakai! Semuanya hanya mainkan perasaan wanita! Walaupun sekeras mana hati Nia, Farhan cuba untuk mendapatkan hati Nia melalui cara lembut. Disabarkan hati hanya untuk orang yang dia sayang. Apakah pengakhiran kisah Farina dan Harris apabila Hardy datang untuk menuntut dan menagih cinta dari Farina serta anak yang dikandung oleh Farina? Bagaimana pula kisah Dhuhaa Sofea, Daliya Zahra dan Nia Safiya? Mampukah Faliq, Megat Naufal Iskandar dan Farhan mendapatkan cinta sejati mereka?
Saya Sayang Awak by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 647,743
  • WpVote
    Votes 17,194
  • WpPart
    Parts 100
Tak pernah terdetik di fikiran untuk insan bernama Aila untuk berjumpa kembali dengan lelaki yang hanya sejarah kepadanya. Bukan sejarah hitam pun...cuma sejarah yang agak pervert bagi dia. Dia tak sukakan lelaki itu. Setiap kali terserempak, mesti bulu roma dia akan meremang. Tak payah bertentang mata pun, dengar suara je dah meremang bulu roma. Lain pula bagi Aris...bertahun lamanya berlalu, akhirnya dia berjumpa kembali dengan Aila. Entah kenapa hatinya tertarik kepada Aila. Entah di mana kelebihan Aila pun dia tak tahu. Berulang kali Aila cuba elak bertembung dengannya, lagi seronok dia mengikut rentak game yang dimainkan oleh Aila. Kehadiran Rayyan dan beberapa lagi kawan lelaki Aila membuatkan hatinya berasa cemburu sehinggalah dia tekad untuk menjadikan Aila sebagai isterinya yang sah. "Awak ni dah gila ke apa Aris? Apa yang awak cuba buat ni?"-Aila. "Apa? Aku cuma nak kau jadi isteri aku. Salah ke?"-Aris. "Saya tak suka awaklah Aris! Macam mana pulak dengan Qisya?"-Aila. "Aku akan rebut hak aku! Aris hanya milik aku!"-Qisya. "Aku sukakan Aila tapi aku tahu tak mungkin aku akan dapatkan dia. Tak apalah...biar aku jadi pelindung dia sahaja..."-Rayyan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui oleh Aila sejak menjadi isteri kepada Aris. Semua benda yang dia buat ada saja yang tak kena. Ada saja yang dia nak komen. Tapi, nak marah pun tak guna sebab dia dah sah jadi suami aku sehinggalah aku mula terjatuh sayang pada dia. "Saya sayang awak..."-Aila. Namun, kehadiran Qisya membuatkan segalanya menjadi keruh. Hubungan yang jernih makin keruh. Rumah tangga yang mereka bina kian runtuh. "Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku sayangkan Aris tapi..."