Imyaisha's Reading List
2 stories
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  by EmbunMawar
EmbunMawar
  • WpView
    Reads 1,318,144
  • WpVote
    Votes 20,502
  • WpPart
    Parts 31
TERBIT NOVEL FIZIKAL SEPT 2022 Iris Athiyyah Ahmad Fateh Aryan "Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu. Sakitnya kau dua kali gandanya sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku, maka akan berganda-gandalah sakit kau!" Persahabatan yang terikat sedari mereka kecil telah menghadirkan satu rasa yang luar biasa di antara mereka berdua. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Akibat satu salah faham, segalanya berubah. Iris yang terlalu merendah diri, Fateh yang sudah tersalah sangka telah merubah takdir mereka berdua selamanya. Takdir tidak menyebelahinya apabila jejaka pujaannya itu menyimpan perasaan terhadap adik kandungnya sejak sekian lama dan menyulam cinta berdua tanpa pengetahuan Iris selama ini. "Tahniah Fateh. Penantian kau kembali ke Malaysia tak sia-sia bro. Please take a good care of my sister. Jangan pernah sakitkan hati dia, kalau tak nahas kau." -Iris Athiyyah Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta. Kebahagian yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Kebahagiaannya diragut pergi hanya kerana amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan selayaknya. Fateh kecewa. Kekecewaannya semakin hari semakin memakan diri. Dirinya hilang arah dengan hilangnya si cinta hati. Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir mengheretnya ke lembah derita. "Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta Iris. Tak pernah! Jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!" -Fateh Aryan Bagaimana mampu untuk Iris menggantikan tempat mulia itu jika hati Fateh terlalu mencintai Afiyyah? Bagaimana Iris mampu untuk mengubati luka itu jika dia... Kekecewaan lelaki itu?
BLD: HAIDAR [ON HOLD] ⚠️ by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 39,799
  • WpVote
    Votes 3,874
  • WpPart
    Parts 10
"I'M THE VILLAIN IN MY OWN LOVE STORY."-NH NAHAR HAIDAR, boleh dikatakan lelaki hero jelmaan novel tetapi bukanlah dambaan para gadis. Kerana sikapnya yang panas baran, dingin beku, suka bergaduh dan 'introvert' membuatkan dia digelar The Badboy di sekolah. "Kau nampak tak senior tu? Aku nak kau tegur dia sampai dia berminat untuk bercakap and mungkin berkawan dengan kau. Kalau kau berjaya, aku dengan kawan-kawan aku janji takkan buli kau lagi." DARA ALUNA, hidupnya biasa-biasa saja. Tidak kaya, tidak pula susah. Dia hidup bersederhana dengan ibunya. Ayah dia pula meninggal kerana serangan jantung pada beberapa tahun yang lepas. Kerana satu kejadian yang memilukan, dia terpaksa terjebak dalam kehidupan lelaki itu. Lelaki yang digelar sebagai The Badboy. "Kau dah buat aku tertarik kepada kau, and now kau nak ignore aku macam itu aje? Sekali kau masuk dalam dunia aku, jangan harap aku akan lepaskan kau." -NAHAR HAIDAR Kerana satu pertaruhan untuk menyelamatkan diri, DARA ALUNA terpaksa terjebak dalam dunia Haidar yang penuh misteri. Saat dia berlari, Haidar akan datang mengejar dari semua arah. Sehinggalah ada satu rahsia terbongkar membuatkan Haidar cuba menjauh untuk seketika. Selepas lima tahun mendiamkan diri, Haidar pulang semula untuk mengejar Dara kembali. Tetapi harapannya seolah-olah punah apabila Dara yang dia kejar dulu, sudah menjadi tunangan orang. Tunangan adik dia sendiri. "Dara dah jadi tunang aku, Haidar. Jangan ganggu Dara." -ENGKU RADEN MIKAEL. Haidar bukanlah hero dambaan gadis. Kerana Haidar, he is a villain. disguised as a protagonist. The real villain. "Aku akan dapatkan Dara walaupun aku terpaksa menentang keluarga aku sendiri. Mark my words!" -NAHAR HAIDAR Persoalannya, berjayakah Haidar merebut Dara semula atau dia akan berputih mata melihat Dara bahagia bersama adiknya sendiri? ⚠️Do not copy any part of this story 🕊Cover by AizackMesle