cikjentat123's Reading List
4 stories
Psiko by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 190,871
  • WpVote
    Votes 13,086
  • WpPart
    Parts 40
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.
PAWKY by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 690,925
  • WpVote
    Votes 24,695
  • WpPart
    Parts 58
Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama Hasha Irdina Qaisara. Lemah betul bila kena cari duit sendiri tanggung perbelanjaan hidup seorang mahasiswa. Itu belum lagi bila telefon dia berdering... Hadha yang sering mencari dia dan hanya tahu meminta duit. Sakit kepala dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik Hasha ada sahabat baiknya, Eddy. Kawan merangkap teman rumah yang sangat memahami dan masak benar dengan masalah yang dihadapinya lagi-lagi apabila melibatkan Hadha. Masa dia tengah melangut dalam dunia sendiri dimana pensyarah tengah membebel di depan menyampaikan ilmu dia mendapat idea. Idea yang tidak masuk akal tapi masih lagi boleh diterima akal. Apakah idea Hasha? Pawky yang didefinisikan sebagai sly, cunning dalam bahasa Inggeris akan memaparkan watak sisi nakal, pelik dan unik Hasha Irdina Qaisara. Telatahnya yang cuba mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa cara sekalipun. Aduhai, risau dibuatnya. Adakah idea Hasha itu akan memakan dirinya? Nantikan... Jangan lupa letakkan Pawky dalam READING LIST! Dan, FOLLOW setiap bab yang akan diPUBLISHkan di WATTPAD!
© Arfa Eshal  by MiaSyaza__
MiaSyaza__
  • WpView
    Reads 686,773
  • WpVote
    Votes 29,273
  • WpPart
    Parts 71
[Status: Complete ] Arfa Eshal telah menjadi doktor pribadi psiaktri kepada Hariz Nasri. Pertemuan yang mereka lalui mengungkap kisah Hariz disebalik kemurungannya. Hanya Arfa menjadi orang kepercayaannya. Sheikh Meor Amir pula datang tanpa di undang. Setiap pertemuan mereka terdetik tidak dek kesenangan buat Arfa. Nak tahu lebih lanjut bolehlah tekan 'read'. Votement sangat dialu-alukan. Terima Kasih. Cover from @Azleyanaa__ Start:7/6/18 End:-
Saya Sayang Awak by ieyraaqish
ieyraaqish
  • WpView
    Reads 647,851
  • WpVote
    Votes 17,194
  • WpPart
    Parts 100
Tak pernah terdetik di fikiran untuk insan bernama Aila untuk berjumpa kembali dengan lelaki yang hanya sejarah kepadanya. Bukan sejarah hitam pun...cuma sejarah yang agak pervert bagi dia. Dia tak sukakan lelaki itu. Setiap kali terserempak, mesti bulu roma dia akan meremang. Tak payah bertentang mata pun, dengar suara je dah meremang bulu roma. Lain pula bagi Aris...bertahun lamanya berlalu, akhirnya dia berjumpa kembali dengan Aila. Entah kenapa hatinya tertarik kepada Aila. Entah di mana kelebihan Aila pun dia tak tahu. Berulang kali Aila cuba elak bertembung dengannya, lagi seronok dia mengikut rentak game yang dimainkan oleh Aila. Kehadiran Rayyan dan beberapa lagi kawan lelaki Aila membuatkan hatinya berasa cemburu sehinggalah dia tekad untuk menjadikan Aila sebagai isterinya yang sah. "Awak ni dah gila ke apa Aris? Apa yang awak cuba buat ni?"-Aila. "Apa? Aku cuma nak kau jadi isteri aku. Salah ke?"-Aris. "Saya tak suka awaklah Aris! Macam mana pulak dengan Qisya?"-Aila. "Aku akan rebut hak aku! Aris hanya milik aku!"-Qisya. "Aku sukakan Aila tapi aku tahu tak mungkin aku akan dapatkan dia. Tak apalah...biar aku jadi pelindung dia sahaja..."-Rayyan. Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui oleh Aila sejak menjadi isteri kepada Aris. Semua benda yang dia buat ada saja yang tak kena. Ada saja yang dia nak komen. Tapi, nak marah pun tak guna sebab dia dah sah jadi suami aku sehinggalah aku mula terjatuh sayang pada dia. "Saya sayang awak..."-Aila. Namun, kehadiran Qisya membuatkan segalanya menjadi keruh. Hubungan yang jernih makin keruh. Rumah tangga yang mereka bina kian runtuh. "Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku sayangkan Aris tapi..."