novel
13 stories
Akulah Si Heroin! [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 15,391
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 16
🌸 BLURB AKULAH SI HEROIN! 🌸 Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di antara mereka. "Kau memang merenglah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi Mental," - Alif Haziq
"Kau? Bidadara? Ha. Ha. Ha. Raksasa, iyalah kut!" - Aliya Jasmine Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya. "Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man," - Alif Haziq
"Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - Aliya Jasmine Berkali-kali Haziq melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak. Namun apabila satu peristiwa hitam berlaku dan Haziq muncul sebagai pelindung dan penyelamat, Aliya tidak dapat menolak lagi. Di saat hati disapa bahagia dan mulai menerima satu sama lain, ada pula insan menaruh cemburu. Fitnah dilempar sehingga Haziq mula mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq. "I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku ataupun tidak?" - Alif Haziq
"Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust," - Aliya Jasmine Alif Haziq tidak layak untuk Aliya Jasmine. Aliya sudahpun putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?
YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION) by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 5,416
  • WpVote
    Votes 262
  • WpPart
    Parts 7
Hasnul baru kematian isteri. Disebabkan dia dah terlalu hanyut, emak dia paksa kahwin dengan seorang perempuan yang mulutnya... Memang sangat tidak menenangkan jiwa aka mulut puaka. Mak dia pun satu macam dah pupus perempuan syurga dalam dunia ni.... Demi emak tersayang Hasnul ikutkan aje. Hidup dengan Atikah... Hasnul makan hati
Khair : Sweetness In You By Rinsya Chasiani by AireenAryana
AireenAryana
  • WpView
    Reads 42,997
  • WpVote
    Votes 1,631
  • WpPart
    Parts 22
Dear Mr. Pringles, namaku Yana. Aku lebih tua darimu 5 tahun. Tetapi yakinlah, aku mampu menjagamu! 👑 1 #zine kategori 23.2.2019
I Want You, Kay Dhamina (TERBIT)  by AireenAryana
AireenAryana
  • WpView
    Reads 31,423
  • WpVote
    Votes 977
  • WpPart
    Parts 30
#4 dalam kategori #wanita 19.Jan.2019 #2 dalam kategori #benci 30.Jan.2019 #1 dalam kategori #kasih 31.Jan.2019 Hati wanita tidak seiring dengan tingkahnya. Kay berpura-pura. Demi dendam yang tersimpan, dia muncul di syarikat Fantasia Design untuk membongkar rahsia yang menyebabkan adiknya menderita. "Kalau betul, biar Kay yang cari dan gali sendiri rahsia yang semua orang cuba simpan ni. Dan biar Kay yang membuat perhitungan!" - Kay Lalu pertemuan itu terjadi. Diakah penyebabnya? Hati Kay berbisik lancar. Hidung mancung, bibir berwarna ceri dan rambutnya lebat. Kening sudah tentu tebal. Ciri-ciri lelaki bermata keranjang! Dalam perjalanan dendam Kay, sesuatu yang tidak perlu terjadi telah terjadi. Ian terjatuh hati. Dan kala lelaki itu menabur cinta, Kay pula menabur luka. "How I wish I can make you smile, Kay." - Ian How I wish I can make you cry, Ian... Lalu bagaimana sudahnya? Kay keliru buat seketika. Menyerahkan cinta bermakna dia bakal menjadi mangsa Ian seterusnya. Biarpun seperih mana Ian membuktikan keikhlasan, Kay enggan percaya. Ego lelaki itu digilis dan diperguna. "I bukan berkahwin dengan mesin. I bukan nak you jadi isteri yang terbaik. I nak you tahu yang I menyayangi you." - Ian Percayalah, I menunggu you... dalam pahit bicara kalbu!
Kekasih Hati Mr Bodyguard  by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 54,900
  • WpVote
    Votes 1,019
  • WpPart
    Parts 13
Bukan mudah untuk Hana Aralyn penuhi permintaan ayahnya. Misinya mencari dan mendekati lelaki bernama Hadif Akashah sememangnya perlukan kesabaran yang tinggi. Perangai lelaki itu boleh buat dia pening. Namun, putus asa tidak sama sekali. Biar Hadif pening dengan perangainya pulak. "Macam mana saya tau rumah awak, saya tak boleh bagitau. Tapi, yang saya boleh cakap awak akan tatap muka ni mulai hari ini. Okey?" - Hana Aralyn Kemunculan Aralyn benar-benar telah porak-perandakan hidup Hadif. Sudahlah tak tahu malu, ibunya pun bukan main sebelahkan perempuan itu. Kecil hati dia! "Dia calit minyak apa-apa ke kat ibu masa Hadif tak ada tadi? Mesti dia ada tanam benda dekat depan rumah kita ni." - Hadif Akashah Bila Aralyn dapat tahu Hadif pernah bekerja sebagai bodyguard, dia terkejut. Iyelah, perwatakannya memang sejenis manusia sombong yang pentingkan diri. Pakaian pula usah dikata, baju koyak pun lelaki itu bedal. Langsung tak ada bercirikan seorang Mr Bodyguard! Tapi lama-kelamaan, sisi baik dan hebatnya seorang Hadif Akashah terserlah sedikit demi sedikit membuatkan hati Aralyn tercuit. Namun, saat Aralyn tahu kebenarannya, Aralyn takut. Bagi Aralyn rahsia yang disimpan oleh Hadif memang tidak mampu menyatukan cinta mereka. Dia perlu lari menjauhi Hadif walaupun hatinya tak rela. Hadif pasti membencinya! Dan... telahannya benar, Hadif telah membencinya di saat cinta sedang sarat di hati mereka.... Akan tetapi, adanya Hadif di sisi Aralyn telah menakutkan musuh di sekeliling Aralyn tanpa wanita itu sedari. Namun, adakah Hadif tega membiarkan Aralyn bersendirian menghadapi bahaya? *** pbakl 2019 ***
Dengan Atau Tanpamu by penulispenchen
penulispenchen
  • WpView
    Reads 1,860
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 6
Published 2016 Dian kata Jeffry, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana. "Jangan nak perasan sangat. Abang Jep cuma abang Dian. Diulang sekali lagi. Abang Dian, tak lebih dari itu. Faham?" Dian Fatihah "Cinta tu boleh hadir bila-bila aje Dian. Bohonglah kalau dah nikah, dah lafaz akad suci tu, tak ada langsung terbit rasa sayang. Sikit banyak mesti ada punya. Tok nenek kita dulu, kahwin pun dengan pilihan mak bapak diorang juga. Bahagia aje kita tengok. Dapat anak berderet-deret lagi." Jeffry Azman. "Tapi tu orang dulu-dulu abang. Tak ada tv. Tak ada internet, telefon android pun tak wujud lagi." Giliran Dian dengan teorinya. Tak mahu kalah dengan kenyataan Jeffry tadi. "Dah keluar tv, internet bagai tu dah kenapa?" "Iyalah... Tak ada aktiviti lain yang diorang nak buat kan selain buat anak. Game C.O.C pun tak ada lagi masa tu. Jadi sempatlah diorang nak beranak ramai." Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri dari jodoh tak diundangnya itu. Dipertemukan dengan jodoh yang tidak dijangka dari seorang wanita yang dibantunya di Tanah Suci dahulu, menyelamatkan Dian dari keadaan kalut yang dicipta Jeffry. Pinangan Adryn Umar, anak kepada Hajah Rashidah yang baru dikenali diterima tanpa prejudis. Menolak Jeffry dari meneruskan hasratnya mahu memiliki gadis itu. Bahagia cuba dicipta, namun akan adakah bahagia jika hadir Ryn cuma kambing hitam untuk Dian melarikan diri dari jodoh tak diundangnya itu? "Dengan atau tanpa dia...hidup akan tetap diteruskan." Desis Dian. Kerana satu tragedi, kasih yang baru disulam menghilang dan sayang yang ditunjukkan Ryn padanya, juga terpendam. Dian ditinggalkan sepi, mengharap lelaki itu kembali dan menghangatkan kembali malam-malamnya yang suram.
LELAKI TERAKHIR UNTUKKU by TulipFarahaniey
TulipFarahaniey
  • WpView
    Reads 2,541
  • WpVote
    Votes 90
  • WpPart
    Parts 2
ERFAN RAYYAN❤TIA ZAHARA
Kerana Dia Aina Isabelle   by H4R33z
H4R33z
  • WpView
    Reads 216,570
  • WpVote
    Votes 7,784
  • WpPart
    Parts 23
Disebabkan peristiwa yang menghantui hidupnya, Aina Isabelle terpaksa melupakan hasrat mencari ibu kandungnya. Zaharah, terlalu sayangkan Aina Isabelle, telah meletakkan gadis malang itu dalam keadaan serba salah. Dengan satu panggilan, semuanya berubah. Zafran tekad... Dia tidak menoleh ke belakang lagi... Namun sikap cemburunya menyebabkan dia hampir hilang segalanya.
Alamak, Tersuka La Pulak! by AteenKhalid
AteenKhalid
  • WpView
    Reads 7,938
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 9
Khadeeja Safiya... seorang wanita yang sangat mementingkan abangnya, Khairy Sufyan dalam apa jua keadaan. Tindakan Hani Suraya yang meninggalkan abangnya menyebabkan Khadeeja berdendam dengan wanita itu dan dia menggunakan Izham Iskandar, kekasih pada Suraya. "Yup... aku akan goda mamat tu sampai dia tinggalkan Suraya. Sekarang ni, aku ada misi!" - Khadeeja Safiya. Perwatakan Khadeeja yang unik menyebabkan terdetik rasa cinta di hati Izham walaupun kadang-kadang Khadeeja agak agresif. "Saya yang patut terkejut. Kenapa asyik muka awak saja yang muncul depan mata saya? Apa awak nak, hah? Awak ni memang tak ada kerja ke apa asyik ikut saya dua puluh empat jam?" - Izham Iskandar. Apabila rancangan Khadeeja berjaya dan abangnya sudah menemui bahagia, Izham dihina sekadar untuk gahkan egonya yang menolak rasa cinta yang sudah bersarang di dalam hati. 'Kehilangan' menyebabkan Khadeeja mula fikirkan kesilapannya terhadap Izham dan menyesal dengan tindakannya itu. Saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah terikat dengan seseorang. Namun, buat kali terakhir Khadeeja mahu berusaha dan tahu sesuatu. Apakah masih ada rasa cinta di hati Izham? **Sudah Terbit - Tahun 2016**