Adwa_Nafeesa
- Reads 7,859
- Votes 421
- Parts 52
Keluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluarganya masih menjadi tanda tanya. Selain misi menjaga keamanan negara, dia mempunyai misi yang tersendiri.
Pasukannya diarahkan untuk mengendalikan misi mencari individu-individu yang telah dilaporkan hilang sejak beberapa bulan yang lalu. Kes kehilangan orang ini bukan seperti yang biasanya. Ada sesuatu yang digelar sebagai 'The Death Eater' yang menunggu dirinya di penghujung misi.
"Kapten, kau tak rasa pelik ke dengan misi kali ni?" - Leftenan Aqeel Raihan
"Jangan percayakan sesiapa pun, faham?!" - Kapten Wang Zhen Wei
Angela, seorang gadis yang bekerja di sebuah kafe bersama-sama rakan karibnya si Rania ditakdirkan bertemu dengan dua orang jejaka itu. Hati mula memutik rasa aneh.
"Aku rasa dia suka kaulah, Angela. Dia asyik usya kau je." - Rania
"Macam tak betul je aku tengok dia tu." - Angela
"Selamat datang ke permainan aku, kapten." - The Death Eater
Siapakah 'The Death Eater' dan apa yang dia mahu daripada Kapten Wang?