FaziyatulAin's Reading List
5 stories
A.K.U : BLACK CAT by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 6,982
  • WpVote
    Votes 846
  • WpPart
    Parts 69
Seramai enam orang ahli baru telah dipilih untuk menyertai satu misi khas dalam sebuah organisasi bernama Eagle Eyes Spectral (EES). Terdapat seorang manusia unik terlibat dalam kumpulan Falcon, Syam Syahrul Azmi. Dia terkejut apabila dirinya didapati sudah berada di dalam sebuah tempat yang sangat asing tanpa diberitahu oleh mana-mana alter miliknya. Mampukah dia hidup di markas baru bersama-sama ahli baru tanpa pengetahuan dua orang sahabatnya? Bagaimanakah dia perlu hadapi situasi yang janggal ini? "Aku pilih kau sebab kau bukan seorang." - Saber
ADAM by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 16,722
  • WpVote
    Votes 1,603
  • WpPart
    Parts 62
Disebalik topeng yang pelbagai. Tersoroknya wajah seseorang yang tidak mahu dirinya dikenali ramai. Dia hanya terkenal kerana namanya dan kemampuannya dalam menjiwai watak-watak anime sebagai 'Cosplayer'. Dia bukan manusia yang hebat di mata manusia lain kerana hanyalah si lemah yang tiada sesiapa mahu mendekatinya jika dia ialah dirinya di dunia realiti. Namun, jika dia ialah Ace Volmera, tiada sesiapa yang mahu melepaskan pandangan mata mereka daripada dirinya kerana mereka mahu lihat wajah disebalik topeng itu. Ace Volmera bukan hanya seorang yang minat cosplay malah dia juga ada misi yang dia perlu laksanakan iaitu 'tugas untuk menghukum seseorang dengan bayaran' atau lebih tepat sebagai pembunuh upahan. Tetapi dia tidak mahu dirinya digelar sebagai pembunuh upahan kerana baginya dia berbeza. Dia tidak akan bunuh seseorang tanpa bukti kukuh dan sebab kukuh untuk dia hapuskan orang itu. Ace Volmera yang melakukan tugas sedemikian dikenali dengan nama Koroshi Vlad. Tidak seorang pun tahu siapakah dalang disebalik pembunuhan misteri itu kerana mereka hanya tahu 'Koroshi Vlad' ialah pembunuhnya. Tetapi 'Koroshi Vlad' sebenarnya ada misi penting, iaitu membunuh Karim Erwan demi membalas dendam terhadap pembunuhan bapanya.
A.K.U : BLACK_BOOK by Zuliana_Zuki
Zuliana_Zuki
  • WpView
    Reads 11,570
  • WpVote
    Votes 1,305
  • WpPart
    Parts 54
A.K.U : BLACK_BOOK mengisahkan tentang seorang jejaka yang sering bermimpi kes-kes pembunuhan. Dia menulis setiap kes dengan teliti dalam bentuk cerpen. Semua cerpen dimampatkan dalam sebuah buku bertajuk 'DREAM CASES'. Cerita ini juga melibatkan kisah tiga orang sahabat yang berusaha untuk menubuhkan sebuah kumpulan untuk memantau GUARD. Kumpulan ini juga hanya berkhidmat untuk negara dan keluarga di samping memantau tugasan ahli GUARD. Mereka juga bertindak untuk menghalang berlakunya kes pembelotan dalam GUARD. GUARD ialah sebuah agensi perkhidmatan keselamatan yang berkhidmat untuk persendirian dan negara. Mereka mendapat misi melalui papan penyataan misi. Misi-misi yang terdapat pada papan penyataan misi ditapis oleh unit misi.
POLICE 1 [COMPLETED] by ainmohdsaad
ainmohdsaad
  • WpView
    Reads 11,588
  • WpVote
    Votes 522
  • WpPart
    Parts 21
"Berhenti! Jangan bergerak!" ****************************** Fira - Seorang pelajar maktab yang baru sahaja tamat belajar dalam police academy dan mula bekerja sebagai seorang polis dalam bidang sains penyiasatan dan pendakwaan. Pelbagai cabaran yang dihadapinya ketika berhadapan dengan pelbagai kes jenayah. ___________________________________________ Sinopsis : Pelbagai kes-kes jenayah yang rumit malah ada kes-kes jenayah yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Terdapat juga kes yang melibatkan mangsa jenayah yang terselamat, saksi jenayah dan keluarga anggota polis sendiri menjadi sasaran bagi penjenayah. Terdapat juga penjenayah yang mempunyai masalah mental seperti skizofrenia, obsessive conpulsive disorder (OCD) dan lain-lain. Untuk kes selanjutnya, bacalah POLICE 2 [ON GOING] yang saya dah publish tapi masih "On Going" 😎 #ranking 88 in Mystery/Thriller (24/12/2017) #ranking 34 in Mystery/Thriller (6/7/2018) #ranking 6 in Mystery/Thriller (29/10/2018) #ranking 3 in Mystery/Thriller (2/11/2018) #ranking 8 in Detective (17/2/2019)
AMNESIA by zuyoorin15
zuyoorin15
  • WpView
    Reads 23,500
  • WpVote
    Votes 1,264
  • WpPart
    Parts 17
Lisa ditimpa kemalangan ketika melibatkan diri dengan satu aktiviti di hutan Bentong, Pahang. Akibat daripada kemalangan itu, Lisa mengalami amnesia. Lisa gagal mengingati apa yang terjadi di kem sepanjang penglibatannya. Lisa juga merasakan dirinya diekori oleh seseorang. Tetapi siapakah? Vote & comment ❤ Completed : 8 February 2016 💋